29 September 2013

PUISI TRADISIONAL TINGKATAN 4 (BPK)
PUISI TRADISIONAL
(Pantun Empat Kerat (Budi))
Maksud:
Rangkap 1
Seseorang yang berbudi, namanya pasti akan disebut-sebut.
Rangkap 2
 Seseorang yang berbudi akan terus menjadi sebutan walaupun telah meninggal dunia.
Rangkap 3
Walaupun hanya sedikit budi yang ditaburkan akan tetap dikenang.
Rangkap 4
Perasaan kasih sayang yang wujud dalam diri seseorang akan menyebabkan hubungan mereka berterusan ke akhir hayat.

Tema
Kelebihan mempunyai budi pekerti yang baik

Persoalan
1.     Persoalan budi yang sentiasa dikenang walaupun telah meninggal dunia.
2.      Persoalan ketinggian nilai budi.
3.     Persoalan kasih sayang yang wujud sesama insan hasil daripada budi yang ditaburkan.

Bentuk
1.     Terdiri daripada empat  rangkap.
2.     Setiap rangkap terdiri daripada empat baris
3.     Jumlah perkataan dalam setiap baris antara tiga hingga lima.
·         Anak itik terenang-renang  (tiga perkataan)
·         Jika tak kenang kepada saya  (lima perkataan)
4.     Terdiri daripada 9 hingga 11 suku kata.
·         Terang  bulan  terang  di  paya  (9 suku kata)
·         Orang yang  mati meninggalkan nama  (11 suku kata)
5.     Rima akhir pantun ini ialah abab
6.     Bentuk pantun ini terikat dengan puisi tradisional.

Gaya Bahasa
1.     Asonansi - Terang bulan terang di paya  - pengulangan vokal a
2.     Aliterasi –   Orang yang mati meninggalkan nama. –pengulangan konsonan g
3.     Kata ganda - Anak ikan terenang-renang
4.     Sinkope –  Jika tak kenang kepada saya
5.     RepitasiTerang bulan terang di paya

Nilai
1.     Nilai menghargai budi.
Budi yang ditabur oleh seseorang akan dikenang walaupun orang itu telah tiada.
2.     Nilai keikhlasan.
Keikhlasan menghulurkan budi kepada insan lain.
Pengajaran
1.     Kita haruslah  berbudi kepada orang lain agar disanjung oleh masyarakat.
2.     Kita mestilah ikhlas menabur budi agar kehidupan lebih sejahtera.
3.     Kita hendaklah menghargai budi yang dicurahkan oleh orang lain agar hubungan berkekalan.
___________________________________________________________________________________________
Puisi Tradisional
Pantun Empat Kerat (Jenaka dan Sindiran)
Maksud:
Rangkap 1
Seseorang isteri dianggap tidak sempurna walaupun memiliki kecantikan jika dia tidak tahu melakukan kerja-kerja dapur.
Rangkap 2
Jika seseorang yang tidak berilmu  cuba menunjukkan kepandaian, sudah pasti dia akan ditertawakan.
Rangkap 3
Seseorang pemimpin tidak akan dapat berbuat apa-apa setelah kuasanya telah hilang
Rangkap 4
Perasaan bimbang apabila seseorang  yang melakukan sesuatu di luar  berkemampuan.
Rangkap 5
Perasaan hairan yang timbul apabila  orang bawahan  berjaya mengambil alih kuasa daripada seseorang pemimpin yang berpengaruh.

Tema
Sindiran terhadap masyarakat yang bersikap luar biasa.

Persoalan
1.     Persoalan tanggungjawab seorang isteri terhadap urusan rumah tangga.
2.     Persoalan kepentingan memiliki ilmu pengetahuan.
3.     Persoalan pemimpin yang kehilangan kuasa.
4.     Persoalan kebimbangan melihat sesuatu perkara yang luar biasa .
5.     Persoalan musibah yang berlaku akibat kelalaian.

Bentuk
1.     Terdiri daripada lima rangkap.
2.     Setiap rangkap terdiri daripada empat baris.
3.     Jumlah perkataan dalam setiap baris antara 3 hingga 5.
·         kupu-kupu terbang melintang (3 perkataan)
·         kalau tak pandai menumbuk sambal (5 perkataan)
4.     Terdiri daripada 9 hingga 11 suku kata.
Apa guna berkain batik (9 suku kata)
Apalah guna beristeri cantik (11 suku kata)
5.     Rima akhir pantun ini ialah abab kecuali rangkap kedua, abac
6.     Pantun ini adalah puisi terikat.

Gaya Bahasa
1.     Asonansi -  Kalau tidak memakai capal – pengulangan vokal a
2.     Aliterasi  -   Melihat ikan memanjat kayu – pengulangan konsonan m
3.     Sinkope  -  Kalau tak pandai menumbuk sambal
4.     Personikasi  - Ikan kering lagi ketawa , Mendengar tupai membaca kitab
5.     Unsur alam - Haiwan – ikan, tupai, harimau, kambing, burung, kupu-kupu, Tumbuhan – rotan,saga

Nilai
1.     Nilai bertanggungjawab
Seseorang isteri bertanggungjawab menguruskan rumah tangga dengan baik.
2.     Nilai kegigihan
Seseorang yang gigih berusaha bagi mencapai matlamatnya.
3.     Nilai rasional
Seseorang yang rasional dalam melakukan sesuatu perkara.

Pengajaran
1.     Kita haruslah  bertanggungjawab menguruskan rumah tangga agar kehidupan lebih harmoni.
2.     Kita mestilah gigih meningkatkan kemahiran diri agar tidak dipandang rendah.
3.     Kita haruslah berfikir dan bertindak  secara rasional agar tidak mendatangkan masalah kepada orang lain.
_______________________________________________________________________________________
Puisi Tradisional
(Syair Definisi Orang Berakal)
Maksud
Rangkap 1
Manusia yang berakal dipandang mulia,malahan golongan anbia dan aulia amat mementingkan ilmu. Seseorang yang mencontohi golongan anbia dan aulia akan memperoleh kebahagian.
Rangkap 2
Golongan anbia dan aulia yang berilmu pengetahuan menyebabkan mereka dipilih sebagai ketua dan menegakkan keadilan. Sesiapa yang mentafsirkan golongan tersebut kejam maka dia bakal mendapat balasan.
Rangkap 3
Orang yang berakal mempunyai pandangan yang jauh. Dia akan bersahabat dengan orang yang baik sahaja, sebaliknya mengenepikan orang yang jahat kerana takut terpengaruh dengan sikap negatif mereka.
Rangkap 4
Orang yang berakal juga patuh kepada perintah Allah dan mengikut hukum syarak. Selain berserah kepada Allah, mereka juga tidak tamak haloba kerana menyedari bahawa dunia ini tidak kekal.
Rangkap 5
Orang yang berakal disayangi oleh golongan atasan, namun mereka tidak mengada-ngada, tidak sombong dan menganggap status mereka sama sahaja dengan rakan taulan.
Rangkap 6
Jika pihak atasan memberikan perhatian yang lebih kepadanya, mereka sentiasa berwaspada. Malahan mereka berusaha merapatkan hubungan dengan rakan-rakan, merendah diri dan sedia berkhidmat.
Rangkap 7
Orang yang berakal tidak bosan dalam mengejar ilmu pengetahuan dan sentiasa membuat  penelitian untuk mencari jawapan agar tidak terpedaya.

Tema
Ciri-ciri orang yang berakal.

Persoalan
1.     Persoalan ketinggian status orang yang berilmu (rangkap 1)
2.     Persoalan kebijaksanaan orang yang berakal menyelesaikan masalah (rangkap 2)
3.     Persoalan keinsafan seseorang akan kuasa Tuhan (rangkap 4)
4.     Persoalan kepatuhan kepada hukum syarak (rangkap 4)
5.     Persoalan keikhlasan dalam persahabatan (rangkap 6)

Bentuk
1.     Terdiri daripada tujuh rangkap.
2.     Setiap rangkap terdiri daripada empat baris.
3.     Jumlah perkataan dalam setiap baris antara 3 hingga 5.
·         Tiadalah ia melanja-lanja (3 perkataan)
·         Sangatlah mengasihi tuan dan sahabat (5 perkataan)
4.     Terdiri daripada sembilan hingga tiga belas suku kata.
·         Jika ia dikasihi raja  (9 suku kata)
·         Sangatlah mengasihi orang yang jahat (11 suku kata)
5.     Rima akhir syair ini ialah aaaa
6.     Syair ini adalah puisi terikat.

Gaya Bahasa
1.     Asonansi - Menjadi kepala bela bermacam  - pengulangan vokal  e
2.     Aliterasi  -  Menjauhkan tamak hendak tawakal  - pengulangan konsonan k 
3.     Sinkope – Ibanya tahu dunia tak kekal
4.     Anafora  - Tiadalah ia melanja-lanja, Tiadalah menyombong pada bekerja                       
5.     Penggunaan kata  klasik -  tersunjam, ibanya, melanja-lanja, tersemu

Nilai
1.     Nilai kebijaksanaan.
Orang yang bijaksana akan dilantik sebagai pemimpin dan dipandang mulia.
2.     Nilai kasih sayang
Seseorang yang berakal sangat mengasihi ketua dan rakan-rakannya.
3.     Nilai ketaatan.
Seseorang yang berakal akan taat kepada hukum syarak.
4.     Nilai kerajinan.
Orang yang berakal sentiasa menelaah untuk mendalami ilmu pengetahuan tanpa rasa jemu.


Pengajaran
1.     Kita haruslah  mencontohi ciri-ciri orang yang berakal seperti para anbia dan aulia agar kehidupan akan lebih bahagia.
2.     Kita mestilah menyayangi sahabat yang baik dan menjauhi orang-orang yang bersikap negatif agar tidak terpengaruh.
3.     Kita haruslah merendah diri walaupun berilmu dan disayangi ramai agar terhindar daripada sifat riak dan takbur.
4.     Kita hendaklah patuh pada hukum syarak agar terhindar daripada kemungkaran.
______________________________________________________________________________________________
Puisi Tradisional
(Syair Siti Sianah)
Maksud
Rangkap 1
Segelintir wanita berlebih-lebihan ketika berdandan seperti mencukur bulu roma di muka dan membentuk kening. Mereka juga berhias dan memakai pakaian yang selengkapnya.
Rangkap 2
Terdapat segelintir wanita yang ketawa mengilai-ngilai. Malahan, di hadapan lelaki dia akan menunjuk-nunjukkan mukanya supaya lelaki tersebut terpikat akan kecantikannya.
Rangkap 3
Ada sesetengah wanita yang suka bersolek dan berhias. Mereka juga sanggup membuang masa di hadapan cermin bagi melihat wajah mereka.
Rangkap 4
Terdapat segelintir wanita yang tidak begitu cantik dan jelita. Malahan, hidungnya kembang dan tidak mancung seperti besar mulut buaya. Namun, mereka tetap berhias.
Rangkap 5
Ada sesetengah wanita yang berperangai buruk. Mereka membuat sanggul siput untuk menutup kekurangan rambut, malahan ada yang sanggup memakai rambut palsu.
Rangkap 6
Ada juga yang melumuri bedak di kaki, tangan, lengan dan jari sehinnga putih semata-mata untuk mengaburi mata orang yang melihatnya akan kekurangan diri mereka.
Rangkap 7
Terdapat segelintir wanita yang suka dipuji. Mereka memakai gelang sehingga ke pangkal lengan dengan tujuan untuk menarik perhatian. Mereka juga suka berpeleseran dengan lelaki.
Rangkap 8
Ada juga wanita yang mendedahkan kaki dan tangan dengan alasan untuk berubat. Sebenarnya, niat  mereka untuk membuatkan  lelaki terpikat kepadanya. Namun, tindakan mereka diketahui  Allah.
Rangkap 9
Kita hendaklah memohon perlindungan daripada Allah agar kita akan terselamat daripada segala kemungkaran, malahan dijauhi daripada berperangai seperti perempuan yang tidak berakhlak.
Rangkap 10
Sesetengah wanita suka berjudi sehingga tergadai barang kemas akibat perangai buruknya selama ini.
Rangkap 11
Pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan akan mengakibatkan berlakunya perlakuan yang tidak senonoh. Mereka juga mengabaikan solat kerana hasutan syaitan.
Tema
Nasihat kepada golongan wanita bagi memelihara maruah diri.
Persoalan
1.     Persoalan sikap wanita yang suka berhias hingga melanggar hukum syarak.
2.     Persoalan ketaaatan kepada  Allah. 
3.     Persoalan kesan buruk perjudian. 
4.     Persoalan pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan.

Bentuk
1.     Terdiri daripada sebelas rangkap.
2.     Setiap rangkap terdiri daripada empat baris.
3.     Jumlah perkataan dalam setiap baris antara 2 hingga 6 patah kata.
·         mudah-mudahan dilepaskanlah (2 perkataan)
·         kaki dan tangan lengan dan jari (6 perkataan)
4.     Terdiri daripada 9 hingga 14 suku kata.
·         Ianya elok tiada tandingnya  (9 suku kata)
·         Sesetengah perempuan terlalu janggalnya (11 suku kata)
5.     Rima akhir syair ini ialah aaaa
6.     Syair ini adalah puisi terikat.

Gaya Bahasa
1.     Asonansi - Pengulangan huruf vokal - Sesetengah perempuan perangainya cela pengulangan vokal e
2.     Aliterasi -  Melihat laki-laki ditampakkan muka pengulangan konsonan ki
3.     Kata ganda  -  dibelek-belek, berjela-jela
4.     Simile  - Seperti taji berandam di keningnya , Seperti buaya besar mulutnya
5.     Bahasa  klasik -  molek, cemara, intan serudi dan sempolah
6.     Peribahasa -  makan angkat

Nilai
1.     Nilai kesopanan
Seseorang wanita yang berada di khalayak ramai perlu bersopan santun seperti jangan ketawa mengilai-ngilai. 
2.     Nilai kesederhanaan
Seseorang wanita perlu bersederhana dalam penampilan diri.
3.     Nilai ketaatan kepada agama.
Setiap tindakan yang ingin dilakukan oleh seseorang harus berlandaskan agama.
4.     Nilai kesyukuran.
Bersyukurlah dengan kurniaan Tuhan dan menerima kekurangan diri.
Pengajaran
1.     Seseorang wanita  haruslah menjaga adab dan perilaku agar dihormati oleh orang lain..
2.     Seseorang wanita perlu bersederhana dalam penampilan diri, namun tidaklah secara berlebih-lebihan agar tidak menimbulkan fitnah.
3.     Kita tidak harus terlibat dengan sebarang aktiviti perjudian agar tidak berlakunya pembaziran.
4.     Seseorang wanita haruslah menjaga batas pergaulan dengan golongan lelaki agar terpelihara daripada maksiat
Puisi Tradisional
(Gurindam 12 Fasal yang Keenam)
Maksud
Rangkap 1
Saranan supaya memilih teman yang dapat membantu ketika susah dan senang.
Rangkap 2
Saranan agar berguru dengan seseorang yang benar-benar berilmu dan dapat menyelesaikan setiap kemusykilan.
Rangkap 3
Saranan supaya memilih isteri yang patuh dan setia kepada suami.
Rangkap 4
Saranan agar mencari teman yang memiliki semangat setiakawan

Tema
Nasihat bagi memilih orang yang ingin kita dampingi.

Persoalan
1.     Persoalan kepentingan memilih sahabat yang boleh membahagiakan.
2.     Persoalan kebijaksanaan dalam memilih guru .
3.     Persoalan kepentingan mempunyai isteri yang setia

Bentuk
1.     Terdiri daripada empat rangkap.
2.     Setiap rangkap terdiri daripada dua baris.
3.     Jumlah perkataan dalam setiap baris antara empat  hingga lima.
·         Cahari olehmu akan sahabat (4 perkataan)
·         Yang boleh tahukan tiap seteru (5 perkataan)
4.     Terdiri daripada sembilan hingga sebelas suku kata.
·         Yang boleh dijadikan ubat  ( 9 suku kata)
·         Cahari olehmu akan isteri  ( 11 suku kata)
5.     Rima akhir syair ini ialah aa
6.     Bentuk gurindam  ini terikat  dengan puisi tradisional.

Gaya Bahasa
1.     Asonansi - Cahari olehmu akan sahabat – pengulangan vokal a
2.     Aliterasi -  Yang boleh menyerahkan diri -   pengulangan konsonan  n
3.     Sinkope - Cahari olehmu akan sahabat (rangkap 1 baris 1)
4.     Penggunaan kata  klasik : cahari
5.     Penggunaan bahasa kiasan  - Yang boleh menyerahkan diri (mahu menurut kata suami)

Nilai
1.     Nilai kebijaksanaan.
Kebijaksanaan seseorang memilih sahabat, guru dan isteri akan memberi manfaat kepadanya.
2.     Nilai ketaatan.
Seorang isteri perlu taat dan setia kepada suami.
3.     Nilai keikhlasan
Seseorang sahabat perlu ikhlas dalam menjalinkan perhubungan.

Pengajaran
1.     Kita haruslah  mencari sahabat yang dapat memahami dan bersama-sama ketika susah dan senang.
2.     Kita mestilah berguru dengan orang yang benar-benar bijaksana agar dapat membimbing kita.
3.     Seseorang suami  haruslah bijak memilih isteri yang setia agar perhubungan mereka berkekalan.
________________________________________________________________________________________________
Puisi Tradisional
(Seloka Emak Si Randang)
Maksud
Seloka ini mengisahkan Emak Si Randang yang baik hati. Dia rela memasakkan  makanan untuk membantu orang dagang yang tidak dikenalinya. Emak Si Randang sanggup berhabis-habisan bagi melayan tetamunya sehingga sanggup meruntuhkan rumah jika tidak berkayu. Namun demikian, Emak Si Randang mengabaikan anaknya sendiri. Setelah orang dagang itu  pergi, Emak Si Randang  terpaksa menanggung hutang kerana kehabisan beras sedangkan padi yang ditanamnya tidak menjadi.
Tema
Sikap masyarakat yang terlalu mengagungkan orang luar berbanding ahli keluarga sendiri.
Persoalan
1.     Persoalan rasional ketika melakukan sebarang tindakan
2.     Persoalan pembaziran yang perlu dielakkan .
3.     Persoalan tanggungjawab seorang ibu terhadap keluarga.
Bentuk
1.     Terdiri daripada satu rangkap.
2.     Bilangan baris dalam rangkap tersebut ialah 8 baris.
3.     Jumlah perkataan dalam setiap baris antara 3  hingga 4.
·         Dagang lalu ditanakkan (3 perkataan)
·         Tiada kayu rumah diruntuhkan (4 perkataan)
4.     Terdiri daripada 8 hingga 10 suku kata.
·         Dagang lalu ditanakkan (8 suku kata)
·         Tiada kayu rumah diruntuhkan (10 suku kata)
5.     Rima akhir seloka   ini ialah abbbbcac
6.     Seloka ini berbentuk bebas.

Gaya Bahasa
1.     Asonansi - Anak pulang kelaparan - a diulang 6 kali
2.     Aliterasi  - Anak dipangku diletakkan  - k  diulang 4 kali
3.     Sinkope  - Beras habis padi tak jadi ( baris 8)
4.     Anafora-  Anak pulang kelaparan , Anak di pangku diletakkan
5.     Penggunaan peribahasa -  Kera di hutan disusui
6.     Hiperbola -  Tiada kayu rumah diruntuhkan

Nilai
1.     Nilai kebijaksanaan. - Seseorang perlu bijaksana menggunakan akal fikiran  dalam melakukan sesuatu tindakan
2.     Nilai bertanggungjawab - Seseorang ibu perlu bertanggungjawab terhadap kebajikan anak-anak.
3.     Nilai berbudi - Kita disarankan berbudi kepada semua orang tetapi mestilah berpada-pada..

Pengajaran
1.     Kita janganlah melebih-lebihkan orang luar dan sebaliknya mengabaikan ahli keluarga sendiri agar kehidupan lebih harmoni.
2.     Kita mestilah menggunakan akal fikiran yang rasional dalam sebarang tindakan agar tidak mendapatkan kesan yang buruk.

3.     Kita hendaklah melayan  tetamu dengan berpada-pada agar tidak berlakunya pembaziran.

No comments:

Post a Comment