11 April 2014

Salam,
       Semua anak muid dan pembaca. Saya sekarang bertugas sebagai SISC+ Bahasa Melayu. Saya akan fokus menulis bahan Bahasa Melayu UPSR dan KSSR.Insyaalah.

04 February 2014

Di Sebalik Wajah
(Abang Saifuddin Abang Bohari)
Sumber: Bahagian Pembangunan Kurikulum KPM) 

Sinopsis           
Cerita Di Sebalik Wajah mengisahkan seorang remaja iaitu Doktor Fikri yang cacat kulitnya iaitu balar.  Nama Doktor Fikri diberikan oleh bapanya sempena nama seorang doktor yang telah mendoakan keselamatan ibunya sewaktu melahirkannya. Disebabkan nama dan kecacatan kulitnya yang balar Doktor Fikri sering diejek dan diketawakan.  Namun begitu, dia tabah menerima segala dugaan yang menimpa dirinya.  Pertukaran ke sekolah Menengah Kebangsaan Menggatal banyak memberikan pengalaman baharu kepadanya.  Josy, Dayang Mahani, Suriani, Sanin dan Aziz  dapat menerima kehadirannya di sekolah itu.  Mereka berkawan baik sehinggalah Doktor Fikri dianiaya oleh tiga orang murid iaitu Narius, Jais dan Jamadi yang juga sering mengganggu murid lain.

Satu laporan salah laku mereka telah dibuat kepada guru disiplin iaitu Cikgu Wahab. Hal ini menyebabkan mereka berdendam kepada Doktor Fikri.   Narius dan kawan-kawannya meletakkan buku-buku perpustakaan dan beberapa dompet ke dalam beg sekolah Doktor Fikri.  Guru disiplin telah membuat pemeriksaan mengejut ke setiap kelas.  Doktor Fikri telah dipanggil dan disoal siasat namun dia hanya mendiamkan diri.  Selepas kejadian tersebut, kawan-kawannya mula menjauhkan diri kecuali Josy yang masih setia memberikan perangsang dan semangat serta memintanya bersabar dengan dugaan yang menimpa.

Semasa sukan tahunan sekolah, Doktor Fikri gagal menamatkan larian 1500 meter dan pengsan.  Dia juga kehilangan basikal yang baru dibeli dengan duit simpanannya sendiri.   Pada suatu hari seorang murid mengadu kepada Cikgu Wahab bahawa dia ternampak Narius dan rakan-rakannya mencuri basikal doktor Fikri.  Hal ini dilaporkan ke balai polis.  Narius dan rakan-rakannya ditangkap atas pelbagai kesalahan yang dilakukan.  Mereka ditahan di lokap.  Jais dan Jamadi dijamin oleh keluarga masing-masing.  Narius tidak dapat dibebaskan kerana keluarganya miskin.  Doktor Fikri dan bapanya dipanggil untuk mengambil semula basikalnya.  Semasa di balai polis, Doktor Fikri ternampak Narius sedang menangis di samping bapanya yang sudah uzur.  Doktor Fikri meminta ayahnya menjamin Narius.

Semenjak hari itu, Narius, Jais dan Jamadi insaf dan berubah menjadi baik.  Mereka mengaku kepada murid lain bahawa merekalah yang menganiaya Doktor Fikri. Namun, pada masa yang sama, Doktor Fikri berhijrah ke Jepun kerana bapanya bertugas di sana.  Setelah setahun, Doktor Fikri dan keluarganya balik bercuti di Malaysia.  Kepulangan Doktor Fikri disambut dengan gembira oleh rakan-rakannya. Keluarga Doktor Fikri mengisi cuti mereka dengan bersama-sama mendaki puncak Gunung Kinabalu seperti yang dihasratkan oleh Doktor Fikri. 

Bab 1
Di luar wad bersalin, hospital Ratu Elizabeth, Kota Kinabalu, Cikgu Saiful kelihatan cemas untuk menunggu kelahiran anaknya. Dalam masa yang agak lama, isterinya berada di dalam wad itu sehingga Cikgu Saiful berasa bimbang. Dia berdoa semoga anak dapat dilahirkan dengan selamatnya. Cikgu Saiful amat sayang akan isteri, Halipah. Dia bertimbang rasa dan simpati akan kesukaran yang dihadapi oleh isteri ketika mengandung. Dia mengimbas kembali tentang isterinya yang mengandung mengidamkan daging rusa. Setelah berusaha payah mencari daging rusa di seluruh Kota Kinabalu, dia tetap tidak dapat mencari daging rusa sehingga dia membeli sup daging arnab untuk membohongi isteri. Tiba tiba namanya dipanggil oleh seorang doktor India yang bernama Vasutheven bahawa isterinya perlu dibedah kerana kandungannya songsang. Setelah menandatangani kebenaran, Cikgu Saiful termenung di bawah pohon semarak api yang rentang. Ketika itu dia diajak oleh seorang doktor berbangsa Melayu untuk bersolat sembahyang. Atas nasihat doktor itu, dia semakin tenang. Di dalam minda, cikgu Saiful hendak menamakan anak lelakinya sama dengan doktor itu, iaitu Doktor Fikri. Jika anak perempuan, namanya akan diserahkan kepada isterinya untuk menentukannya. Kemudian dia diberitahu oleh doktor, anaknya telah selamat dilahirkan. Cikgu Saiful bersyukur lalu menuju ke bilik bayi. Dia meminta kebenaran daripada seorang jururawat Cina untuk bernazar kepada anaknya . Akhirnya dia dibenarkan menjumpainya anaknya. Cikgu Saiful tidak dapat menerima seorang bayi yang berambut kuning emas, dan kulit merah yang jauh berbeza dengan bayi lain. Atas nasihat dan pengesahan doktor dan jururawat, Cikgu Saiful menyesal atas gelagatnya. Dia bernazar kepada anaknya dan menerima kehadiran seorang anak yang cacat dari segi kulit, iaitu anak balar. Ketika isteri terjaga, dia cuba menasihati isteri agar menerima satu kenyataan, iaitu anak mereka merupakan anak balar. Cikgu Saiful memberitahu Halipah bahawa dia hendak menamakan anak mereka Doktor Fikri.


Bab 2
Setelah 14 tahun kemudian, Cikgu Saiful sudah meletakkan jawatan sebagai seorang guru dan bekerja di sebuah syarikat swasta. Mereka sekeluarga telah berpindah dari Tuaran ke pekan Menggatal, Kota Kinabalu. Anaknya yang bernama Doktor Fikri telah ditempatkan di Sekolah Menengah Kebangsaan Menggatal. Doktor Fikri telah ditempatkan di Kelas Tingkatan Dua Mawar. Seluruh murid Tingkatan Dua Mawar terkejut dengan kehadiran seorang pelajar baru yang disangka sebagai orang putih. Setelah memperkenalkan diri sebagai Doktor Fikri, semua pelajar ketawa dan mereka melemparkan pelbagai sindiran dan nama jolokan, Doktor Fikri sabar dan menerima segalanya kerana dia sudah biasa dengan layanan sedemikian. Sebelum itu Doktor Fikri pun tidak mempunyai rakan dan murid lain sering meminggirnya. Ketika masa rehat, Doktor Fikri makan bekalan yang disediakan oleh emak sambil membaca novel yang dipinjam daripada Perpustakaan Negeri. Hobinya adalah membaca novel. Ketika itu, seorang pelajar perempuan, Josy dari Tingkatan Dua Melati berminat terhadapnya dan asyik bertanya kepadanya. Doktor Fikri memberitahukan keadaan keluarga secara jujur dan ikhlas. Josy terkejut kerana mengetahui Doktor Fikri mempunyai tabung sebanyak RM 1000 di bank dan simpanan itu adalah hasil daripada menjual sayur sayuran. Pada masa itu, ada tiga orang pelajar Tingkatan Empat( Narius, dan rakannya) masuk ke kelas Tingkatan Dua Mawar lalu mengejek Doktor Fikri sudah pandai memikat hati perempuan. Mereka juga habis makan dan minum bekalan Doktor Fikir. Gelagat ketiga tiga murid Tingkatan Empat diperhatikan oleh murid Tingkatan Dua Mawar. Mereka menasihati Doktor Fikri supaya melaporkan kejadian kepada guru disiplin, Cikgu Wahad. Doktor Fikri berterima kasih kepada mereka.


Bab 3
Josy, Dayang Mahani, Suriani, Sanin dan Aziz yang gemuk telah mengayuh basikal ke rumah Doktor Fikir yang berdua tingkat di 69, Taman Richdar, Menggatal. Mereka disambut dengan mesra oleh ibu Doktor Fikri. Doktor Fikri begitu gembira kedatangan rakan rakan baharunya dan membawa mereka ke bilik bacanya. Mereka kagum akan bilik baca Doktor Fikri yang penuh dengan bacaan. Doktor Fikri tidak keberatan untuk meminjamkan bukunya kepada rakan rakannya. Setelah itu, mereka juga dibawa ke belakangan rumah untuk melihat kebun sayur sayuran dan reban ayamnya. Mereka tidak menyangka bahawa Doktor Fikri sanggup mengerjakan kebun sayur sayurannya dan berbaja tahi lembu. Mereka bergurau senda dan berjanji akan membantu Doktor Fikri untuk menjual sayur sayuran di Tamu di pekan baru Menggatal pada hari minggu. Ketika melihat kepulangan rakannya yang mengayuh basikal, Doktor Fikri ingin meminta kebenaran daripada ayahnya untuk membeli sebuah basikal.


Bab 4
Keesokan hari, Doktor Fikri menunggang basikal barunya yang dibeli dengan wang simpanannya. Sesungguhnya Cikgu Saiful sentiasa memenuhi segala permintaan anak kesayangannya dan sentiasa membantu anaknya untuk mempraktikkan ilmu yang telah diajarkan di sekolah, seperti menanam sayur sayuran, memelihara ayam dan menjual sayuran seperti yang telah diajar dalam Kemahiran Hidup, malah dia pernah mengumpul tahi lembu dengan Doktor Fikri. Ketika sampai di pintu sekolah, dia mendapati bahawa dia telah lewat ke sekolah. Pintu pagar telah ditutup. Nasib baik guru disiplin Cikgu Wahad terkenal sebagai guru yang tegas membuka pintu pagar untuknya dan memberikan amaran supaya dia tidak lewat ke sekolah lagi. Doktor Fikri meminta maaf kepada Cikgu Wahad. Ketika masuk ke kelas Tingkatan Dua Mawar, Doktor Fikri telah ditegur oleh guru kelasnya Cikgu Asnawi dan mengingatkan semua pelajar supaya menjaga nama baik kelas Tingkatan Dua Mawar. Keadaan kelas sangat bising, tetapi Doktor masih leka membaca bukunya. Tiba tiba murid Tingkatan Enam masuk ke kelas mereka dan mengingatkan mereka supaya berlatih sukan pada petang itu memandangkan hari sukan akan menjelang sebulan lagi. Sanin telah mengajak Doktor Fikri supaya menyertai pasukannya , iaitu rumah Tun Ismail.


Bab 5
Pada awal pagi hari minggu, Josy, Dayang Mahani, Suriani, Sanin dan Aziz telah datang ke rumah Doktor Fikri, setelah bersarapan pagi, mereka membantu Doktor Fikri menimbang dan membungkus sayur sayuran, iaitu sawi, kacang bendi, bayam, cili,dan tomato. Setelah itu mereka berbasikal dengan sayur sayuran itu ke tamu. Pada awal pagi, mereka sempat menjual seringgit sayur sawi kepada seorang perempuan. Tidak lama kemudian, hujan turun dengan lebat. Rakan rakan berasa hampa kerana sayur sayuran itu tidak laku dijual. Namun demikian, Doktor Fikri kelihatan tenang dan sabar kerana untung rugi merupakan fitrah perniagaan.


Bab 6
Pada petang itu, Narius, Jamadi, dan Jais (murid Tingkatan Empat) menghalang Josy, Dayang Mahani, Suriani untuk menanyakan Doktor Fikri. Suriani terjatuh lalu mengugut bahawa dia akan memberitahu Cikgu Wahad tentang peristiwa itu. Ketika Doktor Fikri melalui jalan itu ke sekolah untuk mengikuti latihan sukan, dia ditahan oleh ketiga tiga murid jahat itu. Mereka meminta wang keselamatan daripada Doktor Fikri. Apabila mendapati bahawa Doktor Fikri tidak membawa wang. Mereka memarahinya dan mengugutnya supaya membawa wang esok.

Bab 7
Perhimpunan khas telah diadakan di dewan. Pengetua sekolah Puan Hamidah telah merotan Narius, Jamadi dan Jais di khalayak untuk memberikan amaran kepada semua murid supaya tidak melakukan peras ugut di sekolah.

Bab 8
Doktor Fikri berasa bimbang kerana mereka mungkin akan membalas dendam terhadapnya walaupun dia tidak melaporkan kejadian itu kepada pihak sekolah. Keesokan hari, Doktor Fikri berkunjung ke perpustakaan sekolah , dia terserampak dengan Narius, Jamadi dan Jais. Mereka menyindir Doktor Fikri supaya tidak menunjuk nunjuk. Doktor Fikri terus membaca buku di perpustakaan kerana kebetulan tidak ada guru di dalam kelas. Di dalam kelas, Cikgu Wahad mengadakan pemeriksaan secara mendadak di kelas dua Mawar kerana banyak pelajar melaporkan bahawa mereka kehilangan buku, dompet dan pen di perpustakaan. Ketika memeriksa beg Doktor Fikir, terdapat buku perpustakaan, dompet dan pen yang mahal yang dilaporkan telah hilang itu. Seluruh kelas tergempar kerana tidak disangka bahawa murid baru ialah pencuri. Kemudian Doktor Fikri telah dipanggil ke pejabat kaunseling, Cikgu Wahad telah mendakwa Doktor Fikri mencuri. Doktor Fikri menafikannya tetapi tidak dapat membela diri lalu membisu sahaja. Cikgu Wahad mengambil keputusan untuk memberitahukan hal itu kepada ayahnya. Seluruh sekolah tergempar kerana kes Doktor Fikri. Dayang Mahani, Suriani, Sanin dan Aziz berasa kecewa dan marah atas kejadian. Mereka tidak mahu lagi berkawan dengan Doktor Fikri. Mereka sengaja meminggirnya. Hanya Josy seorang sahaja yang bertegur sapa kepadanya dan masih mempercayainya. Dia turut mendengar rintihan Doktor Fikri. Sejak itu Doktor Fikri kelihatan sayu kerana semua rakan di kelasnya mendakwa dia sebagai panjang tangan.


Bab 9
Sukan Tahunan sekolah telah diadakan secara meriah.


Bab 10
Doktor Fikri berseluar panjang dan berbaju lengan panjang serta bertopi untuk menghindar cahaya matahari yang terik. Dia mengambil bahagian dalam acara 1500 meter lelaki B. Ibu bapa turut datang ke sekolah untuk memberikan sokongan kepadanya. Hakikatnya penyertaan dalam rumah Tun Ismail tidak disokong oleh anggota rumah sukannya. Josy yang merupakan ahli Bulan Sabit Merah memberikan semangat kepadanya. Semasa acara 1500 meter lelaki B diadakan, Doktor Fikri berlari dengan selaju lajunya untuk membuktikan keupayaan kepada rakannya tetapi langkahnya semakin perlahan dan bernafas pantas sehingga jauh ketinggalan. Walaupun telah ketinggalan, Doktor Fikri tidak berputus asa dan masih meneruskan larian untuk ke garis penamat. Hanya beberapa langkah lagi ke garis penamat, dia jatuh pengsan. Ahli Persatuan Bulan Sabit Merah segera mengusungnya ke khemah rawatan. Ibu Doktor Fikri mendekatinya dan bercadang untuk membawanya pulang ke rumah. Ibunya melarangnya menunggang basikal dan mengarahkan dia menaiki kereta bapanya dan basikal diletakkan di belakang kereta. Ketika Doktor Fikri mencari basikalnya, dia terkejut kerana basikal telah hilang. Jeritan jauh kedengaran.


Bab 11
Semua murid memperkatakan peristiwa itu. Rakannya masih mengatakan bahawa memang padan kerana panjang tangan telah mencuri panjang tangan. Rakan sekelasnya masih mendakwa bahawa Doktor Fikri memang suka menunjukkan kebolehan walaupun tidak mampu seperti menyertai lumba lari.


Bab 12
Doktor Fikri berasa kecewa kerana basikal baru yang dibeli dengan wang simpanannya itu telah dicuri. Dia berasa tidak tenteram atas kejadian demi kejadian yang menimpanya. Lebih lebih lagi kawan baiknya Josy akan berpindah sekolah . Dalam pendidikan Jasmani, tidak ada murid hendak bermain dengannya. Apabila termenung di bawah pokok, Cikgu Wahad (guru disiplin) telah mendekatinya dan meminta ke pejabat. Doktor Fikri berasa cemas. Kemudian cikgu Wahad memberitahu bahawa basikal telah ditemukan oleh pihak polis. Pencuri telah ditahan. Mereka adalah Narius, Jamadi, dan Jais. Menurut Cikgu Wahad, ketiga tiga berguru dengan seorang bekas banduan. Bekas banduan telah mengarahkan mereka mencuri. Bapa Doktor Fikri diminta ke balai polis untuk mengambil balik basikal Doktor Fikri. Cikgu Wahad berasa malu kerana pernah mendakwa Doktor Fikri mencuri barang di perpustakaan.


Bab 13
Ketika sampai di rumah, Doktor Fikri berasa gembira dan memberitahukan kejadian itu kepada ibunya. Setelah ayahnya pulang dia pun meminta ayah ke balai polis. Ketika ke balai polis, Doktor Fikri ternampak Narius menangis di lokap dan bapa Narius yang tua tidak mampu memberikan wang jamin untuk mengeluarkan Narius. Doktor Fikir berasa simpati terhadap Narius yang berkeluarga miskin lalu meminta bapanya menjamin Narius. Pihak polis terkejut terhadap tindakan Doktor Fikri dan bapanya kerana Narius telah mencuri basikalnya. Setelah dijamin, Narius dan bapa segera berterima kasih kepada mereka. Narius berasa segan dan terharu kerana dia pernah menganiaya dan memfitnah Doktor Fikri tetapi Doktor Fikri tidak menaruh dendam dan membantunya.


Bab 14
Apabila ternampak Doktor Fikri sedang berbual mesra dengan Narius, Jamadi, dan Jais di sekolah, Dayang Mahani, Suriani, Sanin dan Aziz berasa kecewa. Mereka beranggapan bahawa Doktor Fikri telah terpengaruh oleh murid jahat. Suriani berpendapat bahawa mereka ada tanggungjawab untuk menyelamatkan Doktor Fikri daripada terus terjerumus ke lembah hina. Mereka pun berbincang untuk membantu Doktor Fikri daripada bergaul dengan murid jahat.


Bab 15
Doktor Fikri sudah tiga hari tidak hadir ke sekolah. Rakan sekelasnya menyangka bahawa dia telah pandai ponteng sekolah. Tiba tiba, Narius, Jamadi, dan Jais masuk ke kelas Dua Mawar dan menyerahkan surat Doktor Fikri kepada mereka. Mereka bertiga meminta maaf kepada semua murid kelas Dua Mawar dan mengatakan bahawa mereka telah mencemarkan nama baik kelas Dua Mawar dan mengakui bahawa merekalah yang mencuri bahan bahan di perpustakaan lalu memasukkannya ke dalam beg Doktor Fikri. Narius juga memberitahu bahawa ketika ditahan di lokap, bapa Doktor Fikri telah menjaminnya walaupun dialah yang mencuri basikal Doktor Fikri dan menganiayainya sebelum itu. Dayang Mahani telah membaca isi kandungan surat Doktor Fikri . Dalam surat itu, Doktor Fikri menyatakan bahawa dia terpaksa mengikut ayahnya yang bekerja di Jepun selama lima tahun. Dia juga mengatakan bahawa dia menghargai persahabatan mereka terutamanya mereka menjual sayur sayuran dan mendapat keuntungan satu ringgit di samping meminta maaf atas menyinggung perasaan mereka. Selain itu, dengan murah hati, dia menghadiahkan basikal baru kepada Dayang Mahani. , Suriani, Sanin dan Aziz dan membiarkan mereka membuat pilihan untuk memilikinya. Semua rakan terharu terhadap kemuliaan Doktor Fikri dan selama ini mereka telah salah faham terhadapnya.


Bab 16
Setelah setahun berada di Osaka, Jepun, Doktor Fikri sekeluarga telah balik ke Sabah untuk bercuti selama dua bulan. Setiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu, Doktor Fikri tidak sabar untuk menjumpai rakannya. Dayang Mahani. , Suriani, Sanin dan Aziz telah menunggu di luar balai ketibaan. Mereka bertegur sapa dan bersalam salaman lalu bertolak ke rumah mereka di Menggatal. Doktor Fikri dan rakannya terus masuk bilik bacanya. Dia menceritakan pengalamannya di Jepun kepada rakan di samping memaparkan album foto. Doktor Fikri juga menghadiahkan jam tangan penggera elektronik yang canggih kepada mereka masing masing. Doktor Fikri juga menceritakan bahawa dia telah mendapat trofi dalam pertandingan reka cipta. Dia telah mereka cipta sebuah kereta mainan yang dapat mengesan depan, belakang dan tepinya. Dipercayai kereta ini jika dikomersialkan dapat mengelakkan kemalangan jalan raya dengan berhenti tiba tiba. Mereka kagum akan kreatif Doktor Fikri.


Bab 17
Teringat Fujiyama, Doktor Fikri bercadang untuk mendaki Gunung Kinabalu, iaitu gunung yang tertinggi di Asia Tenggara. Ibu dan bapanya juga bersetuju. Setelah memohon cuti daripada pejabat, Cikgu Saiful telah memberitahu bahawa mereka bertolak pada keesokan hari. Doktor Fikri meminta ayahnya supaya membeli jaket dan sarung muka.


Bab 18
Mereka sekeluarga bertolak di Taman Negara Kinabalu. Mereka terpesona oleh pemandangan yang indah dan udara yang dingin. Pada malam itu, mereka tinggal di sebuah chalet.


Bab 19
Pada awal pagi, sebuah lori pikap sudah berada di chalet untuk membawa mereka ke kaki gunung. Akibat terlalu sejuk ,mereka tidak mandi pagi dan bersiap sedia untuk meneruskan pengembaraan mereka. Atas bimbingan jurupandu, mereka bertiga mula mendaki Gunung Kinabalu yang setinggi 4101 meter dari aras laut. Tidak lama kemudian, mereka berasa sangat letih, tercungap cungap, penat, dan terpaksa melangkah dengan perlahan sambil berehat kerana lutut yang sakit. Dengan perlahan sekali, mereka sampai juga di tengah tengah lereng Gunung Kinabalu, iaitu Panalaban pada waktu senja. Ketika itu, banyak pelancong sudah berada di rumah rehat itu. Doktor Fikri menyaksikan pemandangan yang indah di situ. Udara di situ sangat sejuk. Dia dinasihati supaya berehat dengan secukup cukupnya kerana keesokan pagi pukul tiga mereka akan bertolak untuk menakluki puncak Gunung Kinabalu. Cikgu Saiful juga menerangkan bahawa mereka perlu bertolak pada awal pagi sebelum ditudungi kabus yang tebal sehingga boleh menyebabkan kesesatan.


Bab 20
Ketika pukul empat pagi, udara terlalu sejuk dan Doktor Fikri mendapati bahawa dia telah jauh ketinggalan oleh pendaki yang lain. Dalam kegelapan itu, dia hanya mengesan lampu cahaya picit yang agak jauh. Dia berasa cemas dan takut kerana mendapati bahawa dia telah tersesat. Dia meminta tolong tetapi tiada orang di sekitar. Tiba tiba dia ternampak cahaya merah yang hilang wujud. Dia menuju ke arah sinar itu. Tiba tiba dia ternampak seekor naga. Dia berasa sangat takut kerana mulut naga itu mengeluarkan api dan deruman yang terlalu bising. Dia berlari dengan sekuat kuatnya kerana takut dimakan oleh naga itu. Belum sempat menjadi mangsa kepada naga, dia telah terhumban ke dalam gaung.


Bab 21
Jeritan Doktor Fikri telah mengejutkan semua penghuni di rumah rehat itu. Rupa rupanya dia hanya bermimpi dan jatuh dari katil. Doktor Fikri masih dalam ketakutan, dia memberitahu ibu bapanya tentang mimpi yang ngeri itu. Ayahnya menyuruhnya masuk tidur lagi kerana masih awal lagi. Doktor Fikri meminta ibu bapanya supaya bersama sama dengan ibu bapa ketika mendaki nanti. Puan Halipah mengurau bahawa Doktor Fikri bukan jatuh ke gaung tetapi jatuh ke bawah katil. Mereka bertiga turut ketawa


Tema

Ketabahan seorang remaja menghadapi kekurangan diri dalam kehidupan hariannya. Doktor Fikri yang cacat kulitnya iaitu balar, terpaksa menerima ejekan, sindiran dan cemuhan daripada pelajar-pelajar lain di sekolahnya.

Persoalan 

1.    Persoalan rajin membaca
Contoh: Doktor Fikri sentiasa mengisi masa lapangnya dengan membaca dan kerap pergi ke perpustakaan untuk meminjam buku.
  
2.    Persoalan menghargai persahabatan
Contoh: Josy tetap berkawan dengan Doktor Fikri walau apa jua rintangan dan tuduhan yang dilemparkan kepadanya.
  
3.    Persoalan kasih sayang antara ahli keluarga
Contoh: Cikgu Saiful dan Puan Halipah memberikan sepenuh kasih sayang kepada Doktor Fikri.  Semua kemahuan Doktor Fikri dipenuhi oleh mereka.
  
4.    Persoalan keinsafan
Contoh: Narius, Jais dan Jamadi berubah sikap dan insaf atas kesalahan mereka terhadap Doktor Farid, lebih-lebih lagi setelah Doktor Farid menyuruh bapanya menjamin Narius di balai polis.
  
5.    Persoalan aplikasi Ilmu
Contoh: Doktor Farid mengaplikasi pengetahuan menanam sayur-sayuran, memelihara ayam dan menjualnya di Tamu daripada mata pelajaran Kemahiran Hidup yang dipelajarinya.
  
6.    Persoalan kemahiran menguasai ilmu elektronik
Contoh: Kemahiran menguasai ilmu elektronik perlu diterapkan pada peringkat awal pendidikan lagi seperti yang dijalankan di Jepun bagi memastikan remaja lebih ke arah inovasi.
  
7.    Persoalan berdikari
Contoh: Doktor Farid berusaha sendiri untuk mencapai cita-cita yang diinginkannya walaupun mendapat tentangan awal daripada ayahnya.  Doktor Fikri berjaya mengusahakan kebun sayur dan membela ayam.  
  
8.    Persoalan pasrah menerima ketentuan Tuhan
Contoh: Cikgu Saiful dan Puan Halipah pasrah menerima takdir Tuhan apabila anak yang dilahirkan cacat iaitu balar kulitnya.
  
9.    Persoalan taat akan perintah agama
Contoh: Cikgu Saiful dan keluarganya sering sembahyang bersama-sama di rumah.

 Binaan Plot
Secara kronologi – peristiwa disusun mengikut urutan masa

Permulaan
Memperkenalkan watak Doktor Fikri iaitu anak kepada Cikgu Saiful dan Puan Halipah yang dilahirkan cacat iaitu balar kulitnya.

Perkembangan
Doktor Fikri berpindah ke Sekolah Menengah Kebangsaan Menggatal dalam tingkatan dua.  

Perumitan
Doktor Fikri sering diejek oleh pelajar lain, dibuli dan difitnah oleh Narius, Jais dan Jamadi.

Puncak
Narius, Jais dan Jamadi mengaku kesalahan mereka yang memfitnah Doktor Fikri.

Peleraian
Doktor Fikri dan keluarga pulang bercuti ke Malaysia setelah setahun tinggal di Jepun.  Mereka sekeluarga dalam perjalanan mendaki Gunung Kinabalu.

Teknik Plot
1.  Dialog
“Nama saya Doktor Fikri.” Doktor Fikri berdiri dan duduk semula.
“Doktor?’ Cikgu Asnawi tergelak.
2.  Monolog
Sewaktu melangkah meninggalkan bilik sembahyang itu dia berkata, “Ya Allah, lahirkanlah lebih ramai doktor Melayu yang kuat beribadat kepada-Mu.”
 3.  Monolog dalaman
“Comelkah anakku? Adakah menyerupai rupaku? Cerahkah kulitnya? Ya Allah moga-moga kulit anakku putih, tidak seperti kulitku yang hitam legam ini.” Itulah soalan-soalan yang timbul dalam fikirannya yang belum lagi melihat anak sulungnya.
 4.  Imbas kembali
Cikgu Saiful teringat kembali perbualan dengan Puan Halipah semasa menghantarnya ke klinik Doktor Nadia bagi pemeriksaan ibu mengandung.
 5.  Imbas muka
Doktor Fikri bermimpi diserang oleh seekor naga semasa tidur di rumah rehat Panalaban.
 6.  Pemerian
Peristiwa pengarang menggambarkan penantian Cikgu Saiful menunggu kelahiran anak sulungnya semasa di hospital.
 7.  Konflik
Doktor Fikri tidak mahu membayar cukai keselamatan yang dipaksa oleh Narius, Jais dan Jamadi.
 8.  Kejutan
Pembaca dikejutkan dengan peristiwa Doktor Fikri tiba-tiba berpindah ke Jepun kerana ayahnya bertugas di sana.
 9.  Suspen
 Pembaca tertanya-tanya mengapa Doktor Fikri tidak hadir ke sekolah selama dua hari.  

 Watak dan Perwatakan
Watak Utama
  Doktor Fikri

  Pelajar tingkatan dua – berumur 14 tahun
  Cacat kulit - balar
  Tabah – menghadapi dugaan seperti diejek sifat fizikalnya
  Rajin membaca – sentiasa membaca buku jika ada masa lapang
  Penyayang – menyayangi keluarga dan rakan-rakan
  Berdikari – berusaha sendiri untuk menambah tabungan dengan menjual hasil tanaman dan ayam ternakannya

Watak Sampingan
 Cikgu Saiful
          Bapa Doktor Fikri
          Penyayang – amat sayang kepada Doktor Fikri
          Bertanggungjawab – sentiasa bertanggungjawab terhadap keluarga
          Taat kepada agama – melakukan sembahyang berjemaah bersama-sama keluarga

Puan Halipah
          Ibu Doktor Fikri
          Bertanggungjawab – menyediakan bekal makanan untuk Doktor Fikri ke sekolah
          Prihatin – sentiasa memeriksa buku latihan Doktor Fikri apabila Doktor Fikri pulang
       dari sekolah
          Penyayang – memberikan sokongan moral semasa Doktor Fikri mengambil bahagian
       dalam acara sukan
      
Josy
           Pelajar Tingkatan Dua Melati Sekolah Menengah Kebangsaan Menggatal
  Prihatin – sentiasa mengambil berat tentang masalah Doktor Fikri dan memberikan semangat kepadanya
  Teguh pendirian – tidak mudah mempercayai fitnah yang dilemparkan oleh Narius dan rakan-rakannya terhadap Doktor Fikri

 Narius
  Pelajar tingkatan empat Sekolah Menengah Kebangsaan Menggatal
  Berbadan besar
  Bermasalah disiplin – selalu membuli Doktor Fikri/ cuba memeras ugut Doktor Fikri/
       mencuri basikal Doktor Fikri
  Insaf akan kesalahan lalu – berubah menjadi seorang pelajar yang baik apabila Cikgu Saiful  menjaminnya setelah ditahan di lokap kerana kesalahan cuba mengopak cermin kereta.
  
Cikgu Wahab
  Guru Disiplin Sekolah Menengah Kebangsaan Menggatal
  Garang – merotan pelajar yang melakukan kesalahan
  Bertimbang rasa – membenarkan Sanin makan di kantin di luar waktu rehat setelah 
       Sanin memberikan alasan bahawa dia terlalu lapar

Dayang Mahani

  Pelajar Tingkatan Dua Mawar Sekolah Menengah Kebangsaan Menggatal
  Kawan Doktor Fikri
  Mudah terpengaruh – percaya bahawa Doktor Fikri seorang pencuri setelah Cikgu 
       Wahab menjumpai barang curi di dalam beg Doktor Fikri lalu terus memulaukannya

Latar

Latar Masa

  Pagi – peristiwa Doktor Fikri datang lewat ke sekolah dan ditegur oleh Cikgu Wahab, guru disiplin sekolah.
  Petang – Narius, Jais dan Jamadi sedang menunggu Doktor Fikri  di bawah sebatang pokok yang rendang untuk meminta duit cukai keselamatan.
  Malam – Keluarga Cikgu Saiful tidur di rumah rehat Panalaban sebelum meneruskan perjalanan mereka mendaki Gunung Kinabalu.

Latar Tempat
  Sekolah Menengah Kebangsaan Menggatal
Tempat Doktor Fikri dan rakan-rakannya bersekolah.
  Rumah Cikgu Saiful
Rakan-rakan Doktor Fikri datang membantunya membungkus sayur-sayuran untuk di    
jual di Tamu.
  Pasar Tamu
Doktor Fikri dan rakan-rakanya menjual sayur-sayuran di pasar Tamu tetapi tidak lama
Kerana hujan turun dengan lebatnya.
  Gunung Kinabalu
Doktor Fikri dan keluarganya dalam perjalanan untuk mendaki puncak Gunung  
Kinabalu.
  Balai polis
Doktor Fikri dan ayahnya mengambil semula basikal yang dicuri oleh Narius, Jais dan
Jamadi.  Cikgu Saiful juga menjamin Narius keluar dari lokap tersebut atas permintaan       
Doktor Fikri.
  Hospital Ratu Elizabeth
Cikgu Saiful menunggu isterinya Puan Halipah melahirkan anak sulung mereka.

Latar Masyarakat
  Masyarakat pelajar
Doktor Fikri, Josy, Dayang Mahani, Suriani, Sanin dan Aziz belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Menggatal.
  Masyarakat guru
Cikgu Wahab, Cikgu Girlie dan Cikgu Fatmawati mengajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Menggatal.
  Masyarakat yang prihatin
 Josi amat prihatin kepada Doktor Fikri yang sering diejek dan disihkan oleh pelajar lain.
  Masyarakat yang bertanggungjawab
Cikgu Saiful dan Puan halipah merupakan ibu bapa yang bertanggungjawab menjalankan tugas sebagai ibu bapa.
  Masyarakat yang taat kepada perintah agama
Cikgu Saiful dan keluarganya sering menunaikan sembahyang bersama-sama bagi mengeratkan kasih sayang antara ahli keluarga.
  Masyarakat penyayang
      Cikgu Saiful dan Puan Halipah amat menyayangi doktor Fikri walaupun anak mereka  
      cacat.
  Masyarakat yang pasrah kepada ketentuan Tuhan
      Cikgu Saiful dan Puan Halipah pasrah mendapat anak mereka yang cacat kulitnya.

Gaya Bahasa 
  Kata Ganda
      Contoh:  kelima-lima, sofa-sofa, terhinggut-hinggut, jari-jemari, warna-warni
  Peribahasa
      Contoh:  buku lima, keras hati
  Pengaruh bahasa asing
      Contoh:  bahasa Arab (Allah, nauzubillahiminzalik), bahasa Inggeris (nurse)
  Hiperbola
      Contoh:  Apabila cahaya matahari yang terlalu tajam menembusi ruang di dalam kelas itu, matanya hampir tertutup.
  Simile
      Contoh:  Ada yang menepuk-nepuk meja, ada pula yang bersuara seperti katak memanggil hujan.
  Pengulangan kata atau repitisi
      Contoh:  Sap! Sap! Sap!
  Sinkope
      Contoh:  Ampun cikgu, saya tak buat lagi!
  Personifikasi
      Contoh:  Hanya daun-daunnya yang melambai lembut seolah-olah berbisik kepada pelajar yang berada di dalam pagar itu.

Nilai

  Nilai kasih sayang
     Contoh: Cikgu Saiful, Puan Halipah dan Doktor Fikri saling menyayangi antara satu sama lain.
  Nilai keinsafan
Contoh: Narius akhirnya insaf akan semua kesalahan yang dilakukannya terhadap Doktor Fikri.
  Nilai keberanian
Contoh: Doktor Fikri berani melawan Narius, Jais dan Jamadi yang meminta wang yang kononnya sebagai cukai keselamatan terhadap pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Menggatal.
  Nilai ketabahan
Contoh: Doktor Fikri tabah menghadapi ejekan, sindiran dan fitnah yang dilemparkan kepadanya.
  Nilai kerajinan
Contoh: Doktor Fikri rajin membaca buku dan mengusahakan kebun sayur-sayuran serta ternakan ayamnya.
  Nilai menghormati orang tua
Contoh: Josy, Dayang Mahani, Suriani, Sanin dan Aziz bersalaman dengan Puan Halipah semasa mereka berkunjung ke rumah Doktor Fikri.  


Pengajaran

  Kita hendaklah menyayangi ahli keluarga.
Contoh: Cikgu Saiful, Puan Halipah dan Doktor Fikri yang saling menyayangi antara satu sama lain.
  Kita hendaklah insaf akan kesalahan yang telah dilakukan.
Contoh: Narius akhirnya insaf akan semua kesalahan yang dilakukannya terhadap Doktor Fikri.
  Kita haruslah berani memperrtahankan  hak kita.
Contoh: Doktor Fikri berani melawan Narius, Jais dan Jamadi yang meminta wang yang kononnya sebagai cukai keselamatan terhadap pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Menggatal.
  Kita perlu tabah menghadapi sebarang masalah dalam kehidupan. 
Contoh: Doktor Fikri tabah menghadapi ejekan, sindiran dan fitnah yang dilemparkan kepadanya.
  Kita haruslah mengamalkan sikap rajin.
Contoh: Doktor Fikri rajin membaca buku dan mengusahakan kebun sayur-sayuran serta ternakan ayam.
  Kita haruslah menghormati orang yang lebih tua daripada kita. 
Contoh: Josy, Dayang Mahani, Suriani, Sanin dan Aziz bersalaman dengan Puan Halipah semasa mereka berkunjung ke rumah Doktor Fikri.


Analisis Novel Melunas Rindu

NOVEL MELUNAS RINDU

SINOPSIS

Fuad seorang pemuda berketurunan Cina dan beragama Islam. Selain itu, Fuad juga dikenali sebagai Joshua dan Abdul Halim. Ayahnya, Robert Lim berketurunan Cina dan berkahwin dengan Mariana berketurunan Melayu. Walau bagaimanapun, hidupnya penuh dengan liku kerana sejak kecil lagi dia tidak mengenali dan tidak mendapat kasih sayang daripada ibu dan bapanya. Dia dibesarkan oleh Peter Lim iaitu bapa saudaranya yang juga adik kepada Robert Lim. Selepas itu, dia menjadi anak angkat kepada Pak Ismail dan Mak Salmah. Fuad berusaha untuk mencari kubur ibunya yang disangkanya sudah meninggal dunia. Fuad mendapat sokongan

Fuad yang telah diminta moral daripada Pak Ismail, Mak Salmah, Peter Lim, Swee Lan, dan Robert Lim sendiri memberikan bantuan untuk mengesan ibunya melalui cincin yang diberikan Robert Lim kepada Mariana. Selain itu, Fuad juga dibantu oleh Pak Said dan Pak Ngah Lias untuk mengesan kubur ibunya itu. Akhirnya Fuad mendapat maklumat bahawa ibunya tidak meninggal dunia dan masih hidup. Fuad telah ditawarkan sebagai guru sandaran tidak terlatih di Sekolah Menengah Seri Setia oleh Cikgu Abas. Setelah mempertimbangkan Fuad telah menerima tawaran tersebut. Di sekolah itu Fuad telah berkenalan dengan Farhana yang menjadi Ketua Panitia Bahasa Inggeris di sekolah yang sama. Fuad sentiasa memberikan komitmen yang tinggi terhadap tugasnya dan hubungannya menjadi semakin rapat dengan Farhana. Hubungan yang rapat itu akhirnya melahirkan perasaan cinta yang suci antara mereka berdua. Walau bagaimanapun, perasaan itu terpaksa diubah kerana hubungan mereka sebenarnya adalah sebagai adik-beradik daripada ibu yang sama tetapi berlainan bapa.

Sementara itu Farhana menghadapi konflik dengan Cikgu Zamani di sekolah. Hal ini demikian kerana, Cikgu Zamani selalu mengkritik dan mengutuknya dengan pelbagai kritikan dan kutukan. Farhana pula mengatakan bahawa Cikgu Zamani tidak sepatutnya ponteng kelas dan tidak menunaikan tanggungjawab yang telah diamanahkan kepadanya. Sepatutnya cikgu Zamani melakukan tindakan yang selaras dengan perkara yang dikatakannya. Dia selalu mengatakan orang lain sahaja yang melakukan kesalahan dan kesilapan tetapi tidak menyedari bahawa dia sendiri melakukan kesalahan.

Fuad pula menunjukkan keprihatinannya dengan mengambil berat terhadap Farhana. Sebagai contohnya, Fuad mengajak Farhana menaiki keretanya dan dia menghantar Farhana ke rumah ibu Farhana di Kuantan. Selain itu, Fuad juga menemani Farhana di hospital ketika ibu Farhana, iaitu Mariana yang diserang sakit lelah dimasukkan ke hospital. Ketika berada di hospital itulah Fuad mengetahui bahawa nama emak Farhana itu sama dengan nama ibu kandungnya selepas terpandang nama emak Farhana pada rekod catatan perubatan ibu Farhana.

Fuad terpaksa menenangkan perasaan Farhana yang agak sukar menerima hakikat bahawa mereka berdua ialah adik-beradik. Fuad cukup bersedia untuk menerima hakikat itu kerana dia sudah biasa hidup dalam keadaan yang penuh dengan cabaran dan masalah. Ayah kandung Fuad juga mengesali perbuatan silamnya yang meninggalkan Mariana selepas tiga bulan berkahwin tanpa sebarang berita. Robert Lim memohon maaf daripada Pak Ismail, Mak Salmah dan juga Mariana atas kesalahan-kesalahannya itu. Fuad juga akhirnya menerima hakikat bahawa Robert Lim ialah ayah kandungnya, Mariana sebagai ibu kandungnya dan juga Farhana sebagai adik kandungnya.

TEMA DAN PERSOALAN

Tema

Kasih sayang. 

Hal ini demikian kerana kasih sayang diungkapkan dalam setiap aspek penceritaan peristiwa yang berlaku kepada watak utama dan watak sampingan. Bermula daripada kasih sayang seorang anak kepada ibu bapa sama ada ibu bapa sebenar atau ibu bapa angkat, kasih sayang kepada sahabat, kasih sayang kepada teman seperjuangan dalam bidang pendidikan, kasih sayang kepada pencipta-Nya, kasih sayang kepada anak murid, kasih sayang kepada profesion perguruan, kasih sayang kepada tanah dengan cara berbudi kepada tanah dan sebagainya. Dapat dikatakan bahawa tidak satu inci ruangpun dalam novel ini yang tidak memaparkan persoalan kasih sayang. Dan kerana kasih sayang jugalah timbul kegigihan, kesungguhan dan keikhlasan watak utama dan sampingan untuk mencari jati diri sebagai seorang muslim sejati dan anak yang bertanggungjawab kepada keluarga sendiri. Kasih sayang yang dipaparkan oleh pelbagai watak dalam novel ini bak lautan yang tak bertepi, bahkan jika ada sedikit pergeseran akan segera diselesaikan bak kata pepatah, "biduk lalu kiambang bertaut". Kasih sayang yang wujud secara ikhlas dari dalam diri membolehkan watak utama dan sampingan menerima semua suratan yang ditakdirkan dengan rasa rendah diri dan bersyukur kepada penciptaNya.

KASIH SAYANG
1. Kasih sayang Fuad terhadap ibu kandungnya.  Fuad berusaha mencari ibunya yang tidak pernah ditemui sejak 25 tahun lalu kerana terlalu menyayanginya.
2. Kasih sayang terhadap keluarga angkat. Fuad amat menyayangi Pak Ismail dsan Mak Salmah, ibu bapa angkatnya di Kampung danau seberang. Fuad membawa mereka mengerjakan umrah di Mekah.
3. Kasih sayang terhadap sahabat. Fuad amat mengambil berat tebtang kesihatan ibu Farhana kerana persahabatannya dengan Farhana.
4. Kasih sayang terhadap profesion. Cikgu Abas amat mengagumi kesungguhan Fuad mengajar anak-anak muridnya walaupun dia seorang guru sandaran.  Fuad bersungguh-sungguh mengajar pelajar selepas waktu persekolahan di kantin sekolah.
5. kasih sayang terhadap anak-anak murid. Cikgu Abas amat menyayangi para pelajarnya yang lemah penguasaan subjek bahasa Inggeris lalu memujuk Fuad menjadi guru di Sekolah Menengah Seri Setia bagi mengatasi masalah tersebut.
6. Kasih sayang terhadap saudara. Fuad menyayangi bapa saudara dan ibu saudaranya serta adik-adik sepupunya. Fuad membayar yuran peperiksaan Ah Soh dan membuka akaun GIRO untuk Mei Lin.  Fuad menyuap makanan kepada Peter Lim yan sedang sakit.
7. Kasih sayang terhadap anak angkat; Pak Ismail sayang akan Fuad . dia berasa bimbang apabila Fuad tidak pulang ke rumah lagi sejak masuk ke hutan sedangkan waktu sudah senja.
8. Kasih sayang terhadap saudara seagama. Pak Ismail bersungguh-sungguh mengajar Fuad yang baru menganut agama Islam mengaji Al Quran .

Persoalan
1. Ketaatan seorang saudara baru kepada perintah agama • Fuad sentiasa menunaikan solat secara berjemaah. 
- Walaupun dia terlewat untuk menunaikan solat maghrib secara berjemaah di tetap ke surau untuk menunaikan solat isyak secara berjemaah
- Fuad belajar mengaji dengan tunjuk ajar Pak Ismail sementara menunggu waktu Isyak ( belum tiada pengetahuan asas kerana baru memeluk Islam )

2. Sikap mengenang budi dan membalas jasa orang lain.
- Fuad sanggup membiayai persekolahan adik-adik sepupunya , Mei Lan dan Ah Soh sebagai membalas budi bapa saudaranya , Peter Lim yang telah membesarkannya selama ini
- Fuad mencuba membalas segala kebaikan Pak Ismail dan Salmah terhadapnya. Fuad membeli sebuah motosikal untuk kemudahan Pak Ismail
- Fuad turut membawa Pak Ismail dan Mak Salmah mengerjakan umrah
- Fuad membalas budi ibu bapa angkatnya Peter Lim yang telah membesarkannya selama ini dengan membayar yuran peperiksaan STPM Ah Soh

3. Ikatan kasih sayang dalam isntitusi keluarga
• Mariana sangat menyayangi anaknya , Abdul Halim / Fuad yang dilarikan oleh bekas suaminya Roslan. Meskipun gagal menjejaki Abdul Halim/ Fuad , Mariana sentiasa merindui anak sulungnya
- Pak Ismail dan Mak Slamah mengambil berat akan Fuad walaupun Fuad hanya anak angkat mereka
- Mak Salmah sangat sayang akan Sofia sehingga kehilangan Sofia menyebabkan dia terlantar di hospital
- Farhana pulang ke Kuantan dengan segera apabila mengetahui ibunya dirawat di hsopital
- Robert Lim / Roslan( seorang usahawan ) mengirimkan wang untuk kegunaan adiknya Peter Lim sekeluarga pada setiap bulan ( Peter Lim hidup dalam kesusahan )

4. Sikap bertanggungjawab dalam menjalankan tugas yang diamanahkan
• - Farhana melaksanakan tugas sebagai Ketua Panitia Bahasa Inggeris di Sekolah Menengah Seri Setia dengan penuh tanggungjawab dengan mengadakan program yang sesuai / mesyuarat dan sebagainya sesuai sebagai ketua . Farhana berkelulusan ijazah pendidikan dari London
- Pernah menegur sikap Cikgu Zamani yang selalu ponteng kelas sehingga menyusahka pelajar
- Walaupun Fuda hanya guru sandaran , Fuad tetap melaksanakan tanggungjawabnya dengan penuh dedikasi sebagaimana yang diharapkan oleh Cikgu Abas
5. Keikhlasan dalam memberikan pertolongan • - Fuad membantu Borhan membawa anaknya yang demam panas ke klinik walaupun sudah lewat malam
- Fuad telah menghantar Farhana pulang ke kampungnya setelah megetahyui bahawa Farhana tidak mempunyai tiket perjalanan ke sana
- Pak Said menawarkan diri menemani Fuad mencari pusara ibunya di Lembah Klau
6. Redha menerima ketentuan takdir
• - Fuad menerima kenyataan bahawa gadis yang dicintainya iaitu Farhana sebenarnya adalah adik kandungnya dengan reda
- Mak Salmah menerima hakikat bahawa anak angkat kesayangannya , Sofia telah pergi meninggalkannya untuk selama- lamanya.
7. Sikap tidak amanah • Cikgu Zamani sering ponteng kelas
- Tindakannya menyusahkan pelajar untuk menerima pelajaran




WATAK DAN PERWATAKAN

WATAK UTAMA
Fuad (Joshua atau Abdul Halim)
Watak Fuad digambarkan oleh pengarang sebagai seorang anak muda yang kacak, tubuhnya tinggi, berdarah kacukan Cina dan Melayu, iaitu ayahnya berketurunan Cina dan emaknya pula berketurunan Melayu.

Selain itu, Fuad memiliki kelulusan Ijazah Pentadbiran Perniagaan dari universiti ternama di Amerika Syarikat. Fuad bekerja sebagai guru sementara yang mengajarkan Bahasa Inggeris di Sekolah Menengah Seri Setia. Dia juga seorang yang dedikasi terhadap tugasnya sebagai guru, contohnya dia tidak pernah ponteng kelas dan sanggup pulang lewat untuk membimbing anak-anak muridnya yang lemah dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris.

Fuad ialah seorang yang taat akan perintah agama dan sebagai buktinya dia tidak pernah meninggalkan solat walaupun dalam perjalanan jauh atau sebagai musafir dia menunaikan solat qasar. Sebagai contohnya, Fuad berhenti di sebuah masjid untuk menunaikan solat qasar ketika dia dan Farhana dalam perjalanan ke Kuantan.

Fuad ialah seorang anak muda yang tabah menghadapi cabaran hidup yang penuh dengan liku dan dia tidak pernah mengesali nasibnya itu, contohnya dia tabah menghadapi hidupnya tanpa ibu dan bapa di sisinya. Dia cuma menumpang kasih sayang daripada bapa dan ibu saudaranya iaitu Patrik Lim dan Swee Lan. Selain itu, dia juga menumpang kasih sayang daripada keluarga angkatnya iaitu Pak Ismail dan Mak Salmah. Bukti lain ialah dia tabah menghadapi kenyataan bahawa Farhana ialah adik kandungnya sendiri yang berlainan bapa.

Fuad juga digambarkan sebagai seorang yang penyayang, contohnya dia sayang akan apaknya dan juga adik-adik sepupunya. Buktinya dia sanggup memberikan wang dan menanggung persekolahan Ah Soh yang sedang belajar di tingkatan enam atas.
Fuad turut digambarkan sebagai orang yang suka menolong orang lain. Sebagai contohnya, dia membantu Farhana untuk menjaga ibunya yang sakit di hospital dan mengambil berat akan adik-adik Farhana. Selain itu, Fuad seorang yang murah hati dalam menghulurkan sebarang bantuan, contohnya dia dengan murah hati membayar bil rawatan anak rakannya, iaitu Borhan yang demam panas. Di samping itu, Fuad juga murah hatidengan membelikan Pak Ismail sebuah motosikal untuk kegunaannya seharian. Fuad juga murah hati dengan memberi jagung yang ditanamnya sendiri kepada Farhana dan guru-guru di sekolahnya.

Selain itu, Fuad digambarkan sebagai seorang yang menghormati orang lain, contohnya dia menghormati Pak Ismail dengan Mak Salmah dan tidak pernah meninggikan suaranya ketika berbicara. Contoh yang lain ialah dia menghormati Cikgu Zamani dengan memenuhi jemputan untuk makan malam di rumahnya.

WATAK SAMPINGAN

Farhana
Pengarang menggambarkan Farhana bertubuh kecil molek, berkulit putih dan cantik orangnya. Farhana berkelulusan Ijazah Sarjana Muda dalam Bahasa Inggeris dari universiti luar negara. Farhana berumur dua puluh empat tahun.
Farhana bekerja sebagai guru Bahasa Inggeris di Sekolah Menengah Seri Setia. Di sekolah itu dia diamanahkan untuk menjadi Ketua Panitia Bahasa Inggeris dan membantu Pengetua dan Penolong Kanan dalam menguruskan hal-hal yang berkaitan dengan mata pelajaran Bahasa Inggeris.
Farhana ialah seorang yang periang, mudah ketawa dan mudah untuk diajak berbual. Dia juga seorang yang nakal dan lincah.
Dia juga seorang yang dedikasi dan komited terhadap tugasnya sebagai guru, contohnya dia tidak pernah ponteng kelas lanjutan seperti yang dilakukan oleh ikgu Zamani. Dia berusaha untuk membantu anak-anak muridnya untuk lulus dalam peperiksaan Bahasa Inggeris. Selain itu, Farhana turut digambarkan sebagai seorang yang penyayang, contohnya dia sayang akan emak dan adik-adiknya. Di samping itu, dia juga menyimpan perasaan sayang terhadap Fuad. Akhirnya perasaan sayang itu bertukar menjadi perasaan sayang kepada abang kandungnya sendiri.
Selain itu, Farhana digambarkan sebagai seorang anak yangbertanggungjawab terhadap keluarganya sendiri. Sebagai contohnya, Farhana segera pulang ke Kuantan untuk menjaga ibunya yang sakit lelah dan dimasukkan ke hospital. Dia sanggup tidur di hospital semata-mata untuk menjaga ibunya yang sakit itu.

Walau bagaimanapun Farhana juga digambarkan sebagai seorang yangtegas pendirian, contohnya dia tetap mempertahankan pendapat ketika bertengkar dengan Cikgu Zamani yang suka ponteng kelas di sekolah.

Selain itu, Farhana juga seorang yang berani menegakkan kebenaran, contohnya dia berani berhujah dengan Cikgu Zamani yang selalu ponteng kelas dan suka mengkritiknya.
Walaupun perwatakannya nampak kasar dan tegas tetapi Farhana sebenarnya seorang yang sensitif dan beremosi contohnya, dia menangis dan berasa sedih apabila Fuad memberitahunya tentang hubungan mereka sebenarnya ialah adik-beradik. Dia agak sukar untuk menerima kenyataan itu pada peringkat awalnya.

LATAR
Latar bermaksud semua keterangan atau gambaran yang berkaitan dengan tempat, masa atau masyarakat. Latar memainkan peranan penting dalam sesebuah cereka kerana dapat menjelaskan cerita itu lagi. Latar dapat menjelaskan sesuatu cerita berdasarkan pelaku, tempat, dan masa peristiwa itu berlaku. Latar dapat menjelaskan sama ada masanya singkat atau lama. Selain itu, latar turut menjelaskan latar belakang masyarakat dari segi kaum, agama, kepercayaan, amalan, atau budayanya. Latar juga kadang-kadang dipanggil citra, dibahagikan kepada tiga jenis iaitu latar masa, tempat dan masyarakat.

Latar Masa
Latar masa menggambarkan masa atau waktu, zaman, dan tempoh berlakunya peristiwa-peristiwa dalam cereka. Dari segi masa, mungkin peristiwa tersebut berlaku pada waktu subuh, pagi, petang, dan malam. Tempoh masanya pula mungkin berlaku selama beberapa minit, jam, hari, minggu, bulan, tahun, atau abad. Zaman berlakunya peristiwa terssebut mungkin berlaku semasa zaman sebelum kemerdekaan, darurat, zaman Jepun, zaman selepas merdeka atau pada masa ini, iaitu era globalisasi.

LATAR MASA 
Zaman sekarang iaitu dalam era globalisasi Hal ini terbukti dengan adanya penggunaan telefon bimbit, kereta Proton Iswara dan kewujudan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.
Waktu pagi Fuad sampai di Sekolah Menengah Seri Setia untuk memulakan tugasnya sebagai guru pada pukul tujuh lima belas pagi. Rujuk halaman 35.
Waktu petang Fuad mengajak Farhana keluar dan makan pada hari ulang tahun Farhana pada waktu petang. Rujuk halaman 137.
Waktu malam Fuad pergi ke rumah Cikgu Zamani yang menjemputnya untuk makan malam. Rujuk halaman 7.

Latar Tempat
Latar tempat merujuk kepada tempat berlakunya perisstiwa dalam sesebuah cereka itu. Biasanya, pengarangan menggambarkan latar tempat ini secara umum sahaja, contohnya pengarang menggambarkan tempat-tempat seperti di kampung, di rumah, di bandar, di warung, di kaki lima, di klinik, di sekolah, di dalam kereta, di surau dan sebagainya. Walau bagaimanapun, dalam novel ini pengarang menyatakan nama-nama tempat yang khusus seperti di Kuala Terengganu, Pantai Batu Buruk, Dungun, KLIA, di Dungun, di Hospital Tuanku Ampuan Afzan, di Sekolah Menengah Seri Setia, Losong, Kuala Lipis, Lembah Klau, dan Sungai Ruan. 

LATAR TEMPAT 
Di restoran
Fuad dan Farhana mengelilingi pusat bandar dahulu sebelum singgah di Restoran Terapung di Taman Syahbandar. Rujuk halaman 137.

Di rumah Pak Mail 
Pak Ismail sudah bersiap-siap untuk ke surau pada pukul tujuh dua puluh petang ketika Fuad tiba di rumah Pak Ismail. Rujuk halaman 16.

Di sekolah 
Suasana di sekolah iaitu di bangunan Blok C, Sekolah Menengah Seri Setia masih bising dan hingar-bingar walaupun kelas lanjutan sudah dijalankan. Rujuk halaman 122.

Di rumah Farhana di Kuantan 
Fuad bersolat di rumah Farhana pada suatu petang dan selepas menunaikan solat dia pun bersiap-siap untuk pergi ke rumah bapa saudaranya. Rujuk halaman 85.

Di hospital
Fuad terus bertanya kepada pengawal keselamatan apabila dia sampai di ruang legar hospital di tingkat bawah. Rujuk halaman 183

Latar Masyarakat
Latar masyarakat bermaksud gambaran yang berkaitan dengan masyarakat dalam sesebuah cereka. Gambaran masyarakat biasanya merangkumi aspek latar belakang masyarakat seperti kaum, bangsa, keturunan, adat resam, kepercayaan, aktiviti seharian, dan pekerjaan anggota masyarakatnya.

LATAR MASYARAKAT 
Masyarakat yang suka menolong orang yang memerlukan pertolongan 
Contohnya, Fuad menolong kawannya Borhan dengan membawa anak Borhan yang demam panas ke klinik pada suatu malam.

Masyarakat yang taat dan patuh akan agama 
Contohnya, Fuad dan Pak Ismail tidak pernah mengabaikan solat lima waktu dan mereka kerap pergi ke surau untuk menunaukan solat secara berjemaah. Rujuk halaman 5.

Masyarakat guru yang dedikasi terhadap tugas
Contohnya, Farhana dan Fuad begitu komited dan dedikasi terhadap tugas mereka ssebagai guru dan sentiasa berusaha untuk meningkatkan prestasi anak-anak murid mereka. Rujuk halaman 50.

Masyarakat majmuk yang saling memahami 
Contohnya, Robert Lim memahami bahawa orang Islam perlu menunaikan solat lima waktu. Rujuk halaman 170.

Masyarakat yang mengamalkan perkahwinan campur 
Contohnya, Robert Lim yang berbangsa Cina berkahwin dengan Mariana yang berbangsa Melayu. Rujuk halaman 99.

Masyarakat yang menghormati tetamu 
Contohnya, Pak Ismail dan Mak Salmah sangat menghormati tetamu yang datang ke rumah mereka. Rujuk halaman 168.

Masyarakat yang rajin bekerja 
Contohnya, Peter Lim rajin bekerja untuk menyara keluarganya. Rujuk halaman 87 hingga 88.

PLOT DAN TEKNIK PLOT
Plot bermaksud jalinan cerita atau peristiwa dalam sesebuah cereka. Jalinan tersebut berkembang berdasarkan hukum sebab dan akibat. Peristiwa atau cerita itu selalunya dijalin secara kronologi atau tidak secara kronologi. Jika peristiwa dijalin secara kronologi bermaksud peristiwanya disusun mengikut urutan masa. Sementara itu, jika peristiwa tidak dijalin secara kronologi, bermaksud peristiwanya tidak disusun mengikut urutan masa. Biasanya plot sesebuah novel terbahagi kepada dua iaitu binaan plot dan teknik plot.

Binaan Plot
Binaan plot bermaksud plot cerita terbina daripada beberapa bahagian penting. Kebiasaannya, binaan plot terdiri daripada lima bahagian, iaitu permulaan (eksposisi), perkembangan, perumitan, puncak (klimaks), dan peleraian. Bahagian permulaan atau eksposisi merupakan bahagian yang memperkenalkan watak-watak. Watak-watak akan diperkenalkan dari segi fizikal, emosi serta berkaitan dengan persekitaran dan watak-watak lain. Kemudian watak-watak itu akan berkembang dan berinteraksi pada bahagian perkembangan cerita. Seterusnya, perhubungan antara watak itu akan menimbulkan konflik yang kemudiannya menjadi rumit pada bahagian perumitan. Pada peringkat tersebut selalunya konflik akan berterusan dan menjadi bertambah rumit.

Plot akan terus bergerak ke bahagian puncak atau klimaks cerita. Pada peringkat ini, keadaan menjadi semakin mendebarkan, kritikal, ngeri, dan cemas akibat konflik atau pertentangan antara watak. Selanjutnya, bahagian puncak itu akan mencapai ke satu tahap, iaitu sampai ke tahap penyelesaian. Akhirnya, plot bergerak terus ke tahap peleraian, iaitu semua konflik dan pertentangan akan diselesaikan atau terlerai.

Permulaan (Eksposisi)
Pada peringkat ini pembaca diperkenalkan dengan watak utama novel ini iaitu Fuad. Selain itu pengarang juga memperkenalkan watak-watak sampingan lain seperti Farhana, Pak Ismail, Mak Salmah, dan Cikgu Abas. Perkara ini dibuktikan dalam bahagian-bahagian awal novel ini. Sebagai contohnya, dalam bahagian awal novel ini, pengarang menceritakan Fuad yang lewat pulang pada suatu senja kerana mencari kayu api telah menyebabkan Pak Ismail dan Mak Salmah berasa bimbang. Kita juga mengetahui bahawa Fuad ialah seorang mualaf yang taat akan agama iaitu tidak pernah meninggalkan solat lima waktu dan dia selalu menunaikan solat berjemaah di surau. Dia juga rajin membaca al-Quran dengan bimbingan Pak Ismail. Kita juga mengetahui bahawa Fuad sebenarnya anak angkat kepada Pak Ismail dengan Mak Salmah.

Perkembangan
Dalam bahagian ini, pengarang memaparkan perkembangan cerita iaitu Fuad telah memulakan tugasnya sebagai guru Bahasa Inggeris di Sekolah Menengah Seri Setia dan dia cuba menyesuaikan diri dan bekerjasama dengan Farhana yang menjadi Ketua Panitia Bahasa Inggeris di sekolah itu. Seterusnya pengarang mengembangkan cerita seterusnya dengan menjelaskan hasrat Fuad untuk mencari kubur ibunya. Sebagai contohnya, Fuad menyatakan hasratnya itu kepada Pak Ismail dan Mak Salmah dan mereka berdua tidak menghalangnya. Seterusnya, dia berusaha untuk mencari kubur emaknya itu melalui maklumat daripada Peter Lim dan Swee Lan, bapa dan ibu saudaranya. Akhirnya, Fuad dibantu oleh Pak Said yang menawarkan diri untuk mencari kubur ibunya itu. Hubungan Fuad dengan Farhana pula menjadi semakin rapat pada peringkat ini.

Perumitan
Dalam bahagian ini, Fuad mendapat maklumat daripada Pak Ngah Lias iaitu jiran datuknya iaitu Seman bahawa ibunya tidak meninggal dunia seperti yang disangkanya. Hal ini dibuktikan oleh Pak Ngah Lias bahawa mereka tidak mengetahui maklumat tentang kubur ibunya itu dan mereka juga tiada maklumat tentang kematian ibunya. Pak Samsudin, jiran Mariah iaitu kakak angkat emak Fuad mengatakan bahawa emak Fuad memang bersalin di Kuala Lipis tetapi tidak meninggal dunia. Perkara ini menyebabkan Fuad berasa lebih bersemangat untuk mencari ibu kandungnya. Sementara itu, hubungan Farhana dengan Cikgu Zamani pula menjadi semakin tegang. Hal ini terbukti melalui peristiwa pertengkaran antara mereka berdua akibat kesalahan Cikgu Zamani yang tidak masuk ke kelas semasa kelas lanjutan. Pada bahagian ini juga, ibu Farhana jatuh sakit dan dimasukkan ke Hospital Tuanku Ampuan Afzan di Kuantan akibat penyakit lelah. Fuad pergi ke Kuantan dan menemani Farhana yang menjaga ibunya yang sakit di hospital.

Puncak (Klimaks)
Pada bahagian ini pengarang menggambarkan kepada kita tentang peristiwa Fuad terpandang nama ibu Farhana semasa dia menemani Farhana menjaga ibunya itu di hospital. Nama ibu Farhana iaitu Mariana binti Osman itu sama dengan nama emak kandungnya. Hal ini menyebabkan dia berasa terkejut dan mengharapkan agar jika ibunya masih hidup, tetapi bukannya emak Farhana. Setelah berbincang dan mendapatkan maklumat yang lebih lanjut daripada Farhana, Fuad akhirnya menerima hakikat bahawa emak Farhana itu juga ialah emak kandungnya. Walau bagaimanapun Farhana agak sukar untuk menerima hakikat bahawa dia dengan Fuad sebenarnya ialah adik-beradik yang berlainan bapa.

Peleraian
Fuad dan Farhana dapat menyesuaikan diri bahawa mereka berdua ialah adik-beradik. Robert Lim, iaitu ayah kandung Fuad juga mengesahkan bahawa Mariana iaitu emak Farhana itu juga ialah emak Fuad, iaitu isteri yang pernah dikahwininya suatu masa dahulu. Farhana juga sudah pulih daripada kejutan kerana mengetahui bahawa dia dengan Fuad ialah adik-beradik kandung. Perasaan sayang sebagai kekasih sebelum itu sudah berubah menjadi perasaan sayang kepada seorang abang kandung. Selain itu, Fuad telah diterima untuk mengikuti kursus KPLI untuk melayakkannya menjadi seorang guru yang terlatih. Seterusnya, Fuad membawa ibunya, Pak Ismail dan Mak Salmah menunaikan umrah dan ayahnya, Robert Lim mengatakan bahawa dia juga akan menyusul kemudian.

TEKNIK PLOT
Teknik plot merujuk kepada cara atau kaedah pengarang mengembangkan plot cerita supaya menjadi lebih menarik dan menambat hati pembaca. Perkara ini menyebabkan pembaca ingin meneruskan pembacaannya hingga ke penamat cerita. Biasanya, teknik plot yang digunakan ialah dialog, monolog, monolog dalaman, pemerian, imbas kembali, imbas muka, kejutan dan saspens.


TEKNIK PLOT 
Dialog 
Sebagai contohnya, Fuad berdialog dengan Borhan tentang rancangannya untuk membawa anak Borhan dan Masnah yang demam panas ke klinik pada suatu malam.

Monolog
Sebagai contohnya, Fuad berdoa dengan memohon kepada Allah agar hatinya menjadi tabah untuk menghadapi dugaan.

Monolog Dalaman 
contohnya pengarang menggunakan teknik ini semasa Fuad berkata dalam hatinya tentang nama ibu Farhana.

Pemerian 
contohnya pengarang menggambarkan keadaan di bandar Kuala Terengganu pada suatu pagi.

Imbas Kembali
Sebagai contohnya, Swee Lan teringat akan kepulangan Fuad pada suatu senja lebih setahun yang lalu.

Imbas Muka 
Sebagai contohnya, pengarang menggambarkan kemungkinan Cikgu Abas akan meluahkan perasaan marahnya kepada guru yang enggan melaksanakan tugas dalam mesyuarat guru esok harinya.

Saspens
Sebagai contohnya, peristiwa Fuad mendapati akaun banknya mengandungi wang lebih daripada dua ratus ribu ringgit telah menimbulkan perasaan ingin tahu para pembaca tentang wang yang begitu banyak yang terdapat di dalam akaun bank Fuad. Pembaca ingin tahu dari mana sumber wang tersebut diperolehnya.

Kejutan
Pengarang menggambarkan teknik ini melalui peristiwa Fuad yang terkejut apabila mendapati bahawa emak Farhana bernama Mariana binti Osman. Peristiwa tersebut mengejutkan para pembaca kerana pembaca tidak menyangka bahawa nama Mariana sama dengan nama ibu Fuad. Hal ini bermakna, mereka berdua ialah adik-beradik kandung.



NILAI 
Kasih sayang
(halaman 201) Nilai ini digambarkan melalui kasih sayang antara Fuad dengan Farhana

Ketabahan
(halaman 192) Nilai ini digambarkan melalui watak Fuad yang tabah menghadapi liku-liku dalam hidupnya

Tolong-menolong
( halaman 89) Nilai ini digambarkan melalui watak Robert Lim yang membantu keluarga abang dan kakak iparnya iaitu Peter Lim dengan Swee Lan

Kerajinan
(halaman 23) Nilai ini digambarkan melalui watak Fuad, Pak Ismail dan Mak Salmah yang rajin mengusahakan tanah yang baru dibeli oleh Fuad

Hormat-menghormati
(halaman 84) Nilai ini digambarkan melalui watak Fuad yang sentiasa menghormati orang yang lebih tua daripadanya seperti dia menghormati emak Farhana.



PENGAJARAN 
1. Setiap orang hendaklah menyayangi ahli keluarganya sendiri. 
Hal ini dibuktikan melalui Fuad yang mengingati dan menyayangi ayahnya Robert Lim walaupun mereka tidak tinggal bersama.

2. Kita haruslah tabah menghadapi dugaan hidup. 
Sebagai contohnya, Fuad begitu tabah menghadapi hidupnya yang penuh dengan cabaran dan dugaan yang hebat.

3. Kita perlulah membantu orang yang memerlukan bantuan. 
Hal ini dibuktikan oleh Fuad yang membantu rakannya Borhan dengan membawa anak Borhan yang demam panas ke klinik. Selain itu, Robert Lim menghulurkan bantuan wang perbelanjaan kepada abangnya Peter Lim setiap bulan.

4. Setiap orang yang rajin bekerja pasti akan mendapat hasilnya. 
Sebagai contohnya, Fuad yang rajin mengusahakan tanah yang dibelinya itu dengan menanam jagung dan memberikan hasil yang banyak.

5. Sebagai manusia kita perlu menghormati orang lain. 
Sebagai contohnya, Fuad sentiasa menghormati ayah dan ibu angkatnya iaitu Pak Ismail dan Mak Salmah.

6. Setiap orang hendaklah taat akan agama masing-masing. 
Hal ini dubuktikan melalui tindakan Fuad dan Pak Ismail yang tidak pernah mengabaikan solat lima waktu mereka. Elain itu mereka berdua juga kerap menunaikan solat Maghrib dan Isyak di surau.

7. Kita perlulah mengamalkan nilai murah hati dalam kehidupan seharian. 
Hal ini dibuktikan melalui tindakan Fuad yang murah hati dengan memberikan jagung yang ditanamnya sendiri kepada guru-guru sekolah di tempatnya bertugas.

8. Kita mestilah memaafkan kesalahan orang lain terhadap diri kita. 
Sebagai contohnya, Mak Salmah memaafkan kesalahan Fuad yang melarikan Sofia daripadanya untuk diserahkan kepada Robert Lim.

9. Setiap orang haruslah menepati janji yang telah dibuatnya. 
Sebagai contohnya, Fuad menunaikan janjinya untuk menjenguk adik-adik Farhana di rumah ibu Farhana. Selain itu, Fuad juga menunaikan janjinya dengan pergi ke rumah Cikgu Zamani yang menjemputnya untuk makan malam.