16 September 2013

ANTOLOGI HARGA REMAJA

IBU DAN  CEPER

Tema : Tentang alam sekitar yang mempunyai kaitan dengan ragam kehidupan masyarakat kampung.

Peristiwa
Nilai
Persoalan
Pengajaran
Perwatakan

1.Peristiwa aku yang mencintai dan menyayangiSungai Ceper sama seperti aku mencintai dan menyayangi ibunya.

Kasih sayang.

a.Kasih sayangseorang anak kepada ibunya.
b.Menyayangi alam sekitar.

a.Kita hendaklahmenyayangi ibu yang banyak berjasa kepda kita supaya hidup akan lebih diberkati.

b.Kita hendaklahmenyayangialam sekitar kerana alam sekitar banyak memberi kebaikan kepada kita.

Aku seorang yang penyayang iaitu menyayangi ibunya dan alam sekitar.

2.Peristiwa ibu yang sentiasarajin bekerja mengusahakan sawah padi.

Kerajinan.

Kerajinansemasa melakukan kerja bagi menyara kehidupan.

Kita mestilahrajin melakukan kerja supaya kita mendapat hasil yang banyak.

Ibu rajinberusaha untuk mendapatkan rezeki bagi menyara keluarga.

3.Peristiwa ibu yang pergibergotong-royong dan menziarahi jenazah bersama-sama keluarga.

Semangat bermasyarakat.

Semangat bermasyarakatdalam sesebuah kampung.

Kita hendaklah mengamalkannilai semangat bermasyarakatdalam kehidupan seharian.

Ibu seorang yang mengamalkansikap semangatbermasyarakat seperti bergotong-royong di tempat kenduri.

4.Ibu bersusah payah menimba air telaga yang dalam ketika kemarau untuk kegunaan seharian.

Ketabahan.

Ketabahandalam menghadapi dugaan hidup seperti kemarau.

Kita hendaklahtabahmenghadapi kehidupan yang penuh dengan dugaan dan masalah.

Ibu seorang yang tabahmenghadapi musim kemarau yang berpanjangan.


MEMORI SEORANG TUA

Tema : Semangat patriotik. Cerpen ini memaparkan kehidupan Pak Itam yang bercita-cita untuk berkongsi pengalaman hidup sebagai pejuang bangsa dan negara, namun hasratnya tidak tercapai kerana sikap segelintir masyarakat yang tidak menghargai jasa Pak Itam.

Peristiwa
Nilai
Persoalan
Pengajaran
Perwatakan

1.Peristiwa Pak Itam rajinmembaca akhbar dan majalah serta memotong keratan yang penting baginya.

Kerajinan.

Sikap rajinmembaca untuk mendapatkan ilmu pengetahuan.

Kita hendaklahrajin membaca supaya kita menjadi orang yang berilmu.

Pak Itam rajinmembaca akhbar dan majalah untuk menambahkan pengetahuan.

2.Peristiwa Pak Itam menentang penjajah dan sebahagian besar hidup Pak Itam dihabiskan di dalam penjara.
Semangat patriotisme / cinta akan negara.
Semangat patriotisme iaitu menentang pihak penjajah.
Kita hendaklah mempunyaisemangat patriotisme agar negara kita tidak dijajah.
Pak Itam mempunyaisemangat patriotisme yang tinggi dan bertindak menentang penjajah.

2.Pak Itam menatap majalah Mastika lama yang memuatkan cerita bekas isterinya dan sehingga kini Pak Itam masih lagi menyayangibekas isterinya.

Kasih sayang.

Kasih sayangseorang suami kepada isterinya.

Kita hendaklahmenyayangipasangan hidup kita dengan sepenuh hati untuk mengekalkan kebahagiaan.

Pak Itam amatmenyayangiisterinya. Dia terus menyayangi isterinya walaupun mereka telah lama berpisah.

3.Tuk Mat dan keluarganyabaik hatimembantu Pak Itam dalam urusan seharian.

Baik hati.

Baik hatiterhadap orang lain terutama kepada orang tua.

Kita hendaklah mengamalkansikap baik hatikepada orang tua kerana itu adalah amalan terpuji.

Tuk Mat seorang yang baik hatikerana telah membantu Pak Itam dalam ursan seharian.

4 .Kehadiran Tuk Mat dan penduduk kampung ke rumah Pak Itam bagibekerjasamamembuat persiapan untuk majlis sambutan hari lahir Pak Itam.

Bekerjasama.

Sikap bekerjasamayang masih wujud dalam masyarakat kampung.

Kita hendaklah mengamalkansikap bekerjasamadalam kehidupan seharian untuk mendapatkan hasil yang lebih baik.

Tuk Mat sentiasa memberikankerjasama yang baik kepada Pak Itam dalam menjayakan majlis sambutan hari lahirnya.


 ISRAK
 Tema : Persoalan jati diri watak utama yang kian terhakis.

Peristiwa
Nilai
Persoalan
Pengajaran
Perwatakan

1.Peristiwa Adam, Siti Hawa dan anak-anaknya pulang ke kampung untuk menemui ibu Adam yang disayangi oleh mereka.

Kasih sayang.

Kasih sayanganak dengan ibu.

Kita hendaklah sentiasa bersikap penyayang dan mengekalkan kebahagiaan keluarga kerana keluarga bahagia akan mewujudkan keharmonian hidup.

Wah seorang nenek yangpenyayangterhadap Adam sekeluarga.

2.Wah selaku nenek menasihatiIsrak dan Mikraj agar tidak bergaduh dan perlu berbaik-baik untuk kebahagiaan keluarga.

Nasihat-menasihati.

Nasihat-menasihati untuk kebahagiaan keluarga.

Kita hendaklahnasihat-menasihati antara ahli keluarga untuk kebahagiaan keluarga.

Wah seorang nenek yang sukamemberi nasihatkepada cucu-cucunya.

3.Wah dan Lebai Saleh berjaya mempertahankanrumah yang didiami Wah daripada dibeli oleh Majlis Daerah. 

Mempertahankan hak.

Bersungguh-sungguh dalammempertahankan hak keluarga.

Kita hendaklahbersungguh-sungguh dalam mempertahankan hak keluargaagar dapat diwarisi anak-anak.

Wah seorang yangbersungguh-sungguh dalam mempertahankan hak agar rumah yang didiami tidak dijual kepada Majlis Daerah.








PEMAIN CATUR

Tema : Perbalahan dan perpecahan ahli keluarga yang disebabkan oleh sikap tidak mahu mengalah dalam permainan catur antara adik-beradik.

Peristiwa
Nilai
Persoalan
Pengajaran
Perwatakan

1.
KesungguhanUj menggilap bakat kemahiran bermain catur Um supaya menjadi pakar catur dunia.

Bertanggungjawab.

Tanggungjawabmengembalikan kegemilangan keluarga demi masa depan keluarga yang cerah.

Kita hendaklahbertanggungjawabmengembalikan kegemilangan keluarga.

Uj seorang abang yangbertanggungjawabmenggilap bakat Um dalam permainan catur.

2.
Uj selaku peneraju keluargasentiasa memberi keutamaan dan keistimewaan kepada Um berbandingadik-beradik yang lain dalam segala hal.

Tidak pilih kasih.

Bersikap tidak pilih kasihdalam keluarga.

Kita hendaklahbersikap tidak pilih kasih dalam memberi perhatian kepada adik-beradik untuk mengelakkan perselisihan faham.

Uj mengamalkansikap pilih kasihkerana hanya memberi sepenuh perhatian kepada Um dalam banyak perkara berbanding adik-beradik yang lain.

3.
Uk membuat fitnah bahawa Um berusaha untuk mengalahkan Uj bagi mendapatkan rasa hormat dan sanjungan keluarga.

Kebersihan jiwa.

Fitnah yang wujud kerana perasaan hasad dengki.

Janganlah kita membuat fitnahdisebabkan hasad dengki kerana ia boleh menjejaskan hubungan antara ahli keluarga.

Uk sanggup membuat fitnahbahawa Um mahu mengatasi kehandalan Uj beermain catur kerana dirinya tidak diberi perhatian oleh Uj.

4.
Walaupun Um sedang berlatih bermain catur bersama abang sulungnya, Um sentiasabimbang akan  penyakit darah tinggi yang dihidapi oleh ibu mereka.

Prihatin.

Prihatinterhadap penyakit ibu.

Kita hendaklahsentiasa prihatinterhadap kesihatan ibu dan keluarga kerana itu adalah tanggungjawab kita.

Um seorang yang prihatin dan sentiasa bimbangkan penyakit darah tinggi yang dihidapi oleh ibunya.




MELISA

Tema : Cinta antara dua budaya (Mellisa dan Hisyam).
Peristiwa
Nilai
Persoalan
Pengajaran
Perwatakan

1.Hisyam berlari pulang ke rumahnya untukbersembahyang maghrib di masjid yang terletak di hujung jalan tempat tinggalnya.

Keagamaan iaitu patuh kepada ajaran agama.

Kepatuhan kepada ajaran dan suruhan agama.

Kita hendaklah sentiasamematuhi dan menunaikan segala suruhan agama kerana itu adalah pegangan hidup kita.

Hisyam seorang yang patuh kepada ajaran agama yang menggalakkan umatnya sembahyang berjemaah di masjid.

2.
Mellisa yangamat bersimpatidengan wanita Cina yang mengalami kecacatan pada bahagian pipi dan kematian tunang yang disayanginya.

Bersimpati dan belas kasihan.

Simpati dan belas kasihan kepada orang lain yang mengalami musibah.

Kita haruslahsentiasa bersimpati dan belas kasihankepada orang lain yang mengalami musibah atau kesusahan untuk menjamin keharmonian dalam kehidupan bermasyarakat.

Mellisa seorang yang mudah bersimpati dan belas kasihanterhadap orang yang mengalami musibah.

3.
Wanita Cina yang tidak menyimpan perasaan kesal dan dendamterhadap Jamilah malah masih akrab seperti saudara sejati.

Sedia memaafkan.

Sedia memaafkan kesalahan orang lain.

Kita hendaklah bersedia untuk memaafkan kesalahan orang lain yang melakukan kesalahan terhadap kita supaya semangat perpaduan dapat dipupuk.

Wanita Cina yang tidak menaruh perasaan kesal dan enggan membalas dendam terhadap orang lain yang melakukan kesalahan terhadapnya.

4.
Hisyam cuba membantu Atan daripada diusik oleh budak nakal di kampungnya.

Tolong-menolong.

Tolong-menolong terhadap orang lain yang menghadapi masalah.

Kita hendaklahbersedia membantu orang yang berada dalam kesusahan dan sememangnya mengharapkan pertolongan orang lain kerana itu adalah tanggungjawab kita.

Hisyam seorang kanak-kanak yang suka menolong orang lain yang ditimpa kesusahan.

5.
Mellisa yang akhirnya telah menyertai angkatan tenterademi perasaan cinta akan negaranya.

Semangat cinta akan negara.

Semangat cinta akan negaradengan menyertai angkatan tentera bagi mempertahankan kemerdekaan tanah air.

Kita mestilah mempunyai semangat cinta akan negara agar kuasa luar tidak boleh menceroboh dengan sewenang-wenangnya.

Mellisa seorang yang mempunyai semangat cinta akan negara yang tinggi serta sanggup berkorban demi negara.



BIARKAN SAMUDERA


Tema : Konflik jiwa remaja (Amira/Mir) yang dikaitkan secara simbolik dengan gelora samudera yang terancam.
Peristiwa
Nilai
Persoalan
Pengajaran
Perwatakan

1.
Hakimah berjanji untuk menyelesaikankonflik jiwa yang dialami oleh Mir.

Tolong-menolong.

Tolong-menolong dalam kalangan masyarakatuntuk menyelesaikan masalah.

Kita mestilah sentiasa mengamalkan sikap tolong-menolong untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh orang lain agar kita dapat hidup dalam suasana harmoni.

Hakimah seorang yang suka menolong rakan karibnya yang sedang menghadapi masalah.

2.
Ibu HakimahmenasihatiHakimah supaya tidak membiarkan jiwa Mir kosong. Sebaliknya harus diisi dengan nur (cahaya).

Nasihat-menasihati.

Nasihat-menasihati dalam kalangan individu untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi.

Kita haruslah memberikan nasihat yang berguna untuk menyelesaikan sesuatu masalah yang dihadapi oleh orang lain agar hidup kita lebih bahagia.

Ibu Hakimahseorang yang suka membantu dengn menasihatidan  menyelesaikan masalah orang lain.

.
Ayah Mir akur akan suratantakdir yang menimpa dirinya.

Reda akan kehendak Tuhan

Percaya kepada kehendak dan suratan takdiryang ditetapkan Tuhan.

Kita janganlah terlalu berserah kepada kehendak dan suratan takdir yang berlaku kepada diri kerana kita harus mengubah keadaan.

Ayah Mir akur dengan suratan takdir yang menimpa diri dan keluarganya.

4.
Ibu Hakimah meminta Hakimah agar menasihati Mirsupaya sentiasa membaca al-Quran serta mengajar Mir mengenal Tuhan yang satusekiranya ingin memperoleh ketenangan dan kebahagiaan.

Keagamaan.

Berpegang teguh kepada ajaran agama.

Kita haruslah kembali kepada ajaran agamauntuk memperoleh ketenangan dan kebahagiaan dalam kehidupan yang serba mencabar.

Ibu Hakimah mementingkan ketaatan kepada Tuhan .Dia memberi telekung kepada Mir untuk mengajar Mir mengenal Tuhan.











Drama
1. Gelangang Tok Wali
2. Forum Remaja 2020
3. Cempaka berdarah

Pencernaan peristiwa-peristiwa penting kepada aspek-aspek drama.
                                             
                                                         GELANGGANG TOK WALI

Tema : Usaha seorang guru silat mempertahankan warisan budaya bangsanya yang menjadi kebanggaan generasi lama pada suatu ketika dahulu.

Peristiwa
Nilai
Persoalan
Pengajaran
Perwatakan

1.Tuk Walimemenuhi undangan membuat persembahan silat di majlis perkahwinan anak perempuan Haji Kodri walaupun dia belum baik demam.

Menunaikan hajat seseorang.

Amalan menunaikan hajat seseorang.

Kita hendaklah berusaha menunaikan hajat seseorang untuk membantu merealisasikan impiannya.

Tuk Wali sanggup menunaikan hajat Haji Kodri yang memintanya bersilat walaupun dia tidak berapa sihat.

2.Tuk Wali meluahkan perasaan kecewa kepada Ripin tentang beberapa pihak seperti Guan kedai singse yang bersikap tamak dan hanya mengutamakan keuntungan.

Cinta alam sekitar.

Menghargai dan cinta akan alam sekitar.

Kita hendaklah menghargai dan cinta akan alam sekitar.

Tuk Wali amat menghargai dan cinta akanpelbagai tumbuhan hutan.

3.Tuk Wali kelihatan hebat dan gagah kerana berbaju Melayu lengkap bersamping dan bersongkokuntuk membuat persembahan silat.

Sayang akan budaya.

Bangga dan sayang akan budaya sendiri.

Kita hendaklah sayang akan budaya sendirikerana budaya melambangkan bangsa.

Tuk Waliberbangga memakai baju Melayu lengkap bersamping dan bersongkokuntuk ke majlis Haji Kodri.

4.Mak Umiberjanji akan menyampaikan saranan siak dan imam supaya Tuk Wali berhenti membuat persembahan silat di majlis kahwin. Mak Umi menyampaikan saranan itu setelah suaminya pulang.

Menunaikan janji.

Menunaikan janji yang telah dibuat.

Kita hendaklah menunaikan janji yang telah kita buat supaya tidak menyusahkan pihak lain.

Mak Umimenunaikan janjinya dengan siak dan imamuntuk menyampaikan saranan supaya Tuk Wali berhenti bersilat.

5.Tuk Wali menceritakan kepada isterinya bahawa sejak merdeka dia ikhlas memberi sumbangan dalam persilatan kepada masyarakat tanpa meminta upah.

Keikhlasan.

Memberi sumbangan bakti dengan penuh keikhlasan.

Kita hendaklah memberi sumbangan bakti dengan penuh keikhlasan agar keharmonian hidup bermasyarakat dapat diwujudkan.

Tuk Wali ikhlas memberi khidmat bakti kepada masyarakat kampung tanpa mengharapkan balasan.



FORUM REMAJA 2020

 Tema : Peranan dan tanggungjawab remaja menjelang tahun 2020. Dalam drama ini, golongan remaja diwakili oleh watak Salmah, Chandran dan Chong.

Peristiwa 
Nilai
Persoalan
Pengajaran
Perwatakan

1.Salmah, Chandran dan Chong bersungguh-sungguh berbincang tentang suatu topik yang hangat.

Kesungguhan.

Kesungguhan dalam membuat sesuatu perkara.

Kita hendaklah bersungguh-sungguh dalam melakukan sesuatu perkara untuk mendapatkan hasil yang berkualiti.

Salmah, Chandran dan Chongbersungguh-sungguh dalam perbincangan.

2.Makhluk Utopiamenasihati makhluk bumi agar mengamalkan sikap bertanggungjawab.

Nasihat-menasihati.

Nasihat-menasihatidalam perlakuan demi kebaikan.

Kita haruslah nasihat-menasihat agar kita dapat hidup dalam keadaan aman dan bahagia.

Makhluk Utopia telah menasihati Salmah, Chandran dan Chong agar bertindak mengatasi masalah golongan remaja.

3.Makhluk Utopia memuji semangat patriotismeSalmah, Chandran, dan Chong.

Semangat patriotisme.

Semangat patriotismedalam kalangan golongan remaja.

Kita mestilah mengamalkan semangat patriotismeagar negara berada dalam keadaan aman dan maju.

Salmah, Chandran dan Chong memiliki semangat patriotismekerana mempertahankan negara dalam menyangkal hujah tidak benar daripada Makhluk Utopia.

4.Salmah mengatakan kepada Chong bahawa mereka harus beranimenerima kritikan.

Berani menerima kritikan.

Berani menerima kritikandaripada orang lain.

Kita haruslah berani menerima kritikan tentang percakapan dan perbuatan kita untuk kebaikan.

Salmah berani menerima kritikantentang percakapan dan perbuatan yang telah dilakukan.


                                                             CEMPAKA BERDARAH

Tema : Kemanusiaan dan kasih sayang dalam keluarga.

Peristiwa
Nilai
Persoalan
Pengajaran
Perwatakan

1.Mak Jah dan Cempakamenunjukkan keresahan kerana Zaman yang sepatutnya telah pulang bercuti masih belum tiba di rumah.

Kasih sayang.

Kasih sayang terhadap anakyang sedang menuntut ilmu di rantau orang.

Kita hendaklah sentiasa menyayangi anak-anak agar mereka berasa selalu dihargai.

Mak Jah seorang ibu yang penyayangkerana sering memikirkan kesusahan yang mungkin dialami oleh Zaman.

2.Mak Jah telah meminta Cempaka masuk dan bersembunyi di dalam bilikapabila Prof. Peter datang ke rumahnya.

Kebijaksanaan.

Kebijaksanaan untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi pada sesuatu masa.

Kita mestilah bijak membuat sesuatu keputusan agar tidak mendatangkan pelbagai masalah yang lain.

Mak Jah bertindak bijakapabila meminta Cempaka masuk dan bersembunyi di dalam bilik apabila Prof. Peter datang ke rumahnya.



3.Mak Jah yang akhirnyamempersilakan Prof. Peter masuk ke rumahnyasetelah mengetahui Prof. Peter ialah pensyarah Zaman di universiti.

Hormat-menghormati.

Menghormati para tetamu yang datang.

Kita haruslah menghormati para tetamu yang datang ke rumahkerana itu merupakan amalan orang berbudi bahasa.

Mak Jah menghormati tetamu iaitu Prof. Peter dengan mempersilakan Prof. Peter masuk ke rumahnya setelah mengetahui Prof. Peter ialah pensyarah anaknya di universiti.

4.Zaman yang amat marahkerana Prof. Peter menuduh ibunya sebagai pencuri kerana baginya keturunannya belum pernah menjadi perompak seperti orang Inggeris.

Mempertahankan maruah diri dan keluarga.

Mempertahankan maruah diri dan keluargadaripada dipandang rendah oleh orang lain.

Kita hendaklah mempertahankan maruah diri dan keluarga agar tidak dipandang rendah oleh orang lain.

Zaman berani mempertahankan maruah ibunyaapabila Prof. Peter menuduh ibunya sebagai pencuri kerana baginya keturunannya belum pernah menjadi perompak seperti orang Inggeris.



Prosa Klasik

1. Pelayaran yang penuh peristiwa

2.Merah Silu
3.Hikayat Indera Nata
4.Hikayat Khoja Maimun


                       Pencernaan peristiwa-peristiwa penting kepada aspek-aspek prosa tradisional

PELAYARAN YANG PENUH PERISTIWA


Tema : Kebijaksanaan dan keberanian dalam menghadapi sesuatu peristiwa.


Peristiwa
Persoalan
Nilai
Pengajaran
Perwatakan

1.Peristiwa ASMM sudi membantu TPDSJ yang keletihan sebagai jurumudi geliung.

Bantu-membantudalam menyelesaikan masalah yang dihadapi.

Bantu-membantudalam kehidupan seharian.

Kita mestilah bantu-membantudalam menyelesaikan masalah atau membuat sesuatu perkara demi kebaikan bersama.

ASMM telahmembantuTPDSJ untuk mengemudikan geliung.

2.Peristiwa ASMM Berjaya menghadapi semua ujian yang dibuat oleh TPDSJ dengan menggunakan kepandaian dan kebijaksanaannya.

Kebijaksanaan dalam menghadapi ujian.

Kebijaksanaan.

Kita mestilah sentiasa mengamalkan sikap bijaksana dalam menghadapi sesuatu ujian atau masalah agar masalah itu dapat diselesaikan dengan baik.

ASMMbijaksana dalam menghadapi ujian yang dibuat oleh TPDSJ kepadanya.
3.PeristiwakeberanianASMM berhadapan dengan lanun sehingga berjaya menyelamatkan geliung dan isi kapal.
Keberaniandalam menghadapi musuh.
Keberanian.
Kita hendaklah mempunyaikeberaniandalam menghadapi musuh atau ancaman agar tidak ditindas oleh orang lain.
ASMM berani berhadapan dengan lanununtuk menyelamatkan geliung daripada dirampas oleh lanun.

4.Peristiwa TPDSJmenceritakan kejadian sebenaryang dialami oleh geliung dan jurumudi berasa malu kerana sikapnya yang suka berbohong.

Berani bercakap benar tentang sesuatu perkara yang berlaku.

Berani bercakap benar.

Kita haruslah berani bercakap benartentang sesuatu perkara yang telah berlaku untuk kebaikan semua pihak.

TPDSJ berani bercakap benartentang kejadian yang berlaku dalam geliung semasa dalam pelayaran.



                                                              MERAH SILU

Tema : Ketabahan dan kebijaksanaan menghadapi pelbagai peristiwa dalam kehidupan
.
Peristiwa
Nilai
Persoalan
Pengajaran
Perwatakan

1.Peristiwa Merah Gajahmencabut rambut berwarna keemasan di tengah kepala Puteri Betong walaupun Puteri Betong melarangsehingga menyebabkan Puteri Betong hilang.

Mematuhi larangan.

Mematuhi laranganterhadap sesuatu perkara.

Kita hendaklah mematuhi sesuatu larangansupaya tidak ditimpa masalah.

Merah Gajahtidak mematuhi larangan supaya tidak mencabut rambut keemasan isterinya, sehingga isterinya hilang.

2.Peristiwa Merah Silu tidak berputus asamemasang bubu di dalam sungai untuk menangkap ikan tetapi bubu tersebut dipenuhi dengan cacing gelang-gelang.

Tidak berputus asa.

Tidak berputus asa dalam melakukan sesuatu pekerjaan yang baik.

Kita mestilah sentiasa mengamalkan sikap tidak berputus asa dalam melakukan sesuatu perkara yang memberikan kebaikan kepada kita.

Merah Silu tidak berputus asamenangkap ikan menggunakan bubu.

3.Peristiwa Merah HasummenasihatiMerah Silu supaya menghentikan perbuatan menangkap kerbau jalang yang menyusahkan orang kampung.

Nasihat-menasihati.

Nasihat-menasihati tentang sesuatu perkara.

Kita hendaklah nasihat-menasihatitentang sesuatu perkara untuk kebaikan bersama.

Merah HasummenasihatiMerah Silu agar menghentikan perbuatan menangkap kerbau jalang yang menyusahkan orang kampung.


                                              HIKAYAT INDERA NATA

Tema : Kebijaksanaan seorang raja menyelesaikan masalah yang dihadapi.

Peristiwa
Nilai
Persoalan
Pengajaran
Perwatakan

1.Peristiwa Indera Jenaka pulang ke negeri Rom dan disambut gembira oleh bondanyadengan memeluk serta menciumnya.

Kasih sayang.

Kasih sayangseorang ibu terhadap anaknya.

Kita hendaklah menyayangi ibukerana ibu banyak berjasa kepada kita.

Indera Jenakamenyayangi ibunya yang banyak berjasa kepadanya.

2.Peristiwa Indera Nata pergi mencari gajah bergadingkan emas yang disuruh oleh Raja Rom.

Menurut perintah.

Menurut perintah raja.

Kita mestilah sentiasa mengamalkan sikap menurut perintah pihak yang lebih tinggi pangkatnya daripada kita kerana mereka lebih mengetahui apa yang baik untuk kita.

Indera Natamenurut perintah Raja Rom yang menyuruhnya menangkap gajah bergadingkan emas.

3.Peristiwa Indera Natabersetuju untuk menolong Tuan Puteri Cendera Kesuma dan puteri yang lain.

Baik hati.

Baik hati untuk membantu orang lain menyelesaikan masalah yang dihadapi.

Kita hendaklah mengamalkan sikap baik hatidalam menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh orang lain untuk kebaikan semua pihak.

Indera Natabaik hati kerana bersetuju menolong Tuan Puteri Cendera Kesuma.

4. Peristiwa Puteri Cendera Kesumamencari jalansupaya raksasa bersetuju untuk mencari gajah bergadingkan emas.

Kebijaksanaan.

Kebijaksanaanmenyelesaikan masalah yang dihadapi.

Kita haruslah bijaksana dalam mencari jalan bagi mengatasi masalah yang dihadapi untuk mencapai kejayaan.

Puteri Cendera Kesumabersikap bijaksanaapabila mencari jalan untuk mengatasi masalah yang dihadapi.

5.Peristiwa Indera Natasaling membantudengan tujuh orang puteri untuk melarikan diri dari mahligai raksasa.

Kerjasama.

Kerjasamadalam melakukan sesuatu pekerjaan.

Kita haruslah bekerjasamauntuk menyelesaikan masalah yang dihadapi.

Indera Nata dan tujuh orang puteri telah bekerjasamauntuk melarikan diri dari mahliai raksasa.


 HIKAYAT KHOJA MAIMUN

 Tema : Kepentingan menjaga maruah diri dalam kalangan isteri.

Peristiwa
Nilai
Persoalan
Pengajaran
Perwatakan

1.Peristiwa saudagar Istanbul mendapatkan semula isteri yang dihalaunya dan meminta maaf lalu dibawa pulang.

Kemaafan.

Memaafkan kesilapan orang lain.

Kita mestilahsedia memaafkankesilapan orang lain untuk kebaikan semua.

Saudagar Istanbul telah memaafkankesilapan isterinya yang lalu.

2.Peristiwa isteri saudagar ingin membuktikan dirinya seorangyang setiakepada suami.

Kesetiaan.

Kesetiaan isterikepada suaminya.

Kita hendaklah setia dalam menjalinkan hubungan suami isteri untuk mengukuhkan keharmonian.





Isteri saudagarsetia kepada suaminya walaupun tinggal berjauhan.

3.Peristiwa isteri saudagar yangbijaksana untuk menghindarkan fitnah tentang perhubungannya dengan raja semasa ketiadaan suami.

Kebijaksanaan.

Kebijaksanaanmenghindarkan fitnah.

Kita haruslah bijaksanamenghindarkan fitnah dalam pergaulan seharian untuk kesejahteraan hidup.

Isteri saudagarbijaksanamenghindarkan fitnah tentang perhubungannya dengan raja semasa ketiadaan suaminya.

4.Peristiwa burung Bayankerap memberi nasihat melalui iktibar hikayat yang disampaikan supaya mengelakkan Bibi Zainab berlaku curang kepada suaminya.

Nasihat-menasihati.

Nasihat-menasihatitentang sesuatu perkara.

Kita haruslah nasihat-menasihatitentang sesuatu perkara untuk kebaikan bersama.

Burung Bayankerap memberi nasihat kepada Bibi Zainab supaya tidak berlaku curang kepada suaminya melalui cerita berunsur nasihat.



No comments:

Post a Comment