17 June 2012

Sinopsis Novel Cempaka Putih Untuk Mu



SINOPSIS BAB
 CEMPAKA PUTIH UNTUKMU

BAB 1 AKUR AKAN PERINTAH

Bapa Hartini ( Encik Hasrul ) menerima surat tawaran kenaikan pangkat dari jabatannya
Semua ahli keluarga mendengar dangan penuh syukur dan gembira
Bapanya dikehendaki bertukar ke tempat yang baru yang ditugaskan untuk membangunkan      pengeluaran pertanian masyarakat orang asli
Bapanya terpaksa bertugas di kawasan pedalaman negeri Pahang.
Keluagra mereka membayangkan keadaan serba kekurangan yang bakal mereka hadapi di tempat yang baru
Bapa Hartini berjaya menyewa sebuah rumah di pekan Jerantut untuk mereka diami.
Keluarga mereka sibuk membuat persiapan untuk berpindah.


Bab 2 TERSALAH SANGKA
Mereka bertolak dari Kuala Lumpur ke Jerantut pada waktu pagi
Ramai sahabat handai yang datang menziarahi ke rumah mereka semasa mereka mahu bertolak untuk mengucapkan selamat jalan
Mereka bertolak pada pukul 9.00 pagi dan sampai pada pukul 5 .00 petang di Kampung Kuala Batu
Mereka disambut oleh penduduk kampung dengan mesra
Rumah mereka sebuah rumah kayu yang beratap genting yang memiliki empat buah bilik , dua buah bilik air dan ruang tamu
Hartini bangun pagi . suasana pagi di kampung buat pertama kali dirasainya. Bunyi ayam berkokok , bunyi cengkerik dan bunyi burung-burung di hutan yang berdekatan membuatkan hatinyanya berasa ada kelainan
Jiwanya berasa damai dengan kesegaran udara di kawasan itu
Bapa Hartini berkunjung ke pejabat untuk melihat keperluan untuk bekerja pada minggu depannya
Kawasan itu juga menerima pembangunan seperti mana kawasan yang lain walaupun tidak semaju Kuala Lumpur
Pada petangnya rumah mereka dikujungi oleh penduduk kampung yang membawa buah-buahan sebagai buah tangan seperti pisang dan keledek
Keluarga mereka betah tinggal di kawasan itu kerana semua urusan dapat dilakukan


Bab 3. SEKOLAH BAHARU KAWAN BAHARU
Hartini Ayu dimasukkan ke kelas Tiga Teratai dan diperkenalkan dengan semua pelajar kelas itu oleh Cikgu Malik
Rakan sekelasnya mengulurkan salam perkenalan ( kelas ini seramai 25 orang / 15 perempuan 10 lelaki )
Hartini mendapati nama mereka sedikit pelik – Ineng , Sinda , Ambok dan Meranu
Hartini mendapati seorang lagi murid iaitu Satiah sedikit pendiam
Suasana kelas tidak banyak berbeza dengan kelasnya di KL sebelum ini
Apa yang berbeza pada pelajar sekolah ini ialah baju , kasut dan beg mereka sedikit lusuh
Para pelajar di kelas itu menunjukkan disiplin belajar yang tinggi semasa berada di dalam kelas.
Hartini mencadangkan agar pelajar di kelas itu membuat kumpulan belajar bagi menghadapi peperiksaan yang bakal menjelang
Satiah menyatakan beliau tentu sukar mendapatkan kebenaran bapanya untuk turut sama dalam kumpulan belajar ini
Bapa Stiah akan memukulnya jika ada rakannya datang ke rumah. Bapa Stiah tidak mahu Satiah terpengaruh dengan cara kehidupan orang lain.
Hartini berhasrat meminta bantuan daripada papanya dalam menyelesaikan kemelut ini.
Satiah merupakan pelajar paling pintar di dalam kelas itu. Cikgu Hanafi selalu memuji setiap hasil kerja dan karangan Satiah


Bab 4. MASALAH SATIAH
Mama menceritakan kisah Satiah dengan ringkas kepada papa semasa waktu makan
Ayah Hartini berjanji akan cuba menziarahi keluarga Satiah dengan menggunakan alasan kerja
Satiah tidak datang ke sekolah.
Semasa papa pulang Hartini bertanyakan hal berkenaan keluarga Satiah. Bapanya menjelaskan bahawa Pak Morit ( bapa Satiah mengambil akar kayu untuk menyembuhkan demam anaknya )
Papa menjelaskan bahawa masyarakat di sini masih mengamalkan cara perubatan tradisional
Hartini resah mendengar penerangan daripada ayahnyanamun ayahnya meminta Hartini bersabar dengan karenah ayah Satiah
Cikgu Malik ingin melantik Hartini sebagai ketua kelab komputer yang bakal ditubuhkan. Dia diberi kepercayaan oleh Cikgu Malik kerana beliau berasakan Hartini telah didedahkan dengan komputer berbanding rakan-rakannya yang lain.
Walaupun berat Hartini menyanggupi tanggungjawab yang diberikan hasil sokongan daripada Cikgu Malik
Ayah Hartini menceritakan kisah sebenar yang menyebabkan Pak Morit tidak membenarkan Satiah berkawan dengan orang lain. Ada kisah disebalik larangan itu yang melibatkan kematian anak perempuan Pak Morit sebelum ini. Pak Morit takut pisah berbuah dua kali
Papa dapat meyakinkan Pak Morit dia akan bertanggungjawab sepenuhnya ke atas Satiah.


Bab 5 . AHLI BAHARU KELUARGA KAMI
Satiah dijadikan anak angkat keluarga Hartini
Sejak itu Hartini mendapat teman untuk belajar yang akrab juga sebagai saudara angkatnya
Mereka makan , mandi , belajar dan tidur bersama-sama
Selain rajin belajar Satiah juga ringan tulang ( rajin menolong mama di dapur , menyiapkan sarapan , bangun lebih awal , mengangkat kain di ampaian ,) , membasuh pinggan mangkuk
Satiah disayangi oleh seluruh ahli keluarga Hartini
Satiah dapat menyesuaikan diri dengan baik dalam keluarga Hartini
Pak Morit kerap menghantar hasil taninya ( pisang / sayuran kampung , keledek ke rumah Hartini. Mama membalasnya dengan memberi coklat , biskut dan makanan dalam tin untuk keluarga Satiah
Satiah tekun menulis sesuatu dalam buku berkulit tebal. Hartini membiarkan sahaja perbuatan Satiah ini.
Selang enam bulan mereka akan menghadapi peperiksaan lagi dua minggu
Satiah dan Hartini serta rakan sekelasnya sibuk mengulangkaji pelajaran
Satiah ditemukan Hartini dalam keadaan tertiarap dengan kesan tompokan darah pada bantal
Keadaan Satiah lemah sekali. Pak Morit dan Mak Sukin datang ke rumah mereka. Papa menceritakan kejadian yang berlaku kepada mereka berdua.
Pak Morit menyatakan bahawa Satiah kerap berada dalam keadaan demikian . Ia sudah menjadi suatu kebiasaan pada keluarga mereka. Sejak tahun lepas Satiah kerap batuk berdarah.
Menurut Pak Morit , Satiah telah diubati oleh dukun . Dukun memberitahu bahawa Staiah terlangkah benda kotor dan perlu dihantar ke sesuatu tempat untuk membuang benda yang berada dalam tubuhnya
Papa mencadangkan agar Satiah dirawat di hsopital. Pak Morit menolak cadangan tersebut kerana menurut pesan dukun yang menghalang proses pengubatan
Papa akhirnya berjaya memujuk Pak Morit membenarkan Satiah dirawat di hospital dengan alasan Satiah perlu mengambil peperiksaan
Satiah dihantar ke hospital.


Bab 6. SENYUMAN SATIAH MULAI TAWAR
setelah menerima rawatan awal daripada pihak hospital , Satiah dibawa pulang. Namun begitu selang dua minggu lagi dia dikehendaki dihantar semula untuk menerima rawatan lanjut
Pihak hospital telah mengambil contoh darah , air kencing dan kahak Satiah untuk dikaji
Pada pukul 3.00 pagi Satiah mengaduh perlahan. Hartini terdengar. Hartini bangun lalu membuatkan air susu kerana sejak siang Satiah tidak makan apa-apa
Rakan-rakan sekelas Satiah berasa bimbang dengan keadaan yang melanda Satiah.
Kesemua rakan sekelas Satiah melawatnya di rumah Hartini. Mereka turut ditemani oleh Cikgu Malik dan Cikgu Anis
Papa berjanji kepada mereka semua untuk membuat kenduri besar-besaran jika semua mereka lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan.


Bab 7. PERPISAHAN SEMENTARA
peperiksaan PMR telah selesai. Satiah dapat menghadiri peperiksaan dengan sihat dan lancar
Papa dan Pak Morit menghantar Satiah ke hospital untuk rawatan lanjut. Doktor masih belum dapat mengesan punca sebenar penyakit Satiah
Masing-masing sibuk merancang aktiviti memenuhkan masa cuti sekolah. Hartini bercadang mengikut neneknya pulang ke Johor sambil menghadiri kelas komputer
Satiah tidak akan ke mana-mana memandangkan keadaan dirinya yang tidak mengizinkan. Satiah pulang ke rumahnya untuk meneruskan rawatan bersama dukun mengikut kehendak ayahnya
Di Johor Hartini mengingatkan kesunyian yang melanda ibunya kerana berjauhan dengan Hartini dan Satiah dalam masa yang sama. Hal ini demikian kerana mereka berdualah yang selalu menemaninya
Nenek menceritakan kisah Mak Usunya yang menjadi liar dan bergaul dengan budak-budak nakal , ponteng sekolah , melepak yang kini berada di bawah jagaan Pak Long ( abang sulungnya ) di Ipoh
Hartini didaftarkan oleh neneknya belajar komputer di Pontian
Nenek berjumpa dengan Makcik Leha yang menceritakan kisah anaknya yang berada di balai polis kerana kes menagih dadah.
Nenek menceritakan kepada Hartini bahawa pemuda –pemudi pada zamannya berada dalam keadaan serba susah. Mereka faham akan keadaan itu . Hal ini menyebabkan mereka tidak berfoya-foya malahan banyak menghabiskan masa dengan menolong ibu bapa di kebun dan mematuhi perintah dan menghormati ibu bapa segalanya.
Hartini mendapat dua pucuk surat daripada Satiah. Namun surat tersebut ringkas sahaja dan tidak memasukkan keadaan dirinya di rumah.
Hartini menunggu masa untuk pulang semula ke rumahnya . Pengetahuan asas tentang komputer telah mula dikuasainya.

Bab 8. BERITA YANG MEMBIMBANGKAN
Hartini meminta kebenaran daripada neneknya untuk pulang ke Jerantut
Nenek menemankan Hartini balik ke Jerantut
Mama memberitahu bahawa keadaan Satiah semakin bertambah teruk. Penyakitnya semakin kerap menyerang. Badannya juga semakin susut dan rambutnya semakin menipis. Dokto mengesahkan Satiah menghidap barah paru-paru . Hampir keseluruhan paru-parunya dijangkiti virus barah. Harapan untuk pulih sedia kala adalah tipis.
Hartini dilarang oleh ibunya daripada pergi melawat Satiah kerana Pak Morit melarang .
Pak Morit menyatakan penyakit Satiah melarat kerana melanggar pantang larang dukun. Pak Morit masih percaya bahawa Satiah terkena sampuk
Satiah sebenarnya tidak sampai hati untuk menceritakan kesemua penderitaan yang dihadapinya kerana bimbang Tini tidak dapat menumpukan perhatian kepada pelajaran komputer.
Hartini terus ke rumah Satiah walaupun ibunya mengajaknya pergi ke sana pada waktu malam
Hartini menyatakan kekesalannya kerana Satiah tidak mengkabarkan keadaan penyakitnya melalui surat kepadanya.
Satiah meminta maaf kerana berbohong kepada Hartini kerana tidak berterus terang dalam suratnya.
Satiah melahirkan perasaan kecewa dengan sikap ayahnya yang enggan menuruti kehendak papa yang ingin meneruskan perubatan moden
Satiah meluahkan harapan untuknya sembuh sangat tipis.
Hartini menyatakan tentang tarikh keputusan peperiksaan mereka yang bakal tiba.


Bab 9. KERANA ADAT DAN PANTANG LARANG
Mak Sukin memberitahu Hartini bahawa Pak Morit enggan membenarkan Satiah dirawat di hospital. Walaupun dipujuk berkali-kali oleh papa , mama dan Mak Sukin keputusan Pak Morit tidak berganjak
Pagi esoknya Hartini melawat Satiah di rumahnya dengan membawa sedikit kuih bingka jagung kesukaan Satiah . Satiah sedang dimandikan oleh emaknya.
Hartini cuba memujuk Pak Morit untuk membenarkan Satiah dirawat di hospital
Pak Morit memarahi tindakan Hartini ini. Hartini gagal. Dia menangis sambil kesal dengan tindakan Pak Morit.
Hartini pulang ke rumah. Dia menangis. Hartini menceritakan semula kejadian sebentar tadi di rumah Pak Morit.
Papa menjelaskan bahawa kepercayaan Pak Morit terhadap asal usul dan keturunannya belum dapat diubah kerana ia melibatkan pantang larang keluarganya.
Mama berpendapat pada masa ini mereka tidak boleh terlalu mendesak perkara tersebut kepada Pak Morit kerana bimbang ia akan menjejaskan hubungan mereka selama ini.
Keesokannya Hartini kembali semula ke rumah Satiah. Akob , adik lelaki Satiah memberitahu bahawa Satiah dan ibu bapanya tiada di rumah kerana berubat di Kampung Langsat.


Bab 10. KERUHNYA AIR YANG TENANG
Hubungan keluarga Satiah dan Hartini semakin renggang dan tegang
Papa membeli buku berkaitan dengan penyakit barah . Hartini cuba membaca untuk mengetahui cara melayan dan memberikan semangat serta rawatan yang perlu bagi mengurangi kesakitan akibat barah
Papa , Mama dan Hartini sering melawat Satiah. Ianya dilakukan bagi mengelakkan Satiah berasa keseorangan dalam menghadapi penyakitnya ( sokongan moral )
Hartini membawakan pelbagai novel , majalah untuk mengilangkan kesunyian Satiah walaupun kehadirannya tidak disukai oleh Pak Morit
Keadaan Satiah seakan beransur pulih buat seketika. Dia sudah boleh bangun dan berjalan sendiri ke bilik air. Hartini sedikit gembira.Pak Morit melarangnya turun ke tanah mengikut      kehendak dukun. Satiah menurut sahaja.
Pada petangnya Hartini bertanyakan kepada Satiah sama ada dia dapat ke sekolah untuk mengambil keputusan peperiksaan. Ambok dan Sinda juga berada di rumah Satiah.
Ambok mendapati kulit badan / lengan Satiah mengelupas semuanya. Satiah menyatakan bahawa ia mungkin kesan daripada ubat daun-daun kayu yang dilumurkan oleh bapanya.
Hartini pula mendapati bahawa ada bintik-bintik merah pada keseluruhan tubuh seperti kesan alahan tertentu.


Bab 11. BERITA GEMBIRA DISAMBUT TENANG
Hari untuk mengambil keputusan peperiksaan telah tiba. Pelajar tingkatan 3 ( Teratai , Kenanga , Melati ) datang ke sekolah
Satiah tidak dapat datang , Pak Morit yang mengambil keputusannya
Hartini mendapat 7A 1B manakala Satiah mendapat 8A.
Hartini berasa gembira dengan keputusan yang dicapai oleh Satiah . Dia mengharapkan keputusan cemerlang dalam peperiksaan dapat mengurangkan beban yang ditanggung oleh Satiah.
Cikgu Hanafi masih tidak tahu tentang penyakit yang dideritai oleh Satiah. Sambil menangis Hartini mengesahkan kepada Cikgu Hanafi bahawa Satiah menderita penyakit barah ( Hartini berasa sensitif apabila memperkatakan tentang Satiah )
Sekolah ini mendapat keputusan cemerlang berbanding dengan tahun lepas
Hartini pergi ke rumah Satiah kerana mendapat tahu Pak Morit balik dari sekolah dalam keadaan tergesa-gesa.
Hartini diberitahu oleh Mak Sukin bahawa Satiah pengsan dan badannya kejang
Pak Morit dan bomoh cuba memulihkan Satiah yan memuntahkan darah daripada mulutnya
Hartini berasa sayu apabila melihat keadaan Satiah
Bomoh menggunakan daun dan bunga dalam perawatannya terhadap Satiah. Bomoh berpesan agar Satiah sentiasa dibasahkan dengan air yang dicampur dengan daun dan bunga itu. Bomoh menyatakan ada suatu benda yang berada pada badan Satiah.


BAB 12 . KUNTUM YANG HAMPIR LAYU
Satiah dimasukkan dalam unit rawatan rapi ( ICU ) dan wad kelas satu hasil usaha yang dilakukan oleh papa
Hartini dan ibunya datang melawat Satiah
Semasa hari dimasukkan ke hospital, Satiah berada dalam keadaan kritikal – jantung Satiah telah mulai lemah , pendarahan berterusan , tekanan darahnya rendah
Keadaan Satiah pada hari itu telah sedikit melegakan hati Mak Sukin – sudah mula membuka mata dan darah yang keluar dari mulutnya sudah mula berhanti
Sebagai rakan Hartini mengharapkan kesejahteraan kesihatan Satiah.
Mak Hartini ( Pn Sarah ) mencadangkan Mak Sukin balik ke rumah. Mereka berdua akan menemankan Satiah pada malam itu
Satiah memerlukan suntikan pada setiap hari bagi menstabilkan keadaannya
Doktor juga menerangkan Satiah mungkin perlu menjalani rawatan kimoterapi
Pak Morit dikatakan menyesal kerana membiarkan keadaan Satiah yang menderita begitu lama . Dia juga menyesal kerana sikapnya yang degil. Pak Morit berjanji mengubah pendirian dan kepercayaannya terhadap perkara-perkara karut.
Satiah yang mendapat keputusan cemerlang diterima untuk belajar di Sekolah Menengah Tanjung Bestari manakala Hartini ke Sekolah Menengah Puncak Wawasan.
Hartini meminta agar bapanya dapat mengusahakan agar dia dan Satiah mendapat sekolah yang sama kerana tidak mahu berpisah
Dia berhasrat apabila berada di sekolah yang sama dia akan dapat menjaga Satiah
Pak Morit dan Papa telah merancang mengadakan kenduri untuk meraikan kejayaan mereka dalam peperiksaan
Hartini hanya berpeluang menyampaikan berita gembira kepada Satiah setelah hari ke-20 Satiah berada di hospital
Satiah melahirkan pendapat yang dia tidak lagi mempunyai harapan untuk hidup lama kerana penyakit yang dideritainya. Hartini berasa sangat sedih.


BAB 13. DEMI CITA-CITA DAN HARAPAN
Kenduri kesyukuran yang dirancang dapat dilakukan . Hampir semua rakan dan guru sekolah Menengah Kuala Batu hadir.
Keadaan kesihatan Satiah dikatakan semakin positif.
Hubungan Pak Morit dan Papa pulih semula.
Mama menjahitkana baju yang sedondon untuk Hartini dan Satiah. Mereka seakan saudara kembar. Ia menunjukkan keakraban mereka.
Keesokkan harinya Hartini demam . Dia dirawat doktor. Seharian Satiah menjaga dan menemani Hartini
Satiah menulis sesuatu dalam buku yang masih menjadi misteri kepada Hartini
Mama membelikan semua keperluan Hartini dan Satiah untuk persiapan ke sekolah baru mereka berdua.
Satiah bersekolah di Kuantan. Mereka bersama –sama menghantarnya ke sekolah baru dan tinggal di asrama.
Hartini kemudiannya dihantar ke sekolah barunya.


BAB 14. KESABARAN JUGA ADA BATASNYA
Hartini belajar berdikari kerana tinggal di asrama. Kehidupan di asrama melatih mereka berdidiplin. Walaupun baharu tetapi Hartini tidak menghadapi masalah.
Dalam masa tiga bulan Hartini mendapat empat helai surat daripada Satiah. Dalam suratnya      Satiah menyelitkan sekuntum bunga
Hartini menulis surat kepada Satiah hampir setiap hari.Seminggu sekali dia akan mengeposkannya.
Perbuatan Hartini menghairankan tema seasramanya Nora.
Hubungan Hartini dan Satiah tidak menjadi sesuatu yang unik bagi Junaidah. Junaidah memperlekehkan tindakan Hartini yang berhubungan dengan orang asli. Hartini menganggap Junaidah cuba menghina Satiah rakan baiknya dan seolah-olah menghinanya.
Junainah sengaja menguatkan bunyi radio. Hartini dan Nora meminta Junainah bertimbang rasa kerana mereka ingin belajar. Berlaku pertengkaran dan Hartini menutup radio. Ini menyebabkan Junainah meludah muka Hartini. Hartini menampar muka Junainah. Darah keluar daripada mulut Junainah.
Junainah dan Hartini perlu menghadap pengetua. Hartini tidak mahu memperbesarakn kes itu. Dia rela meminta maaf.
Hartini menceritakan hal ini kepada Satiah kerana tidak dapat tidur.Dia sudah buntu untuk memikirkan masalah yang dihadapinya itu.
Nora dan Najmi menceritakan hal pergaduhan itu kepada pengetua.
Pengetua tidak mengambil tindakan keras. Kedua-dua mereka diberikan amaran keras sahaja.


BAB 15. PECAHNYA TEMBELANG
Cuti sekolah akan bermula tidak lama lagi. Hartini membayangkan kegembiraan akan bertemu dengan keluarganya dan Satiah
Hartini mendapati Junainah dalam keadaan kusut masai dan tidak terurus. Mukanya cengkung dan matanya kemerah-merahan.
Nora , Hartini dan Najmi diminta ke asrama. Sudah menunggu di situ pengetua, Puan Norjihan , Encik Kancho Tamang ( pengawal keselamatan sekolah ) dan dua orang pegawai      polis.
Ada aduan mereka menyimpan barang yang tidak dibenarkan di almari mereka
Semasa memeriksa almari Hartini , Puan Norjihan menjumpai banyak pil esctacy ( hampir do biji )
Hartini menjelaskan dia tidak tahu menahu tentang pili esctacy tersebut.Nora mengakui bahawa pada hari semalam mereka mengemas baju bersama –sama tetapi tiada bungkusan seperti bungkusan tersebut.
Polis meminta Hartini untuk ke balai polis.
Kejadian Hartini dibawa ke balai polis menghairankan pelajar lain.
Papa dan mama datang ke balai polis. Emak Hartini menangis manakala bapanya mendiamkan diri sahaja.
Hartini menjelaskan dia tidak terlibat dalam hal itu kepada bapanya.
Bapanya melahirkan kebimbangan kerana bahan bukti dijumpai pada almari Hartini .
Bapa hartini meminta pihak polis memeriksa air kencing penghuni bilik tersebut termasuk Junainah.
Papa menjelaskan bahawa pihak polis mensyaki ada sindiket menjual pil tersebut di sekolah.
Hartini masih tidak boleh dibawa keluar daripada lokap polis ( Hartini berada di lokap selama 3 hari )
Berada di dalam lokap menjadi satu perkara baru dalam hidup Hartini.
Hari keempat barulah Hartini dapat dibebaskan kerana pesalah sebenar dapat diketahui hasil usaha ayah Hartini.
Pengetua memohon maaf kepada Hartini.
Papa memberitahu bahawa Junainah yang menggunakan pil tersebut bersama rakan di bilik sebelah asrama mereka.Ia juga didalangi oleh Encik Kancho iaitu pengawal keselamatan di sekolah mereka.
Papa menjelaskan bahawa dia mencadangkan suatu pemeriksaan mengejut dilakukan di semua bilik asrama ketika semua pelajar sedang belajar.
Mereka menemukan pil estacy itu di bawah kawalan Encik Kancho. Namun membiarkan sahaja Encik Kancho melepaskan diri bagi menyiasat sendiket itu seterusnya.
Encik Kancho akhirnya ditangkap ketika menyerahkan bahan itu kepada pelanggannya di sebuah restoran di bandar Kuantan.


BAB 16. DIA PERGI JUA
Hartini berasa kepenatan setelah berada di dalam lokap selama 3 hari. Dia tidak dapat pergi ke rumah Satiah bersama-sama. Satiah pulang ke rumahnya seorang diri.
Ayah Hartini ingin membuat majlis kenduri doa selamat setelah apa yang dilalui oleh Hartini dan Satiah. Ibu bapa Satiah turut berada di rumah Hartini.
Pada petangnya Hartini ke rumah Satiah. Hartini mencari-cari di mana Satiah . Hartini duduk sahaja di situ hampir setengah jam
Mereka ( Akob ) menjumpai Satiah sduah terlentang di tepi perigi dalam keadaan berdarah.
Hartini memangku kepala Satiah dan cuba mengejutkannya. Satiah tidak memberi sebarang reaksi.
Hartini meminta Akob menyampaikan berita / keadaan Satiah kepada ibu bapa mereka.
Tidak berapa lama selepas itu kedua ibu bapa mereka sampai. Bapa Aton membantu Hartini mengangkat Satiah masuk ke dalam rumah.
Satiah dihantar ke hospital oleh Papa. Dan dimasukkan ke dalam wad ICU
Pada malamnya mereka ke hospital untuk melawat Satiah.
Pak Morit membritahu bahawa keadaan Satiah tidak dapat diselamatkan lagi. Dia semakin tenat.
Hartini melihat Satiah yang ditempatkan di sebuah bilik. Dia mengetahui bahawa Satiah sedang berjuang dengan maut.Mama membacakan surah Yassin untuk Satiah.
Mak Sukin masuk ke bilik lalu mendakap tubuh Satiah beberapa kali diikuti dengan Pak Morit dan Papa.
Orang terakhir masuk ke bilik itu ialah Hartini. Walaupun enggan melihat keadaan Sataih sepeerti itu Hartini menguatkan semangatnya. Dia mensedekahkan bacaan al Fatihah di telinganya , membisikkan kalimah syahadah dan mengharapkan Satiah meninggalkan dunia      ini dalam keadaan aman dan tenteram. Dia memohon maaf atas kesalahannya selama ini. Hartini meredhakan pemergian Satiah walaupun berat hati.
Selang beberapa ketika doktor masuk dan mengesahkan bahawa Satiah telah meninggal dunia.
Hartini pengsan.
Apabila sedar Hartini melihat ramai orang berada di rumahnya. Hartini masih separuh sedar dengan peristiwa yang terjadi sebelum itu. Dia bertanyakan kepada mamanya di manakah Satiah.
Ustaz Amin yang mengajar Pendidikan Islam di sekolah mereka meminta Hartini menerima ketentuan takdir. Hartini diminta bersabar dan bertawakal.
Hartini kemudiannya mendapatkan jenazah Satiah. Dia mencium jenazah Satiah dengan linangan air mata.
Bagi Hartini pemergian Satiah sumpama pegi membawa penderitaan Satiah dan segala keriangannya. Satiah telah mengambil segala keriangan Hartini.
Sebenarnya Pak Morit sengaja melambatkan jenazah dikebumikan kerana menunggu Hartini sedar daripada pengsan. Jenazah hanya dikebumikan selepas pukul 11.00. Pak Morit mahu supaya Hartini menyaksikan urusan jenazah Satiah dijalankan kerana dia khuatir Hartini tidak dapat menerima kenyataan.
Setelah jenazah Satiah dikebumikan Hartini duduk di tepi kubur dengan penuh kesyahduan.


BAB 17. TERSINGKAP MISTERI
Persekolahan telah bermula semula. Hartini masih tidak pulang ke sekolahnya. Dengan keizinan pengetua Hartini diberikan cuti selama seminggu setelah papa menceritakan keadaannya ketika itu.
Pada hari itu papa dan mama pergi ke Kuantan untuk mengambil barang Satiah di asramanya.
Salah satu yang ditinggalkan ialah buku diari yang ditulis oleh Satiah .
Dalam diari itu tertulis segala pengalaman yang dilaluinya, segala duka dan keperitannya menanggung kesakitan
Pada halaman ke 25 Satiah menampalkan sekuntum bunga . Bunga ini menjadi lambang kewangian hidupnya dan mengharapkan apabila ia meninggal nanti bunga itu akan ditanam di atas kuburnya.
Di dalamnya juga tercatat keadaannya yang sakit berterusan . Dia mendiamkan sahaja kesakitan itu dan menghadapinya berseorangan . Satiah juga menyatakan jika diberikan pilihan Satiah hanya mahu meninggal dunia setelah dia membalas jasa dan kebaikan yang dilakukan oleh keluarga Hartini. Satiah juga menangis apabila mengenetahui bahawa Hartini dimasukkan ke dalam lokap akibat difitnah. Masih ada kesan air mata pada diari tulisan Satiah itu.
Satiah meminta agar selepas dia meninggal Hartini tidak lagi bersedih dan meminta dia hidup dalam keadaan tabah dan tenang. Dia meminta Hartini menghadiahkannya segulung ijazah kepada kedua orang tua mereka.
Satiah mengakhiri tulisannya pada halaman ke 180 dengan perkataan Allahyarhamah Satiah Morit.
Hartini sedar ia perlu memenuhi wasiat daripada sahabat dan saudaranya Satiah.


BAB 18. CEMPAKA PUTIH UNTUKMU
Hartini sudah bersiap untuk balik ke sekolah. Dia akan dihantar oleh ibu bapanya dan Pak Morit serta Mak Sukin.
Pak Morit membawakan kepada Hartini buah rambutan , duku , langsat
Hartini meminta mereka singgah di pusara Satiah yang sudah tiga minggu meninggalkan mereka. Satiah mensedekahkan bacaan Al Fatihah kepada Satiah.
Hartini menanam pokok cempaka putih di pusara Satiah dan mengharapkan ianya dapat mengharumkan kubur Satiah. ( Hartini menunaikan amanat Satiah yang dituliskan dalam diatinya itu ) sebagai tanda kasihnya kepada Satiah.




02 June 2012

Kesalahan Tatabahasa PMR



Kesalahan Tatabahasa
KATA NAMA

a. Kesalahan ejaan, iaitu ada beberapa kata nama yang seakan – akan sama
    ejaannya tetapi mempunyai makna yang berlainan ataupun tidak bermakna;
    
    Seniwati Sarimah mengenakan cocok sanggul pada dandanan rambutnya http://www.cemerlangbm.com/images/bt_false.png
    Seniwati Sarimah mengenakan cucuk sanggul pada dandanan rambutnya http://www.cemerlangbm.com/images/bt_true.png


b. Kesalahan penggunaan kata nama mengikut konteks ayat;

    Wakil Rakyat itu  melawat kawasan petempatan semua orang asli http://www.cemerlangbm.com/images/bt_false.png
    Wakil Rakyat itu melawat kawasan penempatan semua orang asli http://www.cemerlangbm.com/images/bt_true.png

KATA GANTI NAMA DIRI

a. Ketidaksesuaian penggunaan kata ganti nama diri mengikut kedudukan
    seseorang, suasana ketika bercakap, hubungan seseorang yang lain ketika
    sedang berkata – kata:

    Encik James pengurus di sini. Sekarang ini dia sedang berkursus di
    Singapura http://www.cemerlangbm.com/images/bt_false.png
    
    Encik James pengurus di sini. Sekarang ini beliau sedang berkursus di
    Singapura http://www.cemerlangbm.com/images/bt_true.png


b. Kata ganti nama diri bentuk jamak tidak boleh digandakan;

    “Marilah kita sertai mereka – mereka yang baru datang itu,” kata Salina http://www.cemerlangbm.com/images/bt_false.png
    “Marilah kita sertai mereka yang baru datang itu,” kata Salina http://www.cemerlangbm.com/images/bt_true.png

  
c. Kata ganti nama diri mereka dan ia tidak boleh digunakan untuk merujuk
    kepada binatang, benda dan perkara/konsep;

    Si Hitam sangat lembut bulunya. Ia juga berwarna menarik http://www.cemerlangbm.com/images/bt_false.png
    Sihitam sangat lembut bulunya dan berwarna menarik http://www.cemerlangbm.com/images/bt_true.png


d. Kata ganti nama diri ketiga ia tidak boleh bertugas sebagai objek kepada kata
    sendi atau kata kerja transitif;

    Saya berasa seronok dapat berkawan dengan ia http://www.cemerlangbm.com/images/bt_false.png
    Saya berasa seronok dapat berkawan dengannya http://www.cemerlangbm.com/images/bt_true.png


e. Kata ganti nama diri ketiga ia tidak boleh bertugas sebagai kata nama pelaku
    dalam ayat pasif diri ketiga;

    Beg ia telah diselongkar ketika bersenam di padang http://www.cemerlangbm.com/images/bt_false.png
    Begnya telah diselongkar ketika bersenam di padang http://www.cemerlangbm.com/images/bt_true.png

   
f. Kata ganti diri ketiga ia dan nya tidak boleh digabungkan menjadi ianya;

    Penagihan dadah di kalangan pelajar perlu dibanteras segera kerana bimbang
    ianya kian menular http://www.cemerlangbm.com/images/bt_false.png
    
    Penagihan dadah di kalangan pelajar perlu dibanteras segera kerana bimbang    kian menular http://www.cemerlangbm.com/images/bt_true.png


g. Kata ganti nama diri daku dan dikau tidak boleh digunakan sebagai objek
    kecuali pada kata kerja transitif atau kata sendi yang berakhir dengan huruf ‘n’;

    Ibuku sungguh tertarik hati kepada dikau kerana pekertimu itu http://www.cemerlangbm.com/images/bt_false.png
    Ibuku sungguh tertarik hati akan dikau dengan pekertimu itu http://www.cemerlangbm.com/images/bt_true.png


h. Kata ganti nama diri singkat iaiti kau, ku, mu dan nya tidak boleh dieja
    berasingan dengan kata lain yang menyertainya;

    “Tolong kau ambilkan aku segelas air” kata Sri http://www.cemerlangbm.com/images/bt_false.png
    ‘Tolong kauambilkan aku segelas air” kata Sri http://www.cemerlangbm.com/images/bt_true.png


KATA GANTI NAMA TANYA

a. Kata ganti nama tanya apa dan siapa tidak boleh digunakan sewenang –
    wenangnya. Apa digunakan untuk menanyakan benda, perkara atau binatang
    manakala siapa pula hanya digunakan untuk merujuk kepada manusia;

     Nama anjing awak siapahttp://www.cemerlangbm.com/images/bt_false.png
     Nama anjing awak apahttp://www.cemerlangbm.com/images/bt_true.png


b. Jika berfungsi sebagai subjek ayat, kata ganti nama tanya perlu menerima
    partikel –kah selepasnya. Kata ganti nama tanya tidak memerlukan partikel
    –kah jika berperanan sebagai predikat ayat;

     Berapa yang telah awak berikan kepada Ramli? http://www.cemerlangbm.com/images/bt_false.png
     Berapakah yang telah awak berikan kepada Ramli? http://www.cemerlangbm.com/images/bt_true.png

KATA GANTI NAMA TAK TENTU

a. Menyalahgunakan kata ganti nama tanya dalam konteks ayat yang
    menunjukkan sesuatu secara tidak pasti atau tidak tentu.

    Mereka berpura–pura seolah–olah tidak melihat apa pun untuk mengelakkan
    diri daripada menjadi saksi http://www.cemerlangbm.com/images/bt_false.png
    
    Mereka berpura–pura seolah–olah tidak melihat apa–apa pun untuk
    mengelakkan diri daripada menjadi saksi http://www.cemerlangbm.com/images/bt_true.png


b. Kata ganti nama tak tentu tidak boleh diikuti oleh partikel –kah apabila
    bertugas sebagai subjek dalam binaan ayat songsang dan tidak menggunakan
    tanda soal (?) di akhir ayatnya;

    “Adakah kakak dengar apa – apakah berita malam tadi?” kata Kalsom http://www.cemerlangbm.com/images/bt_false.png
    “Adakah kakak dengar apa – apa berita malam tadi?” kata Kalsom http://www.cemerlangbm.com/images/bt_true.png
KATA BILANGAN

a. Kata bilangan tentu mesti diikuti oleh penjodoh bilangan selepasnya.

    Dua burung merpati itu sedang mematuk sekoi http://www.cemerlangbm.com/images/bt_false.png
    Dua ekor burung merpati itu sedang mematuk sekoi http://www.cemerlangbm.com/images/bt_true.png


b. Kata bilangan tak tentu tidak memerlukan penjodoh bilangan selepasnya
    kecuali kata bilangan tak tentu beberapa;
  
    Semua orang murid diminta berbaris di padang http://www.cemerlangbm.com/images/bt_false.png
    Semua murid diminta berbaris  di padang http://www.cemerlangbm.com/images/bt_true.png


c. Kata bilangan tak tentu tidak boleh disertai dengan kata bilangan pecahan
    selepasnya.

    Mereka mengambil masa satu setengah jam untuk menyiapkannya http://www.cemerlangbm.com/images/bt_false.png
    Mereka mengambil masa satu jam setengah untuk menyiapkannya http://www.cemerlangbm.com/images/bt_true.png


d. Kata bilangan tak tentu setengah-setengah tidak boleh disingkatkan
    sewenang-wenangnya;
    
    Setengah daripada penduduk kampung tidak bersetuju dengan perlantikan
    penghulu baru itu http://www.cemerlangbm.com/images/bt_false.png
    
    Sesetengah / setengah-setengah daripada penduduk kampung itu tidak
    bersetuju dengan perlantikan penghulu baru itu http://www.cemerlangbm.com/images/bt_true.png


e. Kata bilangan tak tentu para tidak boleh digandakan kerana boleh mengubah
    kelas kata tersebut;

    Para-para pelancong berpuas hati dengan suasana harmoni di Malaysia http://www.cemerlangbm.com/images/bt_false.png
    Para pelancong berpuas hati dengan suasana harmoni di Malaysia http://www.cemerlangbm.com/images/bt_true.png 


f. Kata bilangan pisahan  tiap-tiap tidak boleh disingkatkan sewenang-
   wenangnya;

    Tiap hari dia bangun pukul 4.30pagi http://www.cemerlangbm.com/images/bt_false.png
    Tiap-tiap hari dia bangun pukul 4.30pagi http://www.cemerlangbm.com/images/bt_true.png


g. Kata bilangan pecahan mesti diikuti kata sendi daripada atau dari selepasnya
    dalam sesuatu ayat.

    Hanya sebahagian pelajar itu hadir untuk latihan pada hari ini http://www.cemerlangbm.com/images/bt_false.png
    Hanya sebahagian daripada pelajar itu hadir untuk latihan pada petang ini http://www.cemerlangbm.com/images/bt_true.png


h. Kesalahan penggunaan kata bilangan yang tidak sesuai mengikut konteks;

    Walaupun Ismeer Khan bangsa asing tetapi ramai penduduk di situ
    menyukainya http://www.cemerlangbm.com/images/bt_false.png

    Walaupun Ismeer Khan bangsa asing tetapi banyak penduduk di situ
    menyukainya http://www.cemerlangbm.com/images/bt_true.png

PENJODOH BILANGAN

a. Penjodoh bilangan tidak boleh digunakan bersama – sama dengan kata
    bilangan tak tentu kecuali kata bilangan tak tentu beberapa;

    Semua orang penduduk yang hadir menyambut baik saranan kerajaan itu http://www.cemerlangbm.com/images/bt_false.png
    Semua penduduk yang hadir menyambut baik saranan kerajaan itu http://www.cemerlangbm.com/images/bt_true.png


b. Penjodoh bilangan juga tidak boleh hadir sebelum kata nama abstrak;
  
    Di hatinya terselit sebuah keinsafan yang mendalam http://www.cemerlangbm.com/images/bt_false.png
    Di hatinya terselit suatu keinsafan yang mendalam http://www.cemerlangbm.com/images/bt_true.png


c. Penjodoh bilangan juga ada yang digunakan tidak bersesuaian mengikut
    konteks ayat;

     Melisa menjahit sekeping kain tampalan pada kain basahannya http://www.cemerlangbm.com/images/bt_false.png
     Melisa menjahit sehelai kain tampalan pada kain basahannya http://www.cemerlangbm.com/images/bt_true.png

KATA SENDI

a. Kata sendi memerlukan kata nama sebagai objek untuk membentuk frasa
    sendi nama. Melihatkan konsep ini, maka frasa sendi nama oleh kerana tidak
    boleh digunakan atau dianggap salah. Ini adalah kerana yang hadir selepas
    kata sendi oleh adalah tergolong dalam kelas kata hubung dan bukannya
    kelas kata nama. Dalam hal ini frasa oleh kerana perlulah diganti dengan frasa
    sendi nama oleh sebab kerana sebab adalah tergolong dalam kelas kata
    nama;

    Oleh kerana terlalu sibuk, Halim tidak jadi balik ke kampung http://www.cemerlangbm.com/images/bt_false.png
    Oleh sebab terlalu sibuk, Halim tidak jadi balik ke kampung http://www.cemerlangbm.com/images/bt_true.png


b. Kata sendi nama akan tidak boleh digugurkan antara frasa adjektif yang
    menyatakan perasaan/sikap dengan frasa nama.
  
    Dia amat minat kerjaya itu http://www.cemerlangbm.com/images/bt_false.png
    Dia amat minat akan kerjaya itu http://www.cemerlangbm.com/images/bt_true.png


c. Kata sendi nama akan juga tidak boleh digugurkan antara kata kerja tunggal
    yang berbentuk tanpa imbuhan dengan kata/frasa nama;

    Semua orang sepatutnya tahu tanggungjawab masing-masing http://www.cemerlangbm.com/images/bt_false.png
    Semua orang sepatutnya tahu akan tanggungjawab masing-masing http://www.cemerlangbm.com/images/bt_true.png


d. Kata sendi nama dengan tidak boleh dilenyapkan selepas kata kerja tak
    transitif berawalan beR-, teR- atau tanpa imbuhan;

    Saya ada bertemunya dalam majlis itu http://www.cemerlangbm.com/images/bt_false.png
    Saya ada bertemu dengannya dalam majlis itu http://www.cemerlangbm.com/images/bt_true.png


e. Kata sendi nama demi tidak boleh digunakan bersama-sama kata sendi
    nama untuk kerana dianggap lewah dan harus digugurkan;

    Demi untuk melaksanakan tugas, dia meninggalkan anak isterinya di
    kampung http://www.cemerlangbm.com/images/bt_false.png

    Demi melaksanakan tugas, dia meninggalkan anak isterinya di kampung http://www.cemerlangbm.com/images/bt_true.png


f. Frasa sendi nama di dalam atau di antara tidak boleh digunakan di hadapan
   frasa nama yang membawa pengertian tempat yang tidak mempunyai ruang
   atau jarak;

   Di sekolah, Mazni bergiat cergas di dalam pelbagai aktiviti sukan dan
   persatuan http://www.cemerlangbm.com/images/bt_false.png

   Di sekolah, Mazni bergiat cergas dalam pelbagai aktiviti sukan dan
   persatuan http://www.cemerlangbm.com/images/bt_true.png


g. Kata sendi nama sejak/semenjak digunakan untuk menyatakan waktu atau
    masa yang membawa maksud mulai atau bermula dari. Oleh sebab itulah,
    penggunaan frasa sendi nama sejak atau semenjak dari dianggap lewah dan
    dari hendaklah digugurkan;

    Sejak dari dulu lagi saya nasihatkan awak, tetapi awak degil,” kata Ani http://www.cemerlangbm.com/images/bt_false.png
    “Sejak dulu lagi saya nasihatkan awak, tetapi awak degil,” kata Ani http://www.cemerlangbm.com/images/bt_true.png


h. Kata sendi nama tentang digunakan untuk menyatakan maksud berkenaan
    dengan hal/perkara yang umum sifatnya. Manakala kata sendi nama
    mengenai pula membawa maksud kena pada sasarannya. Oleh itu, kata sendi
    nama tentang dan mengenai tidak boleh disamakan fungsi dalam sesuatu
    ayat;

    Forum Perdana kali ini membincangkan penghayatan masyarakat mengenai
    cara hidup Islam http://www.cemerlangbm.com/images/bt_false.png

    Farum Perdana kali ini membincangkan penghayatan masyarakat tentang
    cara hidup Islam http://www.cemerlangbm.com/images/bt_true.png


i.  Kata sendi nama pada unsur yang kedua dalam binaan ayat majmuk boleh
    digugurkan secara pilihan dalam penggabungan frasa sendi nama dengan kata
    hubung dan atau atau;

    “Encik hendak bertemu dengan En Tan dengan atau Encik Lin?” tanya
    Hassan http://www.cemerlangbm.com/images/bt_false.png

    “Encin hendak bertemu dengan En Tan atau Encik Lin?” tanya Hassan http://www.cemerlangbm.com/images/bt_true.png


j.  Kata sendi nama pada unsur yang kedua dalam binaan ayat majmuk tidak
    boleh digugurkan kalau kata sendi nama dalam bentuk setara itu adalah ke;

    Pemandu yang mabuk itu dikatakan memandu keretanya ke kiri dan kanan
    bahu jalan sebelum terhumban ke dalam gaung http://www.cemerlangbm.com/images/bt_false.png
    
    Pemandu yang mabuk itu dikatakan memandu keretanya ke kiri dan ke kanan
    bahu jalan sebelum terhumban ke dalam gaung http://www.cemerlangbm.com/images/bt_true.png


k. Kata sendi nama pada unsur yang kedua juga tidak boleh digugurkan kalau
    kata sendi nama dalam bentuk setara itu ialah ke yang tidak menggunakan
    kata hubung;

    Pak Darus tidak diam duduk, jalannya ke hulu hilir sambil berfikir http://www.cemerlangbm.com/images/bt_false.png
    Pak Darus tidak diam duduk, jalannya ke hulu ke hilir sambil berfikir http://www.cemerlangbm.com/images/bt_true.png


l.  Kata sendi nama tentang tidak boleh disamakan fungsinya dengan kata sendi
    nama terhadap. Ini adalah kerana kata sendi nama tentang digunakan untuk
    menyatakan maksud berkenaan hal/perkara yang umum sifatnya, manakal
    terhadap pula digunakan untuk menyatakan maksud rujukan yang
    membabitkan penyambut yang tertentu, sama ada manusia, haiwan atau
    benda;

    Tanggapannya tentang Zakiah selama ini ternyata meleset http://www.cemerlangbm.com/images/bt_false.png
    Tanggapannya terhadap Zakiah selama ini meleset http://www.cemerlangbm.com/images/bt_true.png


m. Elakkan penggunaan kata sendi yang menyalahi fungsinya mengikut konteks
     sesuatu ayat.

     “Tolong berikan bungkusan itu pada Sahul” kata Lim http://www.cemerlangbm.com/images/bt_false.png
     “Tolong berikan bungkusan itu kepada Sahul” kata Lim http://www.cemerlangbm.com/images/bt_true.png

KATA BANTU

a. Dalam tulisan, kata bantu akan tidak buleh dipendekkan menjadi kan  dan
    ditulis serangkai dengan tak.

    Azira yakin bahawa ayah takkan sanggup mengabaikan dia dan ibunya http://www.cemerlangbm.com/images/bt_false.png
    
    Azira yakin bahawa ayah tidak akan sanggup mengabaikan dia dan
    ibunya http://www.cemerlangbm.com/images/bt_true.png


b. Kata bantu sedang  dan perkataan tengah menerangkan bahawa sesuatu
    perbuatan itu terus berlangsung dan belum selesai dilakukan. Walau
    bagaimanapun dalam tulisan, tengah tidak boleh menggantikan penggunaan
    sedang secara sewenang-wenangnya dalam sesuatu ayat;
  
    Mariam tengah sibuk mengemaskan biliknya http://www.cemerlangbm.com/images/bt_false.png
    Mariam sedang sibuk mengemaskan biliknya http://www.cemerlangbm.com/images/bt_true.png


c. Kata bantu  boleh dan dapat tidak boleh digunakan secara sewenang –
    wenangnya. Kata bantu boleh lebih sesuai digunakan untuk maksud yang
    berkaitan dengan keizinan. Manakala dapat  pula lebih sesuai digunakan
    untuk maksud yang berkaitan dengan keupayaan;

    Dahlia tidak boleh menerima kenyataan yang menimpa keluarganya http://www.cemerlangbm.com/images/bt_false.png
    Dahlia tidak dapat menerima kenyataan yang menimpa keluarganya http://www.cemerlangbm.com/images/bt_true.png


d. Kata bantu hendak tidak boleh digunakan dalam ayat tanya;

    “Hendakkah kamu mengikut kami ke tempat perkelahan itu?” tanya Zali http://www.cemerlangbm.com/images/bt_false.png
    “Mahukah kamu mengikut kami ke tempat perkelahan itu?” tanya Zali http://www.cemerlangbm.com/images/bt_true.png


e. Hanya kata bantu mahu  boleh digunakan dalam ayat nafi yang mempunyai
    perkataan tidak atau belum;

    Kalau boleh, Ros tidak hendak melihat mukanya lagi http://www.cemerlangbm.com/images/bt_false.png
    Kalau boleh, Ros tidak mahu melihat mukanya lagi http://www.cemerlangbm.com/images/bt_true.png


f.  Bentuk lemah atau pemendekkan kata bantu hendak, mahu atau sudah, iaitu
    nak, mau atau dah tidak boleh digunakan dalam bahasa tulisan;

    Kami sekeluarga dah lama tinggal di sini http://www.cemerlangbm.com/images/bt_false.png
    Kami sekeluarga sudah lama tinggal di sini http://www.cemerlangbm.com/images/bt_true.png


g. Kata bantu sudah dan telah tidak boleh menggantikan antara satu sama lain
    secara sewenang-wenangnya tetapi mestilah bersesuaian dengan konteks
    ayat.

    Roslan telah ada di tempat kerjanya http://www.cemerlangbm.com/images/bt_false.png
    Roslan sudah ada di tempat kerjanya http://www.cemerlangbm.com/images/bt_true.png

KATA KERJA TAK TRANSITIF (diikuti oleh objek)

a. Imbuhan seperti beR-, teR-, meN-, beR…an tidak boleh ditiadakan dalam
    binaan kata kerja tak transitif;

    Dia suka seloroh dengan saya http://www.cemerlangbm.com/images/bt_false.png
    Dia suka berseloroh dengan saya http://www.cemerlangbm.com/images/bt_true.png


b. Unsur yang menjadi pelengkap kepada kata kerja tak transitif berpelengkap,
    lazimnya adalah terdiri daripada kata kerja, kata adjektif, kata sendi nama,
    dan kata nama atau frasa nama.
  
    Dia tidak datang rumah saya semalam http://www.cemerlangbm.com/images/bt_false.png
    Dia tidak datang ke rumah saya semalam http://www.cemerlangbm.com/images/bt_true.png
    Pasukan hijau akan bertemu pasukan kuning esok http://www.cemerlangbm.com/images/bt_false.png
    Pasukan hijau akan bertemu dengan pasukan kuning esok http://www.cemerlangbm.com/images/bt_true.png


c. Sesetengat kata kerja tak transitif seperti masuk dan naik tidak perlu diikuti
    oleh kata sendi nama dalam binaan kata kerja tersebut, tetapi diikuti langsung
    oleh kata nama bagi menyempurnakan maksudnya;

    Kami bertiga akan masuk ke persatuan itu tidak lama lagi http://www.cemerlangbm.com/images/bt_false.png
    Kami bertiga akan masuk persatuan itu tidak lama lagi http://www.cemerlangbm.com/images/bt_true.png


d. Kata kerja tak transitif berpelengkap yang berapitan beR-…-kan mesti diikuti
    oleh kata nama atau frasa nama sebagai pelengkap dan bukannya kata sendi
    nama. Ini adalah kerana akhiran –kan pada apitan beR-…-kan merupakan
    kependekan kata sendi nama akan , serta juga mewakili kata sendi nama
    yang lain seperti tentang, dengan dan pada;

    “Pemilihan ketua kampung, biarlah berdasarkan pada sifat kepimpinan,” kata
    datuk http://www.cemerlangbm.com/images/bt_false.png

    “Pemilihan ketua kampung, biarlah berdasarkan sifat kepimpinan,” kata
    datuk http://www.cemerlangbm.com/images/bt_true.png


e. Proses penggandaan kata kerja tak transitif yang membawa maksud
    perbuatan yang dilakukan secara berulang-ulang atau berpanjangan tidak
    perlu disertai oleh kata ganda berimbuhan tertentu yang menunjukkan maksud
    berulang-ulang, berpanjangan, bersungguh-sungguh atau saling;

    Penyelam itu berhempas-pulas dengan bersungguh-singguh
    menyelamatkan diri daripada serangan jerung http://www.cemerlangbm.com/images/bt_false.png

    Penyelan itu berhempas-pulas menyelamatkan diri daripada serangan
    jerung http://www.cemerlangbm.com/images/bt_true.png

KATA KERJA TRANSITIF

a. Bagi kata kerja transitif, iaitu makan dan minum yang menerima unsur objek
    berupa bentuk singkat – nya, awalan meN- perlulah digunakan;

    “Kami sekeluarga suka makannya.” beritahuku kepada Pak Man http://www.cemerlangbm.com/images/bt_false.png
    “Kami sekeluarga suka memakannya.” beritahuku kepada Pak Man http://www.cemerlangbm.com/images/bt_true.png


b. Imbuhan seperti meN-, mempeR-, meN-…-I tidak boleh digugurkan dalam
    penggunaan ayat aktif;
   
    Pelajar-pelajar yang langgar disiplin sekolah itu didenda oleh pengetua http://www.cemerlangbm.com/images/bt_false.png
    Pelajar-pelajar yang melanggar disiplin sekolah itu didenda oleh pengetua http://www.cemerlangbm.com/images/bt_true.png
       

c. Kata kerja transitif mesti diikuti oleh frasa nama atau kata nama sebagai
    objek. Oleh itu kata selaian daripada kata nama tidak boleh hadir selepas kata
    kerja tersebut;

    Pak Sudin berhasrat untuk membesarkan lagi rumah pusaka itu http://www.cemerlangbm.com/images/bt_false.png
    Pak Sudin berhasrat untuk membesarkan rumah pusaka itu http://www.cemerlangbm.com/images/bt_true.png


d. Hanya kata hubung bahawa yang boleh hadir selepas kata kerja transitif dalam
    binaan ayat majmuk aktif;

    Dia mengatakan dia tidak dapat menghadiri mesyuarat di Pulau Langkawi http://www.cemerlangbm.com/images/bt_false.png
    
    Dia mengatakan bahawa dia tidak dapat menghadiri mesyuarat di Pulau
    Langkawi http://www.cemerlangbm.com/images/bt_true.png


e. Hanya kata kerja transitif mencuba dan membantu boleh hadir sebelum kata
    kerja transitif yang lain dalam binaan ayat aktif;

    Manisah ingin sekali cuba memakai baju baru yang ditempahnya minggu
    lalu http://www.cemerlangbm.com/images/bt_false.png
    
    Manisah ingin sekali mencuba memakai baju baru yang ditempahnya minggu
    lalu http://www.cemerlangbm.com/images/bt_true.png


f.  Perbezaan antara apitan meN-…-kan dengan meN-…-I merujuk kepada satu
    objek.

    - Apabila objek yang mengalami tindak balas hasil sesuatu perbuatan maka
      apitan meN-…-kan digunakan.
    - Apabila subjek yang bertindak balas ke atas sesuatu apitan meN-…-kan
      digunakan.

    Dalam acara itu Ahmad telah mendahulukan peserta-peserta lain http://www.cemerlangbm.com/images/bt_false.png
    Dalam acara itu Ahmad telah mendahului peserta-peserta lain http://www.cemerlangbm.com/images/bt_true.png


g. Kata kerja berapitan meN-…-kan menunjukkan maksud bahawa objek
    mengalami tindakbalas akibat perbuatan iaitu mengalami perpindahan;

    - Kata kerja berapitan meN-…-kan hanya boleh menerima satu objek sahaja
      selepasnya.

    Mak Temah membungkusi Roslinda nasi lemak http://www.cemerlangbm.com/images/bt_false.png
    Mak Temah membungkuskan nasi lemak untuk Roslinda http://www.cemerlangbm.com/images/bt_true.png


h. Kata kerja apitan meN-…I menunjukkan bahawa objek yang dikenai perbuatan
    tidak mengalami tindakbalas, iaitu berada pada satu tempat sahaja (subjek);

    - Kata kerja berapitan meN-…I boleh menerima dua objek berturutan.

    Mak Temah membungkuskan nasi lemak untuk Roslinda http://www.cemerlangbm.com/images/bt_false.png
    Mak Temah membungkusi Roslinda nasi lemak http://www.cemerlangbm.com/images/bt_true.png


i.  Perbezaan antara apitan meN-…-kan dengan meN-…-I merujuk kepada dua
    objek;
    
    - Apitan meN-…-I menerima objek tepat yang bernyawa selepasnya.
    - Apitan meN-…-kan akan menerima objek tepat yang tidak bernyawa
      selepasnya.

    Tuan hakim menjatuhi hukuman mandatori keatas pengedar dadah itu http://www.cemerlangbm.com/images/bt_false.png

    Tuan hakim menjatuhkan hukuman mandatori ke atas pengedar dadah
    itu http://www.cemerlangbm.com/images/bt_true.png

j.  Perbezaan antara meN- dengan meN-…-kan merujuk kepada dua objek;
   
    - Perbuatan yang dilakukan menyatakan fikiran atau perasaan dengan tulisan,
      kata kerja transitif berawalan meN- hanya menerima satu objek selepasnya.
    - Perbuatan menulis untuk seseorang, kata kerja transitif berapitan meN-…-
      kan boleh menerima dua objek berturutan, iaitu objek tepat diikuti oleh
      objek sipi.

      Suhaili melukiskan pemandangan pada waktu senja di tepi pantai http://www.cemerlangbm.com/images/bt_false.png
      Suhaili melukis pemandanganpada waktu senja di tepi pantai http://www.cemerlangbm.com/images/bt_true.png

 KATA HUBUNG GABUNGAN

a. Kata hubung atau tidak boleh saling bertukar fungsi dengan ataupun. Ini adalah
    kerana kata hubung ataupun hanya boleh hadir dalam konteks berpasangan;

    “Dia ataupun saya yang cikgu ingin jumpa?” tanya Amiza http://www.cemerlangbm.com/images/bt_false.png
    “Dia atau saya yang cikgu ingin jumpa?” tanya Amiza http://www.cemerlangbm.com/images/bt_true.png


b. Kata hubung melainkan mempunyai dua maksud, iaitu kecuali dan
    sebaliknya. Dalam konteks ayat kadang-kadang ketiga-tiga kata tidak boleh
    bertukar ganti;
   
    Pertuturan baku boleh digunakan dalam situasi rasmi, kecuali pertuturan
    pasar digunakan dalam urusan tidak rasmi http://www.cemerlangbm.com/images/bt_false.png

    Pertuturan baku boleh digunakan dalam situasi rasmi, sebaliknya/melainkan
    pertuturan pasar digunakan dalam urusan tidak rasmi http://www.cemerlangbm.com/images/bt_true.png
       

c. Kata hubung tetapi yang digunakan untuk menunjukkan dua perkara yang
    berlainan tidak boleh dipendekkan menjadi tapi dalam tulisan rasmi;

     Hasimah bijak belajar tapi dia malas mengulang kaji pelajarannya http://www.cemerlangbm.com/images/bt_false.png
     Hasimah bijak belajar tetapi dia malas mengulang kaji pelajarannya http://www.cemerlangbm.com/images/bt_true.png


d. Kata hubung padahal, sedangkan atau walhal digunakan untuk menyatakan
    dua keadaan yang berlainan. Kata hubung manakala pula menunjukkan dua
    keadaan yang berlainan. Kata hubung manakala dan sedangkan dalam
    sesetengah ayat dapat digunakan secara bertukar ganti dan dalam
    sesetengah ayat pula tidak boleh menggantikan fungsi antara satu sama lain;

    Remy seorang yang lembab, manakala dia daripada kalangan keluarga yang
    berpelajaran http://www.cemerlangbm.com/images/bt_false.png

    Remy seorang yang lembab, sedangkan/walhal/padahal dia daripada
    kalangan keluarga yang berpelajaran http://www.cemerlangbm.com/images/bt_true.png


e. Kata hubung kemudian digunakan untuk menunjukkan selepas sesuatu waktu. 
    Kata hubung ini tidak boleh digunakan silih bertukar dengan kata hubung
    setelah, sesudah dan lalu.

    Mula-mula Faiz mendahului larian itu, setelah dipintasi Erwan http://www.cemerlangbm.com/images/bt_false.png
    Mula-mula Faiz mendahului larian itu, kemudian dipintasi Erwan http://www.cemerlangbm.com/images/bt_true.png

 KATA HUBUNG PANCANGAN

a. Kata hubung apabila yang menunjukkan sesuatu waktu boleh saling bertukar
    dengan ketika, sewaktu, atau semasa. Tetapi kata hubung apabila tidak boleh
    menggantikan kata tanya bila dalam sesuatu ayat.

    Bila bertemu, kami jarang bertegur sapa 
    Apabila bertemu, kami jarang bertegur sapa 


b. Kata hubung kerana tidak boleh hadir selepas kata sendi nama oleh
    menjadikannya oleh kerana. Ini ada lah kerana kata sendi nama hanya
    menerima kelas kata nama sahaja selepasnya. Oleh itu oleh sebab digunakan
    untuk menunjukkan sebab/punca bukan oleh kerana;
   
    Oleh kerana tidak berduit dia tidur di kaki lima bangunan 
    Oleh sebab tidak berduit dia tidur di kaki lima 
       

c. Kata hubung hingga, sehingga, hinggakan, sehinggakan atau sampai boleh
    saling bertukar ganti penggunaannya dalam sesuatu ayat bagi menunjukkan
    had atau kadar. Kata hubung hingga/sampai tidak memerlukan kata sendi ke
    selepasnya dalam ayat;

    Suara bayi itu menangis kedenganran hingga ke rumah saya 
    Suara bayi itu menangis kedengaran hingga rumah saya 


d. Kata hubung komplemen bahawa digunakan untuk membentuk klausa yang
    bertugas pancangan relatif. Kata hubung pancangan relatif yang tidak boleh
    berfungsi sebagai komplemen selepas kata kerja transitif atau kata adjektif
    dan sebelum kata nama;

    Dia menerangkan yang murid yang sakit itu telah dimasukkan
    ke hospital 
    
    Dia menerangkan bahawa murid yang sakit itu telah dimasukkan
    ke hospital 


e. Penggunaan kata hubung pancangan relatif yang  digunakan untuk membentuk
    frasa penerang kata nama atau frasa nama. Ini kerana tanpa penggunaan
    yang, ayat menjadi tidak gramatis. Penggunaan yang juga secara tidak
    langsung boleh bertindak sebagai penanda nama baik dalam ayat jenis
    penyata atau ayat tanya songsang;

    Baju biru itu kepunyaan Arbaiyah 
    Baju yang biru itu kepunyaan Arbaiyah 

KATA HUBUNG BERPASANGAN

a. Kata hubung berpasangan baik…mahupun dan baik…ataupun boleh saling  
    bertukar ganti dalam suatu ayat. Tetapi kata hubung berpasangan ini tidak
    boleh dikelirukan dengan penggunaan kata hubung berpasangan sama ada…
    atau dan adakah…atau yang digunakan untuk menyatakan kemungkinan
    pemilihan antara dua sasaran;

    “Sama ada atau ataupun dia, sama sahaja perangainya,” kata Cikgu Ani 
    “Baik awak mahupun dia, sma sahaja perangainya,” Kata Cikgu Ani 


b. Kata hubung berpasangan semakin…semakin, kian…kian atau makin…
    makin membawa maksud perbandingan atau persamaan dan keadaan yang
    diwakili oleh sesuatu atas alasan untuk menggayakan penggunaan
    penggunaan bahasa;
   
    Makin banyak yang anda pelajari, kian banyak yang tidak anda ketahui
    tentangnya 

    Semakin banyak yang anda pelajari, semakin banyak yang tidak anda
    ketahui tentangnya 
       

c. Kata hubung berpasangan daripada…lebih baik digunakan untuk
    membandingkan suatu bahagian dengan suatu bahagian yang lain dalam
    suatu ayat. Memandangkan kata hubung ini lebih merujuk perbandingan,
    maka kata hubung berpasangan dari…lebih baik tidak boleh menggantikannya
    kerana daripada dalam konteks kata sendi untuk menunjukkan perbandingan;

    Dari awak melangut di situ, lebih baik awak tolong saya 
    Daripada awak melangut di situ, lebih baik awak tolong saya 


d. Kata hubung berpasangan jangankan…pun atau usahkan…pun digunakan 
    untuk mengaitkan dua bahagian penafian. Kata hubung berpasangan ini tidak
    boleh disingkatkan jangan…pun atau usah…pun;

    Jangan hendak merawat pokok-pokok bunga itu, hendak menanamnya pun
    saya tidak berminat 

    Jangankan hendak merawat pokok-pokok bunga itu, hendak menanamnya
    pun saya tidak berminat 

AWALAN meN-, APITAN meN-…-kan, meN-…i, mempeR-…-kan, mempeR-…i, dan AKHIRAN  –kan dan –i.


a. Imbuhan pembentuk kata kerja transitif seperti meN-…-kan, meN-…-i,
    mempeR-…-kan, mempeR-…-I mesti diikuti oleh kata nama/ frasa nama
    selepasnya sebagai unsur objek/penyambut;

    Pembahas pertama mengemukakan dalam perbahasan itu hujah-hujah
    yang bernas 

    Pembahas pertama mengemukakan hujah-hujah yang bernas dalam
    perbahasan itu 


b. Imbuhan kata kerja transitif mempeR- berkata dasar kata adjektif tidak boleh
    disertai akhiran –kan kerana memberikan maksud yang lewah;
   
    Dia mempercepatkan kayuhannya agar cepat sampai ke sekolah 
    Dia mempercepat kayuhannya agar cepat sampai ke sekolah 
       

c. Imbuhan kata kerja transitif memperoleh tidak memerlukan akhiran –i
    selepasnya;

    Pak Saman memperolehi pendapatan yang agak lumayan hasil daripada
    penjualan kelapa kering 

    Pak Saman memperoleh pendapatan yang agak lumayan hasil daripada
    penjualan kelapa kering 


d. Oleh sebab kata dasar had dan khas terbina daripada satu suku kata, maka
    apitan yang sesuai adalah menge-…-kan, bukannya meng-…-kan;

    Zarul menghadkan pengambilan makanannya  untuk  mengelakkan diri  
    daripada kegemukan 

    Zarul    mengehadkan   pengambilan   makanannya   untuk   mengelakkan   
    diri daripada kegemukan 


e. Huruf P bagi imbuhan mempeR-, mempeR-…-kan atau mempeR-…-I tidak
    boleh digugurkan seperti konsep awalan meN- apabila bertemu dengan huruf
    awal tertentu pada suatu kata dasar;

    Kami telah lama memelajari perkara ini di sekolah 
    Kami telah lama mempelajari perkara ini di sekolah 


f.  Terdapat juga imbuhan awalan meN- yang berbentuk kata kerja tak transitif.
    Kata kerja ini dibezakan dengan kata kerja berawalan meN- ( transitif ) kerana
    tidak mempunyai objek selepasnya.

    Pengetahuannya semakin mendalam bidang perubatan 
    Pengetahuannya semakin mendalam dalam bidang perubatan 


g. Dalam penggunaan meN-…-kan, meN-…-i, mempeR-…-kan atau
    mempeR-…-i, penggunaan kamus dapat membantu penguasaan tentang
    makna agar tidak mengelirukan;

    Azlan menyerah wang RM10 kepada saya 
    Azlan menyerahkan wang RM10 kepada saya 
    Azlan menyerahi saya wang RM10 kepada saya 


h. Dalam keadaan ayat pasif diri pertama dan kedua sahaja akhiran –kan atau –i
    digunakan. Akhiran –kan dan –I tidak boleh digunakan dalam struktur ayat
    aktif;

    Mereka perbudakkan kami selama ini 
    Mereka memperbudakkan kami selama ini 
    Kami diperbudakkan oleh mereka selama ini 


i.  Penggunaan imbuhan yang tidak menepati konteks ayat;
   
    Setelah hari petang, Arjit mengumpulkan semua kambingnya 
    Setelah hari petang, Arjit mengandangkan semua kambingnya 

 PENGIMBUHAN peN-, peR-, peN-..-an, dan akhiran –an


a. Kesalahan memberikan pengimbuhan yang sesuai pada kata dasar;

    Krew-krew yang terlibat dalam pengambaran itu adalah diimport dari luar
    negara 
    
    Krew-krew yang terlibat dalam penggambaran itu adalah diimport dari luar
    negara 


b. Kesalahan penggunaan perkataan berimbuhan yang menyalahi konteks ayat;
   
    Kerja-kerja pedalaman sungai akan disiapkan secepat mungkin 
    Kerja-kerja pendalaman sungai akan disiapkan secepat mungkin 

KESALAHAM UMUM FRASA NAMA


a. Kesalahan hukum D-M
   
    - Hukum D-M ialah hukum tentang cara kata-kata disusun supaya frasa
      nama dapat dibentuk.
    - D bermaksud unsur/perkara yang diterangkan atau subjek ayat.
    - M bermaksud unnsur/perkara yang menerangkan atau predikat ayat
    - Suatu frasa nama unsur D mestilah mendahului M kecuali nama-nama
      jawatan.

      Ah Seng restoran terletak di persimpangan Jalan Melati 
      Restoran Ah Seng terletak di persimpangan Jalan Melati 


b. Kesalahan dari segi bentuk jamak;

    - Kata nama/frasa nama tidak boleh mengikut kata bilangan yang membawa
      maksud banyak
     
      Beberapa masalah-masalah berkaitan remaja perlu ditangani segera 
      Beberapa masalah berkaitan remaja perlu ditangani segera 


    - Kata nama/ frasa nama tidak perlu digandakan menjadi penggandaan
      berentak/kata nama ganda berentak yang membawa maksud jamak tidak
      boleh hadir selepas kata bilangan tak tentu.
     
      Di daerah ini banyak bukit-bukau 
      Di daerah ini banyak bukit 

    
    - Kata nama am/frasa nama am yang mendukung maksud jamak tidak perlu
      diulang.
     
      Generasi-generasi muda hari ini semakin goyah keimanannya 
      Generasi muda hari ini semakin goyah keimanannya 


    - Kata nama/ frasa nama yang didahului oleh kata bilangan yang membawa
      makna/ kumpulan tidak perlu diulang atau digandakan.

      Kaum petani-petani itu sedang mengerjakan tanah 
      Kaum petani itu sedang mengerjakan tanah 


    - Kata nama majmuk yang membawa maksud jamak tidak perlu diulang sama
      ada sebahagian atau keseluruhannya.

      Sultan Mansur Shah suka mendampingi alim-alim ulama 
      Sultan Mansur Shah suka mendampingi alim ulama 


    - Kata ganti nama diri ketiga iaitu mereka tidak boleh diulang kerana sudah
      membawa maksud jamak.
    
      Mereka-mereka itu ialah kawan saya 
      Mereka itu ialah kawan saya 


    - Kata nama di bahagian subjek tidak perlu diulang jika unsur predikatnya
      terbina daripada kata adjektif yang digandakan atau sebaliknya.

      Baju-baju itu cantik-cantik belaka 
      Baju-baju itu cantik belaka 
      Baju itu cantik-cantik belaka 

KESALAHAN FRASA ADJEKTIF YANG TERBINA DARIPADA KATA ADJEKTIF DASAR


a. Kata adjektif yang bersifat emotif ( pernyataan perasaan ) tidak boleh
    menerima akhiran -an.
   
    Samad masih sayangkan isterinya 
    Samad masih sayang akan isterinya 


b. Frasa adjektif yang hendak diperluaskan tidak boleh melenyapkan kata sendi
    antara frasa adjektif yang bersifat emotif dengan frasa nama.
     
    Saya amat minat seniman agung P. Ramlee 
    Saya amat minat akan seniman agung P. Ramlee 


c. Dua unsur penguat tidak boleh hadir di depan atau di belakang kata adjektif
    serentak.
  
    Amat miskin benar kehidupan kami sekarang 
    Miskin benar kehidupan kami sekarang 


d. Walau bagaimanapun, dua unsur penguat yang tertentu boleh hadir berderetan
    sebelum kata adjektif.

    Makanan itu amat lazat sungguh 
    Makanan itu sungguh amat lazat 


e. Kata penguat maha merupakan awalan pinjaman bahasa Sanskrit yang
    membawa maksud amat atau sangat. Kata penguat maha tidak boleh
    berfungsi seperti mana amat atau sangat yang boleh hadir sebelum atau
    sesudah kata adjektif. Sebaliknya kata penguat maha hanya boleh hadir
    sebelum kata adjektif dan ditulis berasingan dengan kata adjektif tidak seperti
    mana fungsinya sebagai imbuhan awalan pinjaman yang ditulis secara
    bercantum dengan kata dasar.

    Mahaluas bumi ciptaan Tuhan ini 
    Maha luas bumi ciptaan Tuhan ini 


f. Kata nafi bukan tidak boleh mendahului kata adjektif melainkan frasa adjektif
   tersebut mengandungi dua maklumat yang bertentangan.

    Dia bukan pendek 
    Dia tidak pendek 


g. Kata kuat kurang tidak boleh digunakan untuk menegaskan kata adjektif yang
    mempunyai ciri negatif.
    
    Keadaannya kurang teruk sejak semalam 
    Keadaannya kurang baik sejak semalam 

 KESALAHAN FRASA ADJEKTIF YANG TERBINA DARIPADA KATA ADJEKTIFTERBITAN


a. Kata adjektif yang berawalan teR- yang mendokong maksud kata penguat
    tidak boleh hadir secara langsung sebagai predikat kepada subjek ayat (Frasa
    Nama). Kata adjektif tersebut perlulah diawali oleh partikel -lah atau kata
    sandang yang pada frasa namanya.
   
    Dia terpandai di dalam kelasnya 
    Dialah yang terpandai di dalam kelasnya 
    Dialah terpandai di dalam kelasnya 
    Dia yang terpandai di dalam kelasnya 
    Dia paling pandai di dalam kelasnya 
    Dia  amat pandai di dalam kelasnya 
    Dia sungguh pandai di dalam kelasnya 


b. Kata adjektif yang berawalan teR- yang bermaksud paling tidak perlu
    ditegaskan lagi dengan kata penguat.

    Dialah pelajar yang mendapat tempat terakhir sekali di dalam kelasnya 
    Dialah pelajar yang mendapat tempat terakhir di dalam kelasnya 


c. Tetapi terdapat juga kata adjektif yang berawalan teR- yang boleh didahului
    oleh kata penguat paling. Kata adjektif itu dikenali sebagai kata adjektif yang
    membawa maksud darjah biasa.
  
    Beliau tokoh yang paling terkenal di kawasan itu 
    Beliau tokoh yang terkenal di kawasan itu 


d. Kata adjektif yang berawalan se- yang membawa maksud sama dengan tidak
    perlu diikut oleh kata sendi nama dengan selepasnya.

    Kehebatannya  setanding dengan  pemain import itu 
    Kehebatannya  setanding pemain import itu 
    Kehebatannya sama tanding dengan pemain import itu 


e. Kata adjektif berapitan ke-…-an yang membawa maksud memiliki sifat seperti
    tidak perlu lagi diikuti oleh kata sendi nama seperti sebelumnya.

    Perangainya seperti keanak-anakan sahaja 
    Perangainya seperti anak-anak sahaja 


f.  Kata adjektif yang berapitan ke-…-an yang membawa maksud seakan-akan/
    agak tidak perlu lagi diikuti oleh kata sendi nama seperti sebelumnya.

    Warna kainnya agak kekuning-kuningan 
    Warna kainnya kekuning-kuningan 
    Warna kainnya agak kuning-kuningan 


g. Kata ganda berirama yang mendukung maksud sangat/paling  untuk sesuatu
    kata adjektif, tidak perlu lagi disertai kata penguat sebelumnya.
    
    Majlis kenduri itu sangat hiruk-pikuk dengan suara saudara-mara 
    Majlis kenduri itu hiruk-pikuk dengan suara saudara-mara 

 KESALAHAM UMUM AYAT MAJMUK GABUNGAN


a. Kata hubung seperti lalu, dan, lagi, serta dan sambil berfungsi
    menggabungkan ayat-ayat tunggal yang susunannya berurutan. Manakala
    kata hubung seperti sebaliknya, tetapi, kecuali dan malahan berfungsi
    menggabungkan ayat-ayat tunggal yang susunannya membawa maksud
    pertentangan dua maklumat.
   
    Faezah diam dan bijak berpidato 
    Faezah diam tetapi bijak berpidato 
    

b. Kata sendi dengan tidak boleh disamakan fungsinya dengan kata hubung
    sambil atau serta.
     
    Dia berbaring dengan membaca majalah itu 
    Dia berbaring sambil membaca majalah itu 


c. Jika predikat dalam ayat tunggal terbina daripada frasa sendu nama, maka
    kata sendi yang menjadi kata inti frasa tersebut tidak boleh digugurkan.
  
    Dia ke sekolah atau tempat lain 
    Dia ke sekolah atau ke tempat lain 


d. Kata nafi bukan hanya boleh berpasangan dengan kata hubung yang
    membawa maksud pertentangan.

    Bukan dia yang melakukannya malahan dia dituduh 
    Bukan dia yang melakukannya tetapi dia dituduh 


e. Kata hubung sama ada hanya boleh berpasangan dengan kata hubung atau
    dalam ayat majmuk gabungan.

     Sama ada itu kepunyaannya dan adiknya, saya kurang pasti 
     Sama ada itu kepunyaannya atau adiknya, saya kurang pasti 

 KESALAHAM UMUM AYAT MAJMUK PANCANGAN


a. Kesalahan menggunakan kata hubung pancangan seperti bahawa, agar,
    kerana dan sebagainya.
   
    Dia menyatakan yang dia datang lambat hari ini 
    Dia mengatakan bahawa dia datang lambat hari ini 
    

b. Menggunakan kata hubung pancangan secara sewenang-wenangnya dalam
    ayat.
     
    Dia yakin dia akan berjaya 
    Dia yakin bahawa dia akan berjaya 


c. Kehadiran kata hubung pancangan yang tidak tepat kedudukannya dalam
    ayat, menjadikan struktur ayat tersebut salah.
  
    Kereta itu yang berwarna merah terbiar di tepi jalan 
    Kereta yang berwarna merah itu terbiar di tepi jalan 

KESALAHAM UMUM FRASA KERJA TRANSITIF AKTIF


a. Kata lain tidak boleh hadir selepas kata kerja transitif aktif kecuali kata/frasa
    nama.
   
    Dia menasihati akan rakan-rakannya 
    Dia menasihati rakan-rakannya 
    

b. Kata hubung klain atau kata hubung sandang yang tidak boleh hadir kecuali
    kata hubung komplemen bahawa selepas kata kerja pembentuk ayat majmuk
    pancangan komplemen.
     
    Mereka mengatakan yang Atan kemalangan semalam 
    Mereka mengatakan bahawa Atan kemalangan semalam 


c. Frasa kerja transitif aktif tidak menerima kata nafi bukan sebagai penerang
    kepada frasa kerja tersebut.
   
    Dia bukan menonton filem tadi 
    Dia tidak menonton filem tadi 


d. Walau bagaimanapun, kata nafi bukan boleh hadir sebagai penerang Frasa
    kerja transitif aktif jika terdapat maklumat yang bertentangan.

    Dia bukan membaca buku ataupun menulis nota 
    Dia bukan membaca buku tetapi menulis nota 

KESALAHAM UMUM FRASA KERJA TAK TRANSITIF AKTIF


a. Kata kerja tak transitif aktif berapitan beR-…-kan tidak boleh disisipkan kata
    lain selepas kata nama/frasa nama selepasnya.
   
    Penahanannya berdasarkan pada bukti yang kukuh 
    Penahanannya berdasarkan bukti yang kukuh 
     

b. Kata kerja tak transitif aktif selain kata kerja berapitan beR-…-kan atau kata
    kerja menjadi mesti disisipkan dengan kata sendi apabila hendak meluaskan
    frasa tersebut ataupun menerima kata adjektif selepasnya.
     
    Ahmad bermain-main adiknya 
    Ahmad bermain-main dengan adiknya 


c. Walau bagaimanapun kata nafi bukan boleh hadir sebagai penerang frasa
    kerja tak transitif jika terdapat maklumat yang bertentangan.
   
    Mereka bukan bersedih ataupun bergembira 
    Mereka bukan bersedih tetapi bergembira 

KESALAHAM UMUM FRASA KERJA PASIF DIRI PERTAMA DAN KEDUA


a. Memasukkan kata lain antara kata ganti nama diri dengan kata kerja pasif.
   
    Saya hendak meminjamkan buku ini kepada Ramu 
    Buku ini saya hendak pinjamkan kepada Ramu 
    Buku ini hendak saya pinjamkan kepada Ramu 
     

b. Frasa kerja pasif diri pertama tidak boleh menerima awalan di- atau ter- dan
    oleh
     
     Jam itu dirosakkan oleh saya 
     Jam itu saya rosakkan 


c. Kata nafi bukan tidak boleh digunakan dalam binaan frasa kerja pasif diri
    pertama dan kedua.
   
    Kerosakan itu bukan saya lakukan 
    Kerosakan itu tidak saya lakukan 


d. Kata nafi bukan hanya boleh digunakan apabila terdapat dua maklumat yang
    bertentangan.
    
    Hadiah itu bukan saya belikan malahan dia 
    Hadiah itu bukan saya belikan tetapi dia 


e. Kata sandang nya tidak boleh hadir selepas kata kerja pasif diri
    pertama/kedua.

    Pensel itu telah saya pulangkannya semalam 
    Pensel itu telah saya pulangkan semalam 


f.  Kata kerja pasif diri ketiga boleh diikuti kata sendi oleh secara pilihan

    Kumari membeli sayur-sayuran di pasar
    Sayur-sayuran dibeli oleh Kumari di pasar
    Sayur-sayuran dibeli Kumari di pasar

KESALAHAM UMUM FRASA KERJA PASIF DIRI KETIGA


a. Merangkaikan kata ganti nama diri ketiga dengan kata kerja pasif yang
    mengalami pengguguran awalan meN- dalam proses pemasifan kata kerja aktif
    transitif.
    
    Emak memasak bubur nasi
   
    Bubur nasi emak masak 
    Bubur nasi dimasak oleh emak      


b. Frasa kerja pasif diri ketiga tidak menerima kata nafi bukan sebelumnya.

    Ibunya bukan menguliti anaknya hingga tertidur
     
    Anaknya bukan diuliti oleh ibunya hingga tertidur 
    Anaknya tidak diuliti oleh ibunya hingga tertidur 


c. Kata nafi bukan boleh digunakan apabila terdapat dua maklumat yang
    bertentangan.
   
    Pokok sena itu bukan dicantas atau dipotong oleh sesiapa pun 
    Pokok sena itu tidak dicantas atau dipotong oleh sesiapa pun