09 October 2013

Cara Bersyukur Kepada ALLAH
Imam Al-Ghazali menjelaskan bahwa cara bersyukur kepada ALLAH SWT terdiri dari empat komponen.

1. Syukur dengan Hati
Syukur dengan hati dilakukan dengan menyadari sepenuhnya bahwa nikmat yang kita peroleh, baik besar, kecil, banyak maupun sedikit semata-mata karena anugerah dan kemurahan ALLAH.
ALLAH SWT berfirman,
Segala nikmat yang ada pada kamu (berasal) dari ALLAH. (QS. An-Nahl: 53)
Syukur dengan hati dapat mengantar seseorang untuk menerima anugerah dengan penuh kerelaan tanpa menggerutu dan keberatan, betapa pun kecilnya nikmat tersebut. Syukur ini akan melahirkan betapa besarnya kemurahan da kasih sayang ALLAH sehingga terucap kalimat tsana’ (pujian) kepada-NYA.

2. Syukur dengan Lisan
Ketika hati seseorang sangat yakin bahwa segala nikmat yang ia peroleh bersumber dari ALLAH, spontan ia akan mengucapkan “Alhamdulillah” (segala puji bagi ALLAH). Karenanya, apabila ia memperoleh nikmat dari seseorang, lisannya tetap memuji ALLAH. Sebab ia yakin dan sadar bahwa orang tersebut hanyalah perantara yang ALLAH kehendaki untuk “menyampaikan” nikmat itu kepadanya.
Al pada kalimat Alhamdulillah berfungsi sebagi istighraq, yang mengandung arti keseluruhan. Sehingga kata alhamdulillah mengandung arti bahwa yang paling berhak menerima pujian adalah ALLAH SWT, bahkan seluruh pujian harus tertuju dan bermuara kepada-NYA.
Oleh karena itu, kita harus mengembalikan segala pujian kepada ALLAH. Pada saat kita memuji seseorang karena kebaikannya, hakikat pujian tersebut harus ditujukan kepada ALLAH SWT. Sebab, ALLAH adalah Pemilik Segala Kebaikan.

3. Syukur dengan Perbuatan
Syukur dengan perbuatan mengandung arti bahwa segala nikmat dan kebaikan yang kita terima harus dipergunakan di jalan yang diridhoi-NYA. Misalnya untuk beribadah kepada ALLAH, membantu orang lain dari kesulitan, dan perbuatan baik lainnya. Nikmat ALLAH harus kita pergunakan secara proporsional dan tidak berlebihan untuk berbuat kebaikan.
Rasulullah saw menjelaskan bahwa ALLAH sangat senang melihat nikmat yang diberikan kepada hamba-NYA itu dipergunakan dengan sebaik-baiknya. Rasulullah saw bersabda,
Sesungguhnya ALLAH senang melihat atsar (bekas/wujud) nikmat-NYA pada hamba-NYA. (HR. Tirmidzi dari Abdullah bin Amr)
Maksud dari hadits di atas adalah bahwa ALLAH menyukai hamba yang menampakkan dan mengakui segala nikmat yang dianugerahkan kepadanya. Misalnya, orang yang kaya hendaknya menampakkan hartanya untuk zakat, sedekah dan sejenisnya. Orang yang berilmu menampakkan ilmunya dengan mengajarkannya kepada sesama manusia, memberi nasihat dsb. Maksud menampakkan di sini bukanlah pamer, namun sebagai wujud syukur yang didasaari karena-NYA. ALLAH SWT berfirman,
Dan terhadap nikmat Tuhanmu, hendaklah engkau nyatakan (dengan bersyukur). (QS. Adh-Dhuha: 11)
4. Menjaga Nikmat dari Kerusakan
Ketika nikmat dan karunia didapatkan, cobalah untuk dipergunakan dengan sebaik-baiknya. Setelah itu, usahakan untuk menjaga nikmat itu dari kerusakan. Misalnya, ketika kita dianugerahi nikmat kesehatan, kewajiban kita adalah menjaga tubuh untuk tetap sehat dan bugar agar terhindar dari sakit.
Demikian pula dengan halnya dengan nikmat iman dan Islam. Kita wajib menjaganya dari “kepunahan” yang disebabkan pengingkaran, pemurtadan dan lemahnya iman. Untuk itu, kita harus senantiasa memupuk iman dan Islam kita dengan sholat, membaca Al-Qur’an, menghadiri majelis-majelis taklim, berdzikir dan berdoa. Kita pun harus membentengi diri dari perbuatan yang merusak iman seperti munafik, ingkar dan kemungkaran. Intinya setiap nikmat yang ALLAH berikan harus dijaga dengan sebaik-baiknya.
ALLAH SWT menjanjikan akan menambah nikmat jika kita pandai bersyukur, seperti pada firmannya berikut ini,
La’insyakartum la’aziidannakum wa la’inkafartum ‘inna ‘adzaabii lasyadiid
(Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-KU), sungguh adzab-KU sangat pedih. (QS. Ibrahim: 7)


Cikgu sudah menyemak soalan Bahasa Melayu Kertas 1 PMR 2013.
Alhamdulillah, anda semua  telah menjawab dengan baik. Soalan PMR 2013pada tahun ini
memang menepati ramalan cikgu.

JAWAPAN SOALAN BAHASA MELAYU KERTAS 1
PMR 2013

BIL
JAWAPAN
BIL
JAWAPAN
1
B
21
C
2
A
22
B
3
B
23
A
4
D
24
D
5
C
25
C
6
A
26
B
7
A
27
B
8
C
28
C
9
D
29
D
10
A
30
A
11
C
31
B
12
C
32
D
13
B
33
C
14
A
34
A
15
C
35
D
16
C
36
B
17
A
37
C
18
D
38
D & C
19
B
39
B
20
B
40
D


29 September 2013

DRAMA TINGKATAN 4 (BPK)
Gelanggang  Tuk Wali 
 (Ismail Kassan)

SISNOPSIS
Babak 1
Ripin telah pergi ke rumah Tuk Wali, untuk memaklum  jemputan bersilat di majlis perkahwinan rumah Haji Kodri. Kedatangannya disambut oleh Mak Umi. Tuk Wali mahu memenuhi jemputan tersebut walaupun  demam,. Tuk Wali juga berbual dengan Ripin tentang kerakusan manusia yang menyebabkan kepupusan spesies pokok-pokok herba di hutan sebagaimana yang dilakukan oleh Si Guan. Tuk Wali kesal oleh sebab harga akar-akar kayu semakin rendah Tuk Wali meminta Ripin memastikan murid-murid silat berkumpul kerana wartawan akan datang pada malam itu.
Babak 2
Tuk Wali bersiap-siap untuk pergi ke rumah Haji Kodri dengan berpakaian baju Melayu yang lengkap dengan samping dan bersongkok. Tidak lama kemudian, Imam dan Siak berkunjung ke rumah Tuk Wali. Kedatangan mereka disambut oleh Mak Umi. Siak menyatakan perasaan tidak senang kerana, dia masih bersilat di gelanggang. Baginya  Tok Wali sepatutnya menghabiskan masa di masjid. Mak Umi mempertahankan suaminya kerana selama ini suaminya tidak pernah tinggal solat berjemaah di masjid malah mengerjakan solat sunat setiap malam. Bagi Mak Umi, Tuk Wali hanya memenuhi hajat orang  untuk memeriahkan majlis, tidak melanggar adat dan agama. Mak Umi meminta Imam dan Siak bercakap dengan Tuk Wali sendiri tentang hal itu. Dia juga akan memaklumkan nasihat Siak dan Imam kepada Tok Wali.
Babak 3
                Tuk Wali meluahkan rasa tidak senangnya terhadap Piee cucu tirinya, Piee yang telah memalukan dirinya di rumah Haji Kodri. Mak Umi mahu Tuk Wali mengubatkan Piee yang menagih dadah.  Tuk Wali  menyuruh Mak Umi menghalau Piee jika datang ke rumah itu lagi. Tuk Wali terlalu marah kepada Piee kerana dia telah mencuri wang tambang Tuk Wali ke Mekah yang berjumlah RM2000.00.   Mak Umi memaklumkan nasihat Imam dan Siak kepada Tok Wali. Tuk Wali mengatakan bahawa dia boleh duduk berzikir di masjid tetapi dia juga perlu mengubatkan orang yang patah kaki, terseliuh, dan histeria. Tuk Wali mengimbas dirinya ketika muda dahulu sering dipuji,dan dianggap hebat. Apabila dia sudah tua segala yang dilakukannya dipandang tidak elok. Mak Umi mencadangkan anak-anak muridnya seperti Ripin menggantikan tempatnya untuk bersilat di majlis kahwin. Tuk Wali mengatakan bahawa silat sudah sebati dengan dirinya. Tok Wali  dikunjungi oleh Ripin dan Mariam. Tuk Wali menyarankan Ripin dan Mariam mengambil tempatnya untuk mengajar silat tetapi mereka berdua tidak bersedia Mereka merayu agar Tuk Wali terus mengajarkan silat. Tuk Wali mengambil sebilah keris dan menceritakan asal usul keris tersebut Tok Wali merasakan Ripinlah yang layak untuk menjadi pewaris keris itu.  Dua orang wartawan dari majalah Pejuang, iaitu Halim dan Jamil datang ke rumah Tuk Wali untuk menemu ramahnya.. Piee cucu tiri Tuk Wali yang baru keluar dari pusat pemulihan muncul. Setelah kedua-dua wartawan itu pulang, Tuk Wali menampar dan memarahi Piee kerana masuk ke dalam biliknya. Empat orang pemuda telah datang ke rumah Tuk Wali. Menyangka Tuk Wali tiada di rumah mereka bermain gitar, menyanyi sambil menari-nari. Tuk Wali memarahi mereka. Salah seorang pemuda telah ditampar oleh Tuk Wali kerana bersikap biadap.
Babak 4
                Siak datang ke rumah Tuk Wali dan mencabar Tuk Wali agar bersilat dengannya. Siak berasa marah kerana Tuk Wali telah menampar cucunya yang mahu belajar silat. Mereka bertarung menggunakan sundang. Mak Umi mencari Ripin untuk meleraikan pergaduhan tersebut. Ripin berjaya mengunci pergerakan Siak. Ripin mencadangkan Tuk Wali dan Siak menyelesaikan masalah dengan cara berunding.. Mak Umi menyuruh Ripin menghantarnya ke rumah Berahim kerana dia tidak mahu melihat pergaduhan antara Tuk Wali dengan Siak. Siak akhirnya meninggalkan rumah. Tuk Wali yang kepenatan dan akhirnya terlena dibuai mimpi indah.

Babak 5
                Piee masuk ke rumah Tuk Wali dan mengambil biola serta sebilah keris yang tersisip di dinding beranda itu. Tuk Wali menyedari perkara itu dan marahi Piee  Kemudian berlaku pergaduhan dan pertikaman antara Tuk Wali dengan Piee. Semasa Tuk Wali ingin mengambil biola yang dijatuhkan oleh Piee, Tuk Wali ditikam  oleh Piee. Tikaman itu terkena di perut Tuk Wali. Tuk Wali dapat mengambil keris daripada tangan Piee. Tuk Wali semakin lemah apabila banyak darah keluar daripada lukanya. Ripin terkejut apabila melihat Tuk Wali yang terbaring berlumuran darah. Ripin mahu menghantar Tuk Wali ke hospital tetapi Tuk Wali enggan.  Tuk Wali sempat menyerahkan keris tersebut kepada Ripin sebelum meninggal. Ripin ingin menuntut bela atas kematian Tuk Wali. Dia menyangka Siak yang membunuh Tuk Wali. Siak dan Imam muncul dan melihat Ripin memegang keris dalam keadaan Tuk Wali telah terbujur kaku. Imam menyangka bahawa Ripin telah membunuh Tuk Wali. Berlaku tuduh menuduh antara  Siak dan Ripin  Mariam dan Mak Umi sampai lalu menerpa ke arah mayat Tuk Wali. Mak Umi dan Mariam ingin  tahu orang yang membunuh Tuk Wali. Siak dan Ripin saling menuduh sekali lagi. Mak Umi menafikan Ripin membunuh Tuk Wali.

PEMIKIRAN DRAMA
 Pemikiran drama Tok Wali ialah perjuangan mempertahankan warisan budaya bangsa.
Tok Wali mengajarkan ilmu persilatan sejak 50 tahun lalu kepada pemuda-pemudi  kampung. Dia juga mematuhi pantang larang mencari pokok-pokok kayu herba di hutan demi memelihara warisan hutan tersebut pada masa akan datang.

PERSOALAN
1.     Persoalan sikap hormat –menghormati dalam kalangan masyarakat terhadap orang yang berilmu
Ripin amat menyanjung tinggi Tok Wali yang telah mengajarnya ilmu silat.
2.     Persoalan budaya warisan bangsa yang diremehkan.
Ada sesetengah penduduk kampung yang mencemuh Tok Wali kerana bersilat dalam majlis perkahwinan.
3.     Persoalan masalah penagihan dadah yang sukar dirawat.
Piee yang baru keluar dari pusat pemulihan kembali menagih kerana tidak dipantau oleh ibu bapanya.
4.     Persoalan perasaan dengki dan khianat.
Ada pihak yang dengki kepada Tok Wali lalu menghalau Piee dari majlis perkahwinan di rumah Haji Kodri.
5.     Persoalan dendam yang berpanjangan.
Siak masih menyimpan perasaan dendam kepada Tok Wali kerana Tok Wali berkahwin dengan bekas tunangnya
6.     Persoalan keprihatin dan dalam kalangan masyarakat.   
Tok Wali merawat orang sakit, menguruskan jenazah dan perkara-perkara lain tanpa meminta sebarang upah.

PLOT
Jenis Plot :
Bersifat kronologi – peristiwa berkembang mengikut urutan waktu babak demi babak. Walau bagaimanapun terdapat unsur imbas kembali, contohnya sejarah keris yang diwarisi oleh Tok Wali.
Pembinaan Plot:
Terdapat empat peringkat binaan plot iaitu
(i)             Permulaan
Pembaca diperkenalkan dengan watak utama iaitu Tok Wali dan watak-watak sampingan iaitu Mak Umi dan Ripin. Tok Wali diundang membuat pertunjukan silat di majlis perkahwinan di rumah Haji Kodri.
(ii)            Perkembangan
Tok Siak berkunjung ke rumah Tok Wali dan berjumpa dengan Mak Umi. Mereka berhasrat menasihati Tok Wali agar berhenti bersilat kerana usia Tok Wali telah lanjut dan tidak manis dipandang jika masih lagi bersilat di gelanggang.Tok Wali kesal kerana peranannya tidak lagi dihargai oleh orang-orang kampung. Berlaku pertarungan antara Siak dan Tok Wali kerana Tok Wali telah menampar anak saudara Tok Wali.
(iii)            Klimaks
Tok Wali telah ditikam oleh Piee semasa Piee mencuri keris dan biola milik Tok Wali. Tok Wali mati setelah sempat menyerahkan keris kepada Ripin.
(iv)            Peleraian
Berlaku tuduh-menuduh antara Ripin dan Siak tentang pembunuh yang telah menikam Tok Wali.

Teknik Penceritaan:
1.     Teknik pemerian
Pengarang menggambarkan ruang hadapan rumah Tok Wali yang dipamer dengan pelbagai jenis senjata lama.
2.      Teknik dialog
Sebahagian besar drama disampaikan dalam bentuk dialog antara watak.
3.     Teknik imbas kembali
Tok Wali menceritakan  peristiwa dia menewaskan 4 orang perompak kedai emas .Secara kebetulan dia sedang duduk di bangku kedai emas tersebut.
4.     Teknik suspens.
Pembaca tertanya-tanya pihak  yang akan menang dalam pertarungan antara Siak dan Tok Wali.

Watak dan Perwatakan
1.     Tok Wali
1.     Watak utama
2.     Nama sebenarnya ialah Wak Raja Waliudin bin Raja Agus.
3.     Dia berumur dalam lingkungan 70-an.
4.     Dia merupakan guru silat yang membuka gelanggangnya sendiri di halaman rumah.             
5.       Dia merupakan tukang urut, penggali kubur, tok mudim, dan boleh merawat beberapa jenis penyakit. 
6.       Dia seorang yang tegas dengan pendirian
Tok Wali tetap mahu bersilat di majlis perkahwinan anak Haji Kodri walaupun dinasihati oleh isterinya, Siak dan Imam.
7.       Dia  seorang yang berani.
Tok Wali berani bertarung dengan Siak apabila Siak datang menyerangnya.
8.       Dia seorang yang pantas bertindak
Tok Wali pantas dan cekap menewaskan perompak yang cuba merompak kedai emas.
9.       Dia seorang yang taat akan perintah agama.
Tok Wali tidak pernah meninggalkan solat berjemaah di masjid dan rajin menunaikan solat sunat.
10.     Dia seorang yang suka membantu orang lain
 Tok Wali melakukan kerja-kerja kemasyarakatan seperti memandikan jenazah tanpa meminta upah.

2.     Ripin
1.     Anak murid Tok Wali
2.     Berusia dalam lingkungan 30-an
3.     Anak murid yang dipercayai oleh Tok Wali untuk mewarisi kerisnya.
4.     Dia seorang yang menghormati orang tua - Ripin sangat menghormati Tok Wali dan bersopan ketika bercakap dengan Tok Wali.
5.     Dia seorang yang taat suruhan gurunya.
Apabila disuruh oleh Tok Wali mengumpulkan anak-anakmuridnya kerana ada pemberita datang, Ripin patuh akan kehendak Tok Wali
6.     Dia seorang pendendam - Ripin mahu menuntut bela atas kematian Tok Wali.

3.             Mak Umi
1.     Dia ialah isteri Tok Wali.
2.     Berusia dalam lingkungan 50-an.
3.     Dia mahir ilmu persilatan semasa muda.
4.     Dia seorang yang bijak
Mak Umi bijak membalas percakapan Siak dan Imam yang mahu menasihati Tok Wali.
5.     Dia seorang yang penyabar
Mak Umi sabar melayan kerenah Tok Wali yang  membidas  kata-katanya.
6.     Seorang yang prihatin
Mak Umi mengambil berat tentang Piee yang menjadi penagih dadah.

LATAR
Latar masa
1.     Pada waktu pagi
Ketika Ripin datang ke rumah Tok Wali.
2.     Pada waktu petang
Ketika Tok Wali bersiap sedia hendak pergi ke majlis kenduri di rumah Haji Kodri.
3.     Pada waktu malam
Ketika Tok Wali bermain biola dan berbual-bual dengan Mak Umi.

Latar tempat
1.     Di rumah Tok Wali
2 orang pemberita datang menemu ramah  Tok Wali di rumahnya.
2.     Di gelanggang silat
Tok Wali bertarung dengan Siak di gelanggang silat.

Latar masyarakat
1.             Masyarakat yang mempertahankan warisan bangsa.
Tok Wali  mengajarkan ilmu silat supaya dapat diwarisi oleh anak-anak muda kampungnya.
2.             Masyarakat yang beradab.
Tok Wali memenuhi jemputan Haji Kodri supaya membuat pertunjukan silat di majlis kenduri di rumahnya.
3.             Masyarakat yang saling menghormati
Ripin menghormati Tok Wali  kerana memiliki ilmu persilatan dan melayan percakapan Tok Wali dengan sopan.
4.             Masyarakat yang hipokrit
Siak menggunakan alasan agama untuk mengurangkan pengaruh Tok Wali di kampung itu.
5.             Masyarakat yang tidak berakhlak.
Piee menjadi penagih dadah dan sukar dipulihkan lagi.
6.             Masyarakat yang taat perintah agama.
Tok Wali tidak pernah meninggalkan solat berjemaah di masjid.

GAYA BAHASA
1.       Penggunaan bahasa Arab
Assalamualaikum  Insya-Allah , Astagfirullahal’azim
2.       Bahasa Inggeris
Sorrylah..
3.       Bahasa Indonesia
Bisa copot jantungku
4.        Sinkope
         Yang itu tak pulak disebut!.
          Kerana dah tualah tak jadi manis tu!
5.         Simile
Kawannya macam lalat
ibarat burung dalam sangkar yang terbuka pintunya.
macam rimau tak ada gigi
6.         Simpulan bahasa
   kambing hitam  
7.         kata ganda
   bertalu-talu, gegak-gempita   

NILAI
1.         Nilai ketegasan
Tok Wali tegas dengan pendiriannya mahu bersilat di majlis perkahwinan anak Haji Kodri kerana baginya perbuatannya itu tidak salah.
2.         Nilai keberanian
Tok Wali berani bertarung dengan Siak apabila Siak datang menyerangnya.
3.         Nilai taat akan perintah agama
Tok Wali tidak pernah meninggalkan solat berjemaah di masjid dan rajin menunaikan solat sunat.
4.         Nilai hormat-menghormati
Ripin menghormati Tok Wali yang tinggi ilmu persilatan dan merupakan guru silatnya.
5.         Nilai bertanggungjawab
Tok Wali berasa dirinya bertanggungjawab meneruskan usaha mengajarkan ilmu silat kepada anak-anak muda kampung tersebut.
6.         Nilai tolong-menolong
Ripin membantu Mak Umi yang memanggilnya supaya menamatkan pergaduhan antara Tok Wali dan Siak.
7.         Nilai keprihatinan
Tok Wali sering melakukan kerja kemasyarakatan tanpa mengharapkan upah seperti menggali kubur dan memandikan jenazah.

PENGAJARAN
1.     Kita hendaklah mempertahankan warisan bangsa agar generasi akan dating berpeluang mendapat manfaatnya.
2.     Kita hendaklah menghormati guru dan orang yang lebih tua daripada kita kerana mereka banyak berjasa kepada kita.
3.     Kita hendaklah sentiasa menghulurkan bantuan kepada orang lain tanpa mengharapkan balasan agar masyarakat hidup harmoni.
4.     Janganlah kita bersikap hipokrit dalam hidup kerana sikap itu memberi kesan yang negatif.
5.     Setiap masalah yang dihadapi haruslah diselesaikan secara rundingan supaya tidak berlaku kecederaan atau pertumpahan darah.
6.     Kita mestilah bersabar atas ujian yang menimpa kita supaya kehidupan lebih sejahtera.
7.     Kita hendaklah bijak menangani masalah yang timbul agar tidak menimbulkan kesusahan kepada diri sendiri kelak.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Drama Forum Remaja 2020
(Sharif Shaary)

SINOPSIS
Forum Remaja 2020 memaparkan peranan dan tanggungjawab  tiga orang remaja iaitu Salmah, Chandran dan Chong menjelang tahun 2020. Mereka berjumpa dengan dua orang makhluk Utopia yang yang datang ke bumi  untuk menjayakan satu misi.
Kedatangan mereka didorong atas rasa tanggungjawab moral untuk mengingatkan makhluk bumi bahawa situasi kini sudah mencapai tahap kritikal ke arah kemusnahan. Makhluk Utopia memilih Malaysia kerana Malaysia berpotensi untuk dimajukan sebagai sebuah negara model dunia dalam menegakkan keamanan dan peningkatan moral sejagat. Mereka berpendapat segala pembangunan sekarang bukan sumbangan generasi  muda yang diwakili oleh Salmah, Chandran dan Chong tetapi sumbangan generasi yang terdahulu. Generasi muda kini belum berbuat apa-apa. Sebagai bakal pemimpin masa depan, remaja perlu mempunyai jati diri yang kental, berilmu pengetahuan dan memiliki moral yang tinggi bagi merealisasikan matlamat tersebut.Masalah keruntuhan moral generasi muda berada dalam  satu era kritikal dari segi moral, sosial dan mental.  Mereka mesti bersatu padu sesama rakyat Malaysia yang berbilang kaum, bersemangat patriotik dan mengamalkan nilai keagamaan dalam aspek kehidupan.
Apabila kedua-dua makhluk Utopia itu beredar, ketiga-tiga remaja itu pun tersedar dan mereka rupanya bermimpi. Ketiga-tiga remaja itu berbincang tentang kritikan yang diberi oleh makhluk Utopia dan mereka menyetujuinya. Sebagai remaja, mereka perlu merancang strategi kepimpinan untuk  merealisasikan pembangunan negara di samping melahirkan generasi yang berdisiplin .

PEMIKIRAN
Peranan dan tanggungjawab remaja untuk merealisasikan Wawasan 2020  yang diwakili oleh watak Salmah, Chandran dan Chong.

PERSOALAN
1.     Persoalan remaja  sebagai  pemimpin negara pada  masa hadapan.
2.     Persoalan tentang kepentingan ilmu pengetahuan dalam diri remaja.
3.     Persoalan tentang kepentingan penghayatan nilai  keagamaan dalam kehidupan.
4.     Persoalan semangat patriotik sebagai pegangan untuk mewujudkan sebuah negara bangsa.
5.     Persoalan tentang jati diri, moral dan ilmu pengetahuan sebagai teras kepada remaja untuk merealisasikan Wawasan 2020.

PLOT
Plot drama ini digarap secara kronologi, melalui empat peringkat:
1.     Permulaan
Plot dimulakan dengan perbincangan serius antara Salmah, Chandran dan Chong sehingga mereka tertidur.
2.     Perkembangan
Kedatangan dua makhluk Utopia ke bumi dengan membawa misi suci dan memilih Malaysia kerana Malaysia mempunyai potensi yang boleh dimajukan sebagai sebuah negara model dunia. Chong berhujah tentang Malaysia yang sudah mempunyai kualiti pembangunan dan bangsa Malaysia mempunyai etika kerja berdasarkan slogan Bersih, Cekap dan Amanah. Salmah turut mengemukakan hujah bahawa  rakyat  Malaysia  hidup dalam suasana yang muhibah di samping  bangunan pencakar langit yang setanding negara maju. Chandran mahukan penjelasan sebab mereka dipilih untuk berdialog. Makhluk Utopia menjelaskan bahawa mereka merupakan bakal pemimpin negara. Perdebatan sengit  berlaku antara tiga sahabat dan dua makhluk Utopia. Hujah tentang keagamaan dan ketuhanan turut diperkatakan oleh Salmah. Agama sepatutnya diutamakan dan dipraktikkan dengan fikiran yang rasional dan niat yang ikhlas serta suci. Perkara yang membimbangkannya ialah  keadaan anak muda sekarang yang longgar kepercayaan agamanya yang menjadi punca kemerosotan moral.
3.     Konflik
Pada peringkat ini konflik timbul apabila  Chandran merasai bahawa mereka sedang bermimpi. Chong berpendapat kemungkinan makhluk itu menyamar. Bagi Salmah, mereka meragui tentang makhluk itu kerana pendapat-pendapat  yang bersanggah.
4.     Klimaks
Salmah, Chandran dan Chong akhirnya bersetuju akan  perkara-perkara yang dihujahkan oleh makhluk Utopia.
5.     Peleraian
Akhirnya, tiga sahabat ini menjelaskan bahawa mereka harus merancang strategi kepimpinan untuk merealisasikan perkara yang dihujahkan. Mereka mesti menyelesaikan masalah kemerosotan moral generasi muda dan memperkemaskan disiplin supaya setiap yang dirancang akan lebih berkesan. Mereka harus memulakannya dari sekarang.

TEKNIK PLOT
1.     Teknik dialog
Dialog antara watak  Salmah, Chandran dan Chong, contohnya
Chandran:Ah, Makhluk Utopia yang berdebat dengan kita tadi tu!
Chong: Entah, aku rasa macam mimpi saja.
Salmah:Tapi, takkanlah ketiga-tiga kita bermimpi serentak? 

2.     Teknik suspens
Kedatangan dua Makhluk Utopia dan menghampiri Salmah, Chandran dan Chong. Mereka hendak lari.




WATAK PERWATAKAN
Watak Utama
1.     Salmah
·         Mahasiswa berusia 22 tahun
·         Wajah tipikal seorang gadis Melayu dan berkulit sawo matang
·         Berfikiran objektif, terbuka ,petah dan berani mengemukakan pendapat - Salmah berdialog dengan Chong yang menegaskan bangsa yang maju ialah bangsa yang sanggup menerima kritikan.

2.     Chandran
·         Mahasiswa berusia 22 tahun
·         Wajah tipikal seorang pemuda India  dan fasih berbahasa Melayu
·         Berperawakan sederhana.
·         Bijak berhujah,kritis dan banyak memberikan pendapat - Chandran  menyatakan pendapatnya bahawa generasi dewasa harus bertanggungjawab atas apa-apa yang berlaku kepada generasi muda.

3.     Chong
·         Mahasiswa berusia 22 tahun
·         Wajah tipikal seorang pemuda Cina  fasih berbahasa Melayu dan bijak berhujah
·         Mudah emosional  dan cepat sejuk -  Chong marah kerana tidak bersetuju dengan pendapat Makhluk Utopia bahawa generasi mereka belum buat apa-apa.

Watak Sampingan
1.             Makhluk Utopia I dan II
·         Makhluk asing dari planet Utopia
·         Watak  mereka muncul dalam mimpi
·         Bijak mengemukakan  pendapat -  Makhluk Utopia memberikan pendapat bahawa   makhluk bumi berada dalam situasi   yang kritikal ke  arah kemusnahan.

LATAR
Latar masa
·         waktu petang  pada tahun 2020

Latar tempat
·         Kampus universiti tempat Salmah, Chandran dan Chong belajar

Latar masyarakat
1.     Masyarakat  kampus - Salmah, Chandran dan Chong.
2.     Masyarakat  dari planet Utopia -  Makhluk Utopia 1 dan 2.
3.     Masyarakat  yang bijak berhujah -  Salmah dan Chandran berhujah dengan makhluk Utopia.
4.     Masyarakat  remaja yang cinta akan negara - hujah-hujah Chong   menunjukkan cintanya kepada tanah air.


GAYA BAHASA
·         Kata ganda, contohnya bangunan-bangunan
·         Sinkope, contohnya tak ada satu pun yang baik
·         Peribahasa, contohnya  bersatu kita teguh, bercerai kita roboh

NILAI
1.     Nilai keberanian -  Tiga sahabat berani berhujah dengan makhluk Utopia tentang cabaran untuk membangunkan negara.
2.     Nilai cinta akan tanah air - Tiga sahabat menunjukkan kecintaan akan negara dan mahu menjadi pemimpin pada masa akan datang.
3.     Nilai baik hati -  Makhluk Utopia   baik hati dengan menasihati  dan  memberi teguran kepada penduduk bumi.

PENGAJARAN
1.     Kita hendaklah mengutamakan perpaduan kaum  dan mengamalkannya dalam hidup bermasyarakat seperti yang ditunjukkan oleh Salmah, Chandran dan Chong.
2.     Remaja hendaklah memahami, menghayati dan mengamalkan nilai keagamaan dalam kehidupan.
3.     Remaja hendaklah mempunyai rasa tanggungjawab dan memiliki jati diri yang kental.
4.     Remaja hendaklah mempunyai ilmu pengetahuan untuk membangunkan negara pada masa hadapan.

_______________________________________________________________________________________
Drama Cempaka Berdarah
(A.Rahim Abdullah)

SINOPSIS

Babak 1
Drama Cempaka Berdarah mengisahkan Mak Jah dan Cempaka sedang mengemas rumah. Mereka menanti kepulangan Zaman yang belajar di  sebuah universiti di Kuala Lumpur. Kemudiannya, mereka terdengar orang memanggil di luar rumah. Mereka mengintai melalui lubang  pintu dan mendapati seorang lelaki Orang Putih muncul. Mak Jah menyuruh Cempaka     masuk ke biliknya. Orang Putih itu memperkenalkan dirinya sebagai Prof. Peter , pensyarah Antropologi dan Sosiologi dan merupakan pensyarah Zaman di universiti. Dalam perbualan mereka, Prof. Peter  meminta Mak Jah menasihati Zaman supaya belajar betul-betul sekiranya hendak berjaya. Prof. Peter bertanya tentang Cempaka apabila melihat gambar Cempaka di dinding.

Babak 2
Semasa Zaman dan Cempaka mengambil buah bidara dan akar kayu di sebuah belukar, zaman menyuruh Cempaka pulang untuk mengambil parang. Mereka berbincang tentang bonsai dan ukiran akar kayu. Semasa Cempaka pulang mengambil parang, Prof. Peter     muncul ditemani oleh Malik. Berlaku pertengkaran kecil antara mereka. Ketika Zaman mengambilkan  Cempaka  bunga kenanga, Prof. Peter dan Malik muncul semula. Berlaku lagi pertengkaran antara Prof. Peter dan Zaman. Prof. Peter mempersoalkan  rambut Cempaka yang berwarna perang. Zaman membuat kesimpulan, Maliklah yang menjadi orang perantaraan Prof. Peter. Dia juga mendakwa Cempaka ialah adiknya yang dicari-cari selama ini. Semasa perang Jepun, ibunya telah menyembunyikan  adiknya  di tebing sungai Bukit Putih dan  ditemui oleh Mak Jah. Dia hendak mengambil Cempaka dan mahu adiknya itu hidup dalam keluarganya. Sewaktu pertengkaran berlaku, Prof. Peter ternampak seekor ular lalu melepaskan tembakan. Cempaka rebah berlumuran darah. Mak Jah meraung melihat keadaan Cempaka. Zaman berasa marah dan berlaku pergelutan antara Zaman dan Prof. Peter. Prof.     Peter telah melarikan diri ke dalam hutan. Zaman  mengejarnya dengan parang. Tiba-tiba terdengar satu das tembakan dan semuanya tercengang. Mak Jah bersyukur kerana Zaman selamat dan  mengangkat Cempaka yang tidak sedarkan diri itu.

PEMIKIRAN
Keberanian mempertahankan  hak dan maruah keluarga daripada dirampas oleh orang luar. Zaman bertindak dengan berani dan bersungguh-sungguh ketika bertengkar dengan Prof. Peter.

PERSOALAN
1.     Persoalan kasih sayang sesama insan tidak mengenal agama dan keturunan.
2.     Persoalan pendidikan penting untuk mengubah dan membela nasib diri dan keluarga.
3.     Persoalan mempertahankan hak dengan cara yang betul.
4.     Persoalan peperangan yang menyebabkan perpisahan antara ahli keluarga.
5.     Persoalan tentang  usaha mencari adik kandung yang hilang semasa perang Jepun.

PLOT
Plot drama ini terbahagi kepada dua babak cerita.

1.     Permulaan
Plot bermula di rumah Mak Jah yang sederhana di sebuah kampung. Mak Jah dan Cempaka sedang mengemas rumah sementara menanti kepulangan  Zaman yang belajar di sebuah universiti di Kuala Lumpur.
2.     Perkembangan
Plot berkembang apabila kedatangan Prof. Peter ke rumah Mak Jah. Tujuannya adalah untuk membuat penyiasatan kerana dia ialah Profesor Antropologi dan Sosiologi. Prof. Peter juga memperkenalkan bahawa dia ialah pensyarah Zaman. Peristiwa Prof. Peter melihat gambar Cempaka yang menarik perhatiannya. Plot terus berkembang apabila Zaman dan Cempaka masuk ke pinggir belukar di kampungnya untuk mengambil buah bidara, akar kayu dan bunga kenanga.
3.     Konflik
Pada tahap perumitan, Zaman bertemu dengan Prof.Peter yang diiringi Malik dan berlaku pertengkaran. Prof.Peter dan Malik beredar untuk menembak burung dan kera di bukit. Sejurus selepas itu, mereka datang semula iaitu semasa Zaman cuba mengambilkan Cempaka bunga kenanga. Berlaku lagi pertengkaran yang lebih hebat apabila Prof. Peter mempersoalkan rambut Cempaka yang berwarna perang.Prof. Peter mendakwa Cempaka ialah adiknya. Mak jah   datang dan memarahi Prof. Peter.
4.     Klimaks
Klimaks cerita ialah peristiwa Prof. Peter yang hendak menembak ular  di atas kepala Cempaka tetapi tertembak Cempaka. Seterusnya, berlaku pergelutan antara Zaman dan Prof. Peter. Zaman mencuba merampas senapang Prof. Peter.
5.     Peleraian
Prof. Peter melarikan diri ke dalam belukar. Zaman mengambil parangnya mahu mengejar Prof. Peter. Tiba-tiba terdengar satu das tembakan letupan senapang yang menyebabkan mereka tercengang. Akhirnya, Zaman berjalan ke arah ibunya semula dan ibunya bersyukur kerana Zaman selamat. Zaman dan Mak Jah mengangkat Cempaka yang tidak sedarkan diri.
TEKNIK PLOT

1.     Teknik pemerian
Pengarang memerihalkan watak Mak Jah dan Cempaka,
contohnya :
Mak Jah dan Cempaka sedang mengemas rumah. Mereka menunggu kepulangan Zaman yang belajar di sebuah university di Kuala Lumpur.(ms 243)
   
2.     Teknik imbas kembali
Pengarang telah menggunakan teknik ini semasa dialog antara Prof. Peter dan Mak Jah tentang adiknya yang telah disembunyikan semasa Perang Jepun.
Contohnya:
Aku tahu, Mak Jah. Ibuku telah menyembunyikan adikku di tebing sungai Bukit Putih    sebelum orang Jepun menyerang dan membunuh bapa dan ibuku.(ms257)

WATAK PERWATAKAN
Watak utama - ZAMAN
1.     Anak Mak Jah dan abang angkat kepada Cempaka.
2.     Dia merupakan penuntut di university di Kuala Lumpur.
3.     Dia merupakan tukang urut, penggali kubur, tok mudim, dan boleh merawat beberapa jenis penyakit. 
4.     Dia seorang yang penyayang.
Zaman amat menyayangi adiknya Cempaka dan ingin memenuhi hajat adiknya untuk mendapatkan bunga kenanga akar dan buah bidara di pinggir belukar.
5.     Dia  seorang yang berani.
Zaman berani bergaduh dengan Prof. Peter kerana mempertahankan Cempaka daripada diambil oleh Prof. Peter..
6.     Dia seorang yang bijak
Zaman bijak menghidu niat sebenar Prof. Peter yang mahu membuat kajian di kampungnya.
7.     Dia seorang yang keras hati.
Zaman dikatakan keras hati oleh Prof. Peter dan diakui oleh Mak Jah kerana suka menentang cakap orang lain..
8.     Dia seorang yang tekun belajar
Zaman tekun belajar kerana berada pada tahun akhir dan akan menghadapi peperiksaan diuniversitinya.
2.             Mak Jah
1.     Ibu Zaman dan ibu angkat kepada Cempaka
2.     Dia seorang yang penyayang
Mak Jah amat menyayangi  Cempaka walaupun hanya anak angkat.
3.     Dia seorang yang tegas.
Mak Jah tetap dengan pendiriannya bahawa Cempaka itu anaknya walaupun diterangkan oleh Prof. Peter.
4.     Dia seorang yang bertanggungjawab.
Mak Jah bertanggungjawab memastikan keselamatan Cempaka dan menyuruh Cempaka masuk apabila Prof. Peter datang ke rumahnya.


3.     Prof.Peter
1. Seorang lelaki Inggeris
2. Pensyarah sosiologi di sebuah universiti tempatan..
3. Dia seorang yang bijak
Dia menggunakan alasan sedang membuat kajian sejarah dan melindungi tujuan sebenar mencari adiknya yang hilang.   
4. Dia seorang yang sombong
Prof Peter mengatakan bangsa Melayu berfikiran sempit dan pengotor.
5. Seorang yang tegas
Prof. Peter tegas dengan pendiriannya bahawa Cempaka itu adiknya.
6. Seorang yang sanggup berkorban.
Prof.Peter sanggup bekerja di Malaysia semata-mata untuk mencari adiknya yang hilang semasa zaman Jepun.
LATAR
Latar masa
1.     Pada sekitar tahun 60-an
2.     Pada waktu menjelang tengah hari
Mak Jah dan Cempaka sedang mengemas rumah dan menunggu Zaman pulang dari Kuala Lumpur.
3.     Pada waktu petang
Ketika Zaman dan Cempaka berada di pinggir hutan dan terserempak dengan Malik serta Prof.Peter.
Latar tempat
1.     Di rumah Mak Jah
Prof.Peter datang ke rumah Mak Jah untuk menyiasat tentang adiknya.
2.     Di pinggir belukar dalam kampung
Zaman dan Prof. Peter bertengkar tentang Cempaka.
Latar masyarakat
1.     Masyarakat yang mempertahankan hak.
Mak Jah dan Zaman mempertahankan Cempaka daripada diambil oleh Prof. Peter kerana Cempaka telah dipelihara sejak kecil oleh Mak Jah.
2.     Masyarakat yang penyayang
Mak Jah menyayangi anak-anaknya.Prof Peter juga menyayangi adiknya .
3.     Masyarakat yang tidak mementingkan pendidikan wanita
Mak Jah tidak menghantar Cempaka bersekolah tinggi.
4.     Masyarakat yang tidak menghormati budaya masyarakat tempatan.
Prof.Peter bersikap biadap kerana merendahkan orang Melayu dan tidak berunding secara berhemah dengan Mak Jah dan Zaman.
5.     Masyarakat yang prihatin
Mak Jah telah mengambil Cempaka sebagai anak angkat  setelah ibu Cempaka terpaksa meninggalkannya.

GAYA BAHASA
1.     Sinkope
Tuan nak buat apa di sini?
Mak Jah tak adakah anak lelaki?
2.     Peribahasa
Keras hati, keras kepala
3.     Kata ganda
betul-betul,  lihat-lihat 
4.      Sinkope
Yang itu tak pulak disebut!.

NILAI
1.     Nilai kasih sayang
Mak Jah amat menyayangi Cempaka walaupun Cempaka hanya anak angkat.
2.     Nilai keberanian
Zaman berani mempertahankan Cempaka daripada diambil oleh Prof Peter.
3.     Nilai hormat-menghormati
Mah Jah menghormati tetamunya Prof. Peter dan melayannya dengan ramah.
4.     Nilai bertanggungjawab
Zaman bertanggungjawab memenuhi keinginan adiknya Cempaka untuk mengambil bunga kenanga akar.
5.     Nilai kerajinan
Zaman rajin belajar sehingga tahun  ketika itu berada dalam tahun akhir pengajian.

PENGAJARAN
1.     Kita hendaklah berusaha mempertahankan apa-apa yang menjadi hak kita dengan cara yang betul agar tidak berlaku kejadian yang tidak diingini.
2.     Kita hendaklah menghormati masyarakat tempatan jika kita berkunjung ke tempat mereka supaya kita tidak mendapat kesusahan.
3.     Janganlah kita menggunakan kekerasan untuk menyelesaikan sesuatu masalah kerana perbuatan itu membahayakan kita.
4.     Kita hendaklah gigih berusaha untuk mengubah corak hidup supaya tidak terus dibelenggu kemiskinan.
5.     Setiap ahli keluarga hendaklah melindungi keluarganya yang lain kerana hal itu merupakan tanggungjawab mereka.
6.     Kita perlu berwaspada terhadap orang yang tidak kita kenali agar tidak diperdayakan oleh mereka.
7.     Kita berfikir secara bijak untuk menyelesaikan sesuatu masalah agar hasrat yang diinginkan akan memperoleh kejayaan.