KOMSAS CERPEN TINGKATAN 4 (BPK)
CERPEN
Ibu dan Ceper
(Shahnon Ahmad)
Sinopsis
Kisah
ibu tua yang disamakan dengan kisah sebuah sungai iaitu Sungai Ceper. Sungai
Ceper ialah sungai yang jernih dan mempunyai sumber ikan dan udang, panjang dan
berliku-liku, samalah seperti ibu yang sentiasa aktif melakukan aktiviti
bersawah. Pada waktu malam, Sungai Ceper masih cergas tetapi ibu tidak. Pada
sebelah malam, ibu berehat dan esoknya kembali cergas.
Pada
suatu hari, Sungai Ceper melimpah kerana hujan turun di hulu. Airnya likat dan
melimpah menyebabkan sawah padi musnah. Pada tahun itu, semua penduduk kampung
makan ubi gadung kerana padi musnah. Selepas Ceper melimpahkan air, tiba pula
musim kemarau. Sungai Ceper menjadi cetek, ikan mati, air sungai busuk dan
sawah kering sehingga menyebabkan ibu
menggunakan telaga sebagai sumber. Keadaan ini ialah keadaan 40 tahun yang
lalu, iaitu semasa aku masih anak teruna dan ibu masih muda.
Kini,
ibu dan ayah tiada lagi. Aku pula sudah bercucu. Sungai Ceper masih wujud tetapi sudah mula berubah sejak ibu terjatuh,
lalu lumpuh kerana terpijak tunggul lama iaitu sepuluh tahun sebelum ibu
meninggal. Pada masa itulah, keluarga aku menderita dan aku berkahwin dengan
gadis di kampung itu. Bapa pula sudah tidak gila burung lagi sebaliknya dia hanya menjaga cucu dan menjaga
ibu.
Ceper
kini berbau busuk kerana menjadi tempat pembuangan sampah. Airnya mengalir lesu
bersama-sama sampah sarap yang tidak sepatutnya dibuang ke dalam sungai itu.
Aku dan isteri telah tua dan kini duduk di rumah menjaga cucu. Pada masa ini,
Ceper telah mati dan tidak berfungsi lagi walaupun masih wujud, tidak seperti
ibu yang telah tiada di dunia ini.
Tema
Kegigihan
seorang ibu dalam mengharungi kehidupan
Ibu
gigih mencari rezeki dan banyak bergantung kepada Sungai Ceper yang berfungsi
sebagai sumber air kepada tanaman.
Persoalan
1. Persoalan kepentingan air dalam kehidupan.
Air
Sungai Ceper yang deras dan jernih digunakan oleh ibu untuk mengairi sawahnya.
2. Persoalan kurangnya kesedaran masyarakat terhadap
penjagaan alam sekitar.
Sungai
Ceper tercemar teruk apabila manusia membuang segala macam sampah sedangkan
sungai ini semakin cetek dan tidak berdaya membawa sampah yang ada di dalamnya
3. Persoalan kasih sayang yang terjalin antara manusia dan
alam.
Kasih
sayang aku kepada ibu dan sungai yang menjadi sumber air dan rezeki di
kampungnya.
Plot
Binaan Plot
(i)
Permulaan
Aku
menerangkan perasaan sayang dan cinta akan Sungai Ceper dan ibu yang banyak
berjasa kepadanya.Aku terkenang akan sungai ini yang jernih ,tenteram, deras
dan menjadi lubuk ikan. Ibu juga seperti Ceper yang aktif bersawah dan bekerja.
Namun, ibu berehat pada waktu malam manakala Ceper sama sahaja pada siang atau
malam.
(ii)
Perkembangan
Kemarahan
ibu kepada Sungai Ceper yang melimpah akibat hujan lebat sehingga memusnahkan
tanaman . Ibu juga memarahi sikap suaminya yang sambalewa terhadap
tanggungjawab keluarga dan asyik dengan ketitir. Kemarahan ibu semakin memuncak
apabila Sungai Ceper semakin cetek akibat kemarau. Hal ini menyebabkan
sawah-sawahnya kering , sumber makanan dan minuman terjejas sehingga memaksa ibu menggunakan telaga sebagai sumber
air. Setelah 40 tahun berlalu,Sungai Ceper semakin tercemar akibat pengabaian
masyarakat. Ibu dan ayah sudah meninggal dunia dan aku telah pun berkeluarga
dan mempunyai cucu.
(iii)
Klimaks
Ibu
meninggal dunia dan Sungai Ceper semakin sakit. Sungai ini semakin cetek, alirannya
lambat dan banyak sampah daripada pelbagai bahan buangan berada di perutnya.
Airnya busuk kerana bangkai binatang , kain-kain buru , plastik, dan sisa-sisa
makanan dibuang ke dalamnya. Bapa juga telah meninggal dunia.
(iv)
Peleraian
Sungai
Ceper masih mengalir tetapi amat lambat. Keadaannya semakin parah. Aku dan
isteri telah tua dan anak-anak pula menggantikan kami. Ceper dikatakan sudah
mati kerana airnya sudah tidak bergerak dan timbunan sampah tindih-menindih.
Ibu benar-benar telah mati tetapi Ceper walaupun masih wujud tetapi sudah tidak
berfungsi lagi.
Teknik
Penceritaan
1.
Pemerian
Ceper
pun serupa. .Ia memancutkan airnya begitu deras bagaikan anak panah yang baru
saja lepas dari busurnya.Dan pancutan itu menebuk tebing hingga mencipta lubuk
yang dalam-dalam, menyusur dasar bersama-sama ikan yang bercahaya matanya,
bersama anak-anak dan bapa-bapa udang,
bersama lumut yang lembut kehijau-hijauan dan bercahaya seperti manik-manik
dipanah cahaya lampu.
2. Dialog
“Orang
tak sedar diri. Tak tahu tanggungjawab. Air bah habis bunuh padi kita, awak
masih cengkuih ketitir. Suami apa macam ini!”
3. Imbas Kembali
Aku
masih ingat waktu itu ibu pun mengamuk juga.Dia marah sangat kepada Ceper
sampai menyumpah-nyumpah kerana habis padi buntingnya mati lemas.
Watak dan Perwatakan
Watak Utama
Ibu
1. Cekap bekerja.
Ibu
boleh melakukan sesuatu kerja dengan cepat bermula selepas Subuh sehingga
hampir Maghrib, malah ibu melakukan hampir semua jenis kerja.
2. Rajin
.
Ibu
rajin membuat pelbagai kerja menggunakan tulang empat keratnya, tanpa bantuan
suaminya yang menjadi kaki burung.
3. Bermasyarakat.
Walaupun
ibu sibuk bekerja, dia tidak lupa untuk menghadiri kenduri-kendara di
kampungnya dan menziarahi orang yang meninggal dunia.
4. Kuat semangat.
Walaupun
Sungai Ceper telah memusnahkan padinya akibat banjir namun ibu tidak berputus
asa untuk mengusahakan sawahnya semula.
Watak Sampingan
Aku
1. Anak
tunggal dalam keluarga.
2. Mewarisi
pekerjaan keluarga sebagai pesawah.
3. Sudah
berumah tangga .
4. Penyayang.
Aku
merupakan seorang anak yang penyayang kerana masih mengingati pengorbanan
ibunya walaupun telah 40 tahun berlalu.
5. Bertanggungjawab.
Aku
bertanggungjawab menjaga ibunya yang lumpuh dan ayahnya yang tua.
Sungai Ceper
1. Panjang,
berliku-liku, jernih, pasir-pasir berbiji halus dan kelikirnya berkilat.
2. Sumber
air bagi kehidupan di sekelilingnya.
3. Tercemar
kerana menjadi tempat pembuangan sampah sarap.
Latar
Latar Masa
1. Masa kini - Aku telah tua, ada anak
yang telah besar dan telah bercucu.
2. 10 tahun yang lalu setelah ibu jatuh, lumpuh dan meninggal
dunia-ibu sudah tidak
dapat bergerak lagi dan kerja-kerja di
sawah diteruskan oleh aku dan isteri.
3. 40 tahun yang lalu - Ketika ibu
masih muda dan aku masih teruna.
4. Siang - sewaktu ibu turun mengerjakan
sawah padinya.
5. Malam - gambaran tentang Sungai
Ceper yang tetap cergas.
Latar Tempat
1. Di sebuah desa - tempat tinggal ibu,
aku dan ayah.
2. Kawasan sawah padi - tempat ibu dan orang
kampung bekerja.
3. Sebatang sungai - tempat anak-anak kampung
merangau ikan.
4. Telaga - tempat ibu mengambil air ketika
kemarau.
5. Rimba belantara - tempat bapa berdenak
ketitir.
6. Sungai Ceper - tempat penduduk kampung termasuk ibu mendapat
sumber air.
Latar Masyarakat
1. Masyarakat petani
Mereka mengusahakan tanaman padi secara tradisional.
Keluarga aku mewakili sebahagian daripada anggota masyarakat yang mengusahakan
tanaman padi secara tradisional seperti menajak dan menyisir selut.
2. Masyarakat yang menghadapi kepayahan hidup.
Penduduk
di desa aku mengalami kesempitan hidup apabila Sungai Ceper melimpah kerana
banjir dan airnya kering sehingga tidak dapat mengairi sawah ketika musim
kemarau.
3. Masyarakat yang
tidak bertanggungjawab.
Bapa
sanggup menghabiskan masa mendenak burung ketitir di rimba sehingga mengabaikan
tanggungjawab terhadap keluarganya.
Gaya
Bahasa
1.
Kata ganda -
kehijauan-hijauan
2.
Simpulan bahasa - naik angin
3.
Simile -
Ibu tidak lagi cergas waktu malam kerana ibu tidur tergolek bagaikan batang
pisang
4.
Personifikasi - ….kudengar ngauman Ceper
5. Hiperbola - …Ceper yang memukul dan
membedal tebing hingga runtuh tanah-tanah, hingga terbongkeh perdu-perdu buluh
yang mengapuk tebing
Nilai
1. Nilai bertanggungjawab.
Sikap
bertanggungjawab sebagai seorang ibu dan isteri yang ditunjukkan oleh ibu yang
mengusahakan sawah padi bagi menampung kehidupan keluarganya.
2. Nilai kegigihan.
Walaupun
terpaksa menggunakan tulang empat kerat, ibu tetap gigih bekerja menyara
keluarga.
3. Nilai kesabaran.
Ibu
terpaksa bersabar melayani kerenah suaminya yang kurang memberikan perhatian
terhadap kebajikan keluarga.
Pengajaran
1. Kita
hendaklah bertanggungjawab menyara kehidupan keluarga agar mereka tidak hidup
dalam kesusahan.
2. Kita
hendaklah menjaga kerukunan rumah tangga agar tidak berlaku perselisihan faham
antara suami dengan isteri.
3. Kita
mestilah menyayangi ibu bapa yang telah tua agar kebajikan mereka terpelihara.
4. Kita
janganlah mencemarkan alam sekitar kerana perbuatan itu akan membawa keburukan
kepada masyarakat.
______________________________________________________________________________________________
Memori Seorang Tua
(Zahari
Affandi)
Sinopsis
Pak
Itam digambarkan seorang sebagai pejuang yang cekal. Dia telah beberapa kali
keluar masuk penjara kerana penentangannya terhadap Inggeris. Beliau berhasrat
untuk mengadakan majlis sambutan hari jadinya yang ke-85. Beliau turut
bercadang untuk menjemput wartawan, mahasiswa universiti serta para penduduk
Langat ke majlis berkenan bagi berkongsi
kisah perjuangannya. Ketika Pak Itam membaca majalah Mastika lama, beliau
tersentuh akan paparan Siti Nurhidayah yang menuntut fasakh ketika beliau
ditahan di penjara Singapura. Itulah kali terakhir beliau menatap wajah dua
orang anaknya, Izwan dan Nuryani Iman.
Tuk Mat merupakan orang yang
banyak membantu Pak Itam menguruskan segala persiapan untuk majlis itu dan
turut dibantu beberapa orang pemuda kampung seperti Isa, Latif dan Jali. Pada
hari yng ditetapkan, Pak Itam lengkap berbaju Melayu menyambut tetamu. Orang
kampung memenuhi tempat berlangsungnya majlis tersebut, namun Pak Itam kecewa
kerana tetamu dari jauh masih belum sampai. Tambah mengecewakan Pak Itam kerana
wartawan akhbar dan televisyen tidak muncul.Pak Itam merasakan segala
pengorbanannya selama ini telah dilupakan.
Apabila tiba waktu Zuhur, Pak
Itam masuk untuk menunaikan solat. Kaih yang cemas cuba memberitahu perkara
yang berlaku kepada Pak Itam. Apabila Tuk Mat mendekati Pak Itam yang terbaring
di sejadah, beliau dilihat sudah meninggal dunia. Tetamu yang hadir membacakan
surah Yasin untuk jenazah. Pada ketika itu, datang seorang perempuan tua
mendekati jenazah membawa sejambak ros. Tatkala orang ramai tercengang
memikirkan identiti perempuan tersebut, Tuk Mat menyapu air matanya dan
menganggap hajat Pak Itam untuk bertemu isterinya, Siti Nurhidayah telah
tercapai.
Tema
Semangat
patriotik, iaitu tentang keinginan seorang tokoh yang ingin berkongsi memori
lampaunya dengan masyarakat.
Pak Itam ingin berkongsi perjuangan yang telah
dilaluinya dengan anak cucunya dalam usaha beliau membebaskan negara ini
daripada penjajahan.
Persoalan
1. Persoalan kesediaan menghadapi cabaran.
Pak
Itam terpaksa menempuh halangan dalam perjuangannya, iaitu terpaksa keluar
masuk penjara kerana perjuangannya bertentangan dengan dasar pemerintahan pada masa itu.
2. Persoalan rasa tanggungjawab terhadap nasib yang akan
dialami oleh anak bangsa.
Atas
dasar tanggungjawab, Pak Itam berjuang untuk bangsa Melayu kerana dia ingin
melihat bangsanya mendapat pendidikan yang tinggi serta tidak menjadi hamba di
negara sendiri.
3. Persoalan jati diri yang teguh.
Pak Itam mempunyai jati diri dan
pendirian yang teguh dari usia muda sehingga usianya mencecah 85 tahun.
Plot
Binaan Plot
(i)
Permulaan
Mengisahkan
kehidupan zaman muda Pak Itam yang sering keluar masuk penjara kerana menentang
penjajah. Perjuangan untuk memartabatkan orang Melayu amat menebal dalam jiwa
Pak Itam.
(ii)
Perkembangan
Pak
Itam melahirkan hasrat beliau untuk mengadakan majlis sambutan hari jadinya
yang ke-85 tahun. Sambutan yang julung kali diadakan ini turut bertujuan untuk
berkongsi pengalamannya sebagai seorang pejuang. Pak Itam juga turut menyatakan
harapannya untuk melihat anak bangsanya hidup dengan sempurna dan bebas
daripada sebarang bentuk penjajahan. Tetamu yang hadir pada sambutan majlis hari
jadinya agak kurang dan ini menjadikan Pak Itam berasa sedih dan beranggapan
bahawa pengorbanannya selama ini kian dilupakan.
(iii)
Klimaks
Pak
Itam menghembuskan nafas terakhirnya di atas sejadah. Orang ramai yang hadir
membaca surah Yasin untuknya.
(iv)
Peleraian
Kehadiran
seorang wanita yang sudah berumur pada hari kematiannya membawa sejambak ros
merah menjadikan penduduk kampung
tertanya-tanya. Hanya Tuk Mat mengerti dan berfikir dalam hatinya, hajat Pak
Itam kesampaian juga.
Teknik
Penceritaan
1. Pemerian
Pak
Itam toleh kiri kanan. Pokok pisang, pokok lengkuas, serai, betik dan
rumput-rampai
sekitar
rumahnya mengangguk perlahan ditiup angin pagi. Nyaman benar hidup di
perkampungan, tetapi…
2. Dialog
“Dah
kaujemput budak-budak suratkhabar?” tanya Pak Itam.
“Sudah!”
jawab Tuk Mat.
3. Imbas Kembali
Tiba-tiba
hatinya dipintali kesayuan. Di mana Siti Nurhidayah? Di mana Izwan dimana
Nuryani Iman? Sudah berpuluh tahun berpisah.
4. Monolog dalaman
Pak
Itam sudah berfikir-fikir, budak-budak surat khabar sudah tentu akan mengerumuninya,
menghulur berbelas, mungkin berpuluh kaset perakam suara mahu menemuramahnya.
Watak dan Perwatakan
Watak Utama
Pak Itam
1. Berasal
dari Kuala Semantan, Pahang.
2. Berumur
85 tahun.
3. Mempunyai
isteri iaitu, Siti Nurhidayah dan dua
orang anak, iaitu Izwan dan Nuryani Iman yang terpisah sejak isterinya meminta
fasakh ketika dia di penjara.
4. Mempunyai
seorang anak angkat bernama Sidah.
5. Suka membaca. -, Pak Itam suka membaca
akhbar dan majalah di kerusi malas di kaki lima rumahnya.
6. Seorang nasionalis tulen.
- Pak Itam berjuang bukan untuk
kepentingan diri sendiri tetapi untuk bangsanya.
7. Seorang yang taat akan perintah agama.-
Pak Itam sentiasa beribadat dan menggunakan waktu malam untuk mendekatkan diri
kepada tuhan.
8. Baik hati - Pak Itam bersedia melayan tetamu yang
datang untuk bertemu dengannya di rumah.
Watak Sampingan
Tuk Mat
1. Bekas
anggota polis.
2. Jiran
Pak Itam.
3. Bertubuh
sasa, kulit dan batang lengannya masih pejal dan kemas.
4. Rajin. - beliau banyak membantu Pak Itam
dalam usaha mengadakan sambutan hari lahirnya.
5. Boleh diharapkan dan berdisiplin -,
hal ini diakui oleh Pak Itam apabila membandingkan sifat anak-anak muda seperti
Isa dan Latif dengan watak Tuk Mat.
Siti Nurhidayah
1. Bekas
isteri Pak Itam yang menuntut fasakh ketika Pak Itam berada di dalam penjara.
2. Sempat
hadir pada hari kematian Pak Itam.
3. Mempunyai
dua orang anak, iaitu Izwan dan Nuryani Iman.
Latar
Latar Masa
1. Sehari sebelum hari lahir Pak Itam yang ke-85 tahun- Tuk
Mat dan penduduk kampung sibuk menguruskan persiapan untuk majlis kenduri
sempena hari jadi Pak Itam.
2. Sebelum Zuhur - Pak Itam masih menanti.
Dia amat kecewa. Tuk Mat menyuruhnya
berehat.
3. Selepas Zuhur - Kiah menjerit memberitahu
Tuk Mat bahawa Pak Itam sakit. Pak Itam meninggal dunia dan bacaan Yasin
diadakan.
Latar Tempat
1. Kediaman Pak Itam dan halaman rumahnya-
tempat majlis kenduri sempena hari jadi Pak Itam dan pameran diadakan .
2. Di kaki lima rumah Pak Itam - tempat Pak Itam duduk sambil membaca akhbar
dan majalah seharian di atas kerusi malas.
3. Kampung Pak Itam di Hulu Langat-
perkampungan yang nyaman tetapi mula tercemar apabila dua buah kilang dari
Korea dan Jepun mula beroperasi.
4. Penjara di Singapura - Siti Nurhidayah,
isteri Pak Itam datang bersama dua orang anaknya membawa surat kadi meminta
fasakh ketika Pak Itam meringkuk di situ.
Latar Masyarakat
1. Masyarakat pejuang yang mencintai bangsa dan negara.
Pak
Itam sanggup keluar masuk penjara kerana menentang Inggeris demi sayang akan
bangsa dan negara.
2. Masyarakat penulis dan wartawan.
Pak Itam mewakili golongan masyarakat yang
menentang penjajah menggunakan mata pena.
3. Masyarakat kampung yang masih mengamalkan amalan gotong
royong serta bekerjasama.
Tuk
Mat dan beberapa orang pemuda kampung yang membantu Pak Itam mengadakan majlis
sambutan hari jadi Pak Itam secara besar-besaran.
.
Gaya
Bahasa
1. Simile - …kian mengecil seperti sebiji debu
2. Peribahasa - seperti enau di belukar
3. Metafora -tangisan ketakwaan
4. Penggunaan Bahasa Inggeris - vision, Happy Birthday To You
5. Personifikasi - Pungguk di belakang rumah terus merintih,
merindu bulan…
Nilai
1. Nilai pengorbanan.
Pak
Itam sanggup menolak jawatan sebagai majistret demi cinta akan bangsa dan
negara.
2. Nilai cinta akan negara.
Pak
Itam berjuang untuk membebaskan anak bangsanya daripada dibelenggu kemiskinan
dan mahu melihat anak bangsanya mendapat pendidikan tinggi.
3. Nilai bekerjasama.
Semua
penduduk kampung tidak kira muda atau tua berganding bahu menjayakan persiapan
majlis sambutan hari jadi Pak Itam.
Pengajaran
1. Kita hendaklah cinta akan bangsa dan negara agar
tidak dijajah oleh bangsa lain.
2. Kita
wajarlah saling membantu dalam setiap usaha agar pekerjaan menjadi mudah.
3. Kita
hendaklah sentiasa mentaati perintah tuhan dengan meningkatkan amal ibadah agar
mendapat kesenangan di kemudian hari.
4. Kita
haruslah mengenang jasa tokoh yang banyak berkorban untuk bangsa dan negara walaupun masa
berubah.
_______________________________________________________________________________________
Israk
(Erda Roslan Khairi)
Sinopsis
Cerpen Israk mengisahkan Adam iaitu anak tunggal Wah,
telah balik ke kampung bersama-sama isterinya Siti Hawa dan anak-anaknya, Israk
dan Mikraj di Kampung Sayong Perak. Keadaan rumah yang serba kekurangan dari
segi kemudahan asas dan keselesaan menyebabkan anaknya Israk berasa kurang
senang dan tidak dapat menyesuaikan diri dengan kehidupan kampung . Namun
adiknya Mikraj suka akan suasana kampung dan menyebabkan mereka sering bertikam
lidah. Hal ini berlaku kerana Israk telah dibesarkan di luar negara.Tindakan
Israk yang sering menghina dan menggores perasaan Wah menimbulkan rasa kurang
senang Mikraj dan dia sering mempertikaikan perbuatan Israk terhadap Wah.
Perbezaan pendapat ini telah mencetuskan perang mulut antara mereka. Namun Wah
tidak suka mereka bertengkar bagai anjing dengan kucing dan mahu mereka
berbaik-baik semula walaupun hati Wah terluka. Suatu hari, bekalan air paip di
kampung Sayong telah terputus menyebabkan Mikraj mencadangkan agar abangnya
mandi di sungai. Namun, Israk telah terjatuh dan Wahlah yang berusaha
menyelamatkan Israk sehingga naik ke tebing. Akhirnya, Israk insaf dan berubah.
Dia mula memakai baju Melayu, makan nasi, dan mencari jering serta tempoyak
untuk dimakan.
Tema
Perbezaan budaya dan kehidupan dalam sebuah keluarga
sehingga mencetuskan pertentangan pandangan dan nilai.
Israk yang dibesarkan di Perth, Australia mempunyai
pandangan yang berbeza dengan adiknya tentang kampung, kehidupan dan diri
neneknya Wah.
Persoalan
1. Persoalan jati diri
Israk yang dibesarkan di Perth Australia tidak mempunyai
jati diri ketimuran akibat persekitaran dan cara dia dibesarkan. Hal ini
bertentangan dengan sifat adiknya Mikraj yang lebih kukuh dan teguh jati dirinya
dengan adat ketimuran.
2. Persoalan kasih sayang
seorang nenek terhadap cucunya.
Wah seorang nenek yang menyayangi cucunya, walaupun
cucunya amat ego dan selalu melukakan hatinya namun Wah tetap sabar.Hal ini
terpancar apabila Wah menyelamatkan Israk yang hampir lemas dengan tenaga
tuanya.
3. Persoalan tanggungjawab
bapa terhadap keluarga.
Adam menjalankan tanggungjawabnya kepada anak-anak. Dia
membiasakan anak-anak dengan kehidupan kampung di tempat dia dibesarkan agar
anak-anaknya tidak sombong dan lupa diri kerana biasa hidup mewah di bandar.
Plot
Binaan Plot
1.
Permulaan
Adam, Siti Hawa, Israk dan Mikraj telah pulang ke rumah
Wah di Kampung Sayong. Israk anak teruna Adam, kelihatan kurang selesa dengan
suasana di kampung kerana selama ini dia dibesarkan oleh datuknya di Perth
Australia.
2.
Perkembangan
Mikraj, adik kepada Israk seorang remaja yang mudah
menyesuaikan diri dengan kehidupan di kampong.
Israk pula ego dengan statusnya sebagai orang bandar dan bakal bergelar
ahli korporat. Perselisihan pendapat antara dua beradik ini semakin memuncak
apabila kelakuan dan tingkah laku Israk semakin keterlaluan terhadap Wah. Israk
tidak patut menyakiti hati Wah kerana Wahlah
yang menjaganya sejak berumur sehari. Pertikaman lidah antara dua
beradik itu berlarutan dan telah menyebabkan Wah masuk campur serta menasihati
kedua-dua cucunya agar jangan bertekak
pasal dirinya lagi.
3.
Klimaks
Keputusan air di kampung Sayong telah memaksa Israk ke sungai untuk mandi, setelah dicabar oleh
adiknya Mikraj. Israk telah terjatuh ke
dalam sungai dan telah diselamatkan oleh neneknya.
4.
Peleraian
Israk keluar dari
bilik dengan berpakaian baju Melayu telah mengejutkan keluarganya. Israk mulai
mencedok nasi dan gulai malah mencari
jering dan tempoyak yang merupakan makanan yang paling tidak disukainya.
Teknik
Penceritaan
1.
Teknik Dialog
“Abang tak mahu pergi kebun? Apa kata abang pergi
sebelum abang menjadi ahli korporat
nanti,” rayu Mikraj.
“Tak perlu!” Israk menghayun kata-kata
2.
Teknik Imbas Kembali
Mikraj teringat akan peristiwa yang berlaku pada Wah
semasa muda.
Ketika Wah masih remaja (tidak seperti remaja pada masa
kini), Lebai Saleh pernah bertakhta di hati Wah. Tetapi terpisah setelah Lebai
Saleh mengaji di Mesir………….Mikraj tersentak daripada lamunan yang melangit ketika Wah mengacannya.
3.
Teknik Pemerian
Pagi nirmala. Camar menyanyi mesra bersaing dengan
cengkerik menunjuk ketangguhan. Daun-daun melambai-lambai setenang air Sungai
Perak. Bot tambang sudah mula beroperasi.
Watak
dan Perwatakan
Watak Utama
Israk
1. Anak teruna Adam dan
Siti Hawa.
2. Merupakan cucu sulung
Wah.
3. Ego dan sombong - Israk tidak
selesa tinggal di kampung dan makan makanan kampung. seperti petai dan jering.
4. Biadap – Dia sering menyindir dan merungut tentang
ketidakselesaan tinggal sehingga menyakiti hati neneknya.
5. Degil – Dia tidak menghormati Wah sebagai neneknya walaupun
dinasihati oleh Mikraj.
6. Insaf – Dia sedar akan kesalahannya setelah dia jatuh ke dalam
sungai dan diselamatkan oleh Wah.
Mikraj
1. Anak kedua pasangan Adam
dan Siti Hawa.
2. Adik perempuan Israk dan
cucu kedua Wah.
3. Berjiwa seni – dia berminat dalam bidang sastera dan mengajak Israk
berkenalan dengan alam.
4. Penyayang - dia amat menyayangi Wah.
5. Bertanggungjawab - Tidak suka akan tindakan dan sikap abangnya yang
keterlaluan terhadap neneknya Wah.
Wah
1. Merupakan ibu kepada
Adam dan nenek kepada Israk dan Mikraj.
2. Sudah lanjut usia tetapi
masih kuat dan bertenaga.
3. Alim dan taat akan agama – dia sentiasa berwuduk
.
4. Penyayang - dia amat
menyayangi cucu-cucunya.
5. Tabah - Wah memelihara
anaknya seorang diri setelah kematian suaminya yang meninggal dunia sebelum
kelahiran anak mereka.
Latar
Latar
Masa
1. Musim durian
2. Pada waktu pagi - Israk jatuh di sungai ketika hendak mandi
akibat ketiadaan air paip.
3. Kebanyakan peristiwa
berlaku pada waktu siang.
Latar
tempat
1. Kampung Sayung iaitu
tempat tinggal Wah.
2. Sungai Perak iaitu
sungai yang terletak di tepi rumah Wah.
3. Rumah kayu milik Wah.
Latar
Masyarakat
1. Masyarakat yang
menghormati orang tua –
Mikraj amat menghormati Wah
2. Masyarakat muda yang
sukar menyesuaikan diri dengan suasana kampung.
Israk tidak selesa tinggal di kampung dan makan makanan
kampung. seperti petai dan jering.
3. Masyarakat yang
bertanggungjawab
Mikraj tidak suka akan tindakan dan sikap abangnya yang
keterlaluan terhadap neneknya Wah.
4. Masyarakat yang penyayang
Wah amat menyayangi cucu-cucunya.
Gaya
bahasa
1. Simile
……pantas dan teratur sekali laksana seorang primadona.
2. Dialog
“Lama sampai?” aju Wah dan salam dihulurkan oleh tetamu
dari Bukit Antarabangsa itu disambut dengan pantas.
“Baru”.Adam, anak tunggal Wah, segera menjawab.
3. Peribahasa
Sudah terhantuk baru terngadah
Macam anjing dengan kucing .
Bagai air dengan minyak. Entah bila akan bercantum.
Cari-cari bulu ayam bercantum jua akhirnya.
4. Personifikasi
Daun pokok pisang melambai-lambainya seolah-olah mengeji.
5. Metafora - Bara kata-kata
Nilai
1. Nilai menghormati ibu bapa.
Israk menolak baik pelawaan ayahnya untuk makan durian bersama-sama
keluarganya
2. Nilai ketabahan.
Wah amat tabah membesarkan anaknya tanpa kehadiran suami.
3. Nilai keprihatinan
Mikraj amat
prihatin akan perasaan neneknya yang sentiasa terguris dengan perbuatan dan
kata-kata abangnya yang seolah-olah mengejek dan memperlekehkan kehidupan
miskin neneknya.
4. Nilai kasih sayang
Wah amat menyayangi anak cucunya, sehingga sanggup
menggunakan tenaga tuanya untuk menyelamatkan cucunya yang jatuh ke dalam
sungai walaupun Israk selalu menyakiti hatinya.
Pengajaran
1. Kita hendaklah
menghormati orang yang lebih tua daripada kita terutama dari segi percakapan
dan perbuatan kita.
2. Kita mestilah mengetahui
asal usul kita agar kehidupan kita selari dengan kehendak agama dan masyarakat.
3. Kita haruslah menjaga
perlakuan dan kata-kata kita terhadap sesiapa sahaja agar orang di sekeliling
kita tidak merasa tersinggung dan kurang senang kepada kita.
4. Kita haruslah sentiasa
bersyukur terhadap apa-apa sahaja yang kita nikmati kerana ada orang lain yang
tidak bernasib baik seperti kita.
5. Kita mestilah berterima
kasih terhadap apa-apa bantuan yang telah diterima.
________________________________________________________________________________________________
Pemain
Catur
(Zaharah
Nawawi)
SINOPSIS
Enam beradik daripada
keturunan ternama dalam permainan catur iaitu Uj, Ul, Us, Uk, Ur dan Um. Mereka terkenal kerana berketurunan al-Hakam
iaitu rakan sepermainan Abu Bakar Muhammad Yahya as-Suli, iaitu salah seorang
daripada dua pemain shatrani yang disegani di dunia. Uj merupakan anak sulung dalam keluarga
tersebut mengajak Um adik bongsunya berlawan permainan catur. Bagi Uj, Um ialah adik yang paling mudah
untuk dibentuk berbanding adik-beradiknya yang lain. Dia berharap Um dapat menggantikannya sebagai
tonggak keluar. Um semakin berminat untuk
bermain catur setelah mendengar kisah kehebatan pemain catur ternama di
dunia. Kempen Uj berhasil.
Uj
mengajak Um berlawan catur untuk menguji pengetahuan. Um menolak dengan alasan bahawa dia hilang
fokus ketika bermain kerana memikirkan soal ibunya yang sedang sakit. Um terpaksa menerima cabaran Uj untuk
berlawan catur secara terbuka.
Perlawanan berlangsung dengan sengit.
Ahli keluarga yang lain tidak menyenangi perlawanan tersebut. Uj hampir kalah. Um berkalih untuk minum. Beberapa detik
kemudian buah caturnya telah berubah. Um
segera mengalih semula buah catur tersebut.
Uj tidak berpuas hati lalu menjerit dan menghentak meja. Uj menuduh Um penipu dan memaksa Um mengaku
kalah. Um ke bilik air mencuci muka
untuk menenangkan diri. Sekembalinya ke
meja apabila duduk, kakinya terkuis sebotol asid di bawah meja. Um berasa amat sakit. Ibunya yang ketika itu sedang sakit berasa
amat hiba sehingga diserang angin ahmar.
Keadaan
semakin haru-biru, tiada sesiapa yang mengaku bertanggungjawab meletakkan botol
asid itu. Berlaku tuduh menuduh antara
Um dengan Uj. Ibu meminta mereka
bertenang namun, diabaikan. Keluarga
tersebut mula berpecah kepada dua, iaitu ada yang menyokong Uj dan ada yang
menyokong Um.
TEMA
Keruntuhan
moral dalam institusi kekeluargaan yang menyebabkan berlakunya perpecahan.
Sikap tidak mahu mengalah dan bertolak ansur
menyebabkan berlakunya pergaduhan antara Uj dengan Um. Mereka sanggup bertelingkah hanya kerana
permainan catur. Malah pergaduhan itu
juga telah menyebabkan perpecahan dalam keluarga mereka. Ibu mereka yang sedang sakit juga telah
diabaikan.
PERSOALAN
1. Persoalan sikap bangga yang menguasai
diri.
Sikap Uj dan Um yang tidak mahu mengalah dan
mahu menang menyebab mereka bertelagah.
Sedangkan hubungan mereka adalah sedarah iaitu adik-beradik.
2. Persoalan keharmonian dalam keluarga harus
diutamakan.
Ibu yang sedang sakit amat risau tentang
pergaduhan anak-anaknya yang boleh menyebabkan keharmonian terganggu.
3. Pengkhianatan sesama ahli keluarga.
Ahli keluarga terutama Uj dan Um bertindak di
luar batasan semata-mata untuk menentukan kehebatan mereka dalam permainan
catur.
PLOT
Secara keseluruhannya plot drama digarap
mengikut kronologi. Terdapat empat peringkat garapan plot iaitu:
(i)
Permulaan
Cerita
dimulakan dengan apabila Um mengajak Uj berlawan catur bagi menentukan siapa
yang lebih hebat.
(ii)
Perkembangan
Uj
berusaha menanam semangat dalam permainan catur kepada adiknya agar mengulangi
sejarah kecemerlangan keluarga mereka sebagai pemain catur terhebat. Cerita diteruskan lagi dengan Uj dan Um mula
berlawan catur. Perlawanan berlangsung
dengan sengit untuk mencari kemenangan.
(iii)
Konflik
Uk
berbisik kepada Uj kononnya Um sedang membaca buku catur besar dan tebal yang
dibelinya dari luar negara untuk mengalah Uj dan mendapatkan kehormatan
keluarga.
(iv)
Klimaks
Pengkhianatan
berlaku apabila kaki Um terkena asid yang diletakkan di bawah meja catur.
(v)
Peleraian
Ibu mereka diserang
angin ahmar dan keluarga mereka berpecah kepada dua. Satu pihak menyokong Um dan satu pihak lagi
menyokong Uj.
WATAK
DAN PERWATAKAN
Watak
Utama
Uj
·
Abang sulung yang
menjadi ketua keluarga.
·
Mempunyai lima orang
adik dan pandai bermaina catur.
·
Beliau juga adalah
penyadang anugerah IGM dalam pertandingan catur.
·
Pemarah – cepat panas
baran apabila berhadapan dengan cabaran terutama ketika bermain catur.
·
Berbangga akan keturunan - Mendedahkan keturunannya yang hebat iaitu
al-Hakam juara catur terbaik dunia pada kurun ke-17 kepada Um.
·
Bersemangat tinggi - sentiasa mahukan kemenangan dalam setiap perlawanan
yang disertai, serta mahu menaikan nama keluarganya setaraf dengan pemain catur
ternama dunia.
·
Pilih kasih -
hanya mengagungkan adik-beradiknya yang pandai bermain catur sahaja
untuk mewarisi penguasaan keluarganya.
Watak
Sampingan
1.
Um
·
Adik bongsu kepada
Uj.
·
Masih muda dan
berpotensi dalam permainan catur.
·
Mempunyai semangat
juang yang tinggi - sanggup membaca buku
dari luar negara untuk mendalami permainan catur.
·
Berani – sanggup
menyahut cabaran abangnya walaupun sudah mengetahui akan kehebatan Uj dalam
permainan catur.
·
Mengambil berat – Um
sentiasa berfikir tentang kesihatan ibunya sedang sakit darah tinggi.
·
Mementingkan diri
sendiri – Um tetap bertelingkah dengan Uj walaupun, telah dilarang oleh ibunya
sehinggakan ibunya mengalami angin ahmar.
TEKNIK
PENCERITAAN
1.
Pemerian
Pengarang menceritakan tentang watak Uj
yang telah berjaya memperoleh gelaran IGM dalam permaian catur.
2.
Dialog
Perbualan di antara Uj dengan Um ketika
hendak memulakan perlawanan catur sehingga menceritakan akan kehebatan keluarga
mereka.
3.
Imbas
Kembali
Mengimbas kembali akan moyang mereka
iaitu keturunan al-Hakam yang amat terkenal dalam permainan catur pada kurun ke
17.
4.
Suspens
Pembaca tertanya-tanya akan keputusan
perlawanan catur antara Uj dengan Um yang tidak berkesudahan.
LATAR
Latar masa
·
Berlaku selama tiga
hari tiga malam semasa pertandingan berlangsung antara Uj dengan Um.
Latar tempat
·
Rumah keluarga Uj
·
Biliik air
Latar masyarakat
·
Masyarakat yang mahir
dalam permainan catur contohnya keluarga Uj.
·
Masyarakat yang bangga
dengan keturunan contohnya Uj yang
seringkali menceritakan kehebatan keluarganya bermain catur kepada Um.
·
Masyarakat yang kaya
raya contohnya Uj dan adik beradiknya menugaskan dua orang doktor untuk merawat ibu mereka
yang sakit
GAYA
BAHASA
1. Bahasa asing contohnya bahasa Indonesia
(ruwet), bahasa Arab (kudrat)
2. Metafora contohnya cahaya kepintaran
3. Simile contohnya … Abang Uj seperti David the Gnome…
4. Sinkope contohnya … kota saya tadi
di kanan, ni kenapa di kiri pula? …
5. Peribahasa contohnya … batu api ….
NILAI
1. Nilai keberanian contohnya Um menyahut
cabaran abangnya Uj untuk bertanding catur.
2. Nilai kegigihan contohnya Um berusaha
bersungguh-sungguh menelaah buku tentang permainan catur.
3. Nilai kasih sayang contohnya Uj menyayangi adiknya
Um.
PENGAJARAN
1. Kita
hendaklah berusaha bersungguh-sungguh agar berjaya dalam hidup
2. Semangat
keberanian perlulah dimiliki oleh setiap individu agar semua cabaran yang
ditempuh dapat diatasi dengan baik.
3. Kita
hendaklah saling menyayangi antara adik-beradik kita agar kehidupan bahagia dan
harmoni.
____________________________________________________________________________________________
Mellisa
(Abdullah Hussain)
SINOPSIS
Mellisa,
seorang gadis Cina, berasa menyesal kerana mengikut ajakan Farid ke pejabat
surat khabar yang menyebabkan dia berkenalan dengan Syahid. Peristiwa itu telah
membuatkan dia teringat akan Hisyam. Wajah Syahid menyerupai wajah Hisyam iaitu
kawannya sewaktu kecil dahulu. Mellisa terkenang akan kemesraannya bersama-sama
dengan Hisyam. Mereka selalu bermain bersama-sama dan Hisyam pernah menyatakan
hasratnya untuk berkahwin dengan Mellisa apabila mereka sudah besar nanti.
Malangnya Hisyam telah terkorban dalam peristiwa 13 Mei. Peristiwa hitam itu
sukar luput daripada ingatan Mellisa. Justeru, dia memilih peristiwa 13 Mei
sebagai latihan ilmiah untuk sarjana muda dalam bidang Sejarah.
Mellisa jatuh hati kepada Syahid kerana keberaniannya
dan hubungan mereka semakin rapat. Namun, keakraban Mellisa dan Syahid tidak
lama kerana Mellisa meninggalkan Syahid. Dia mengambil keputusan itu kerana
tugas dan tanggungjawabnya kepada tanah air. Dia amat cinta akan negaranya dan
memilih untuk mengetepikan perasaan hatinya. Dia menjadi anggota tentera kerana
tidak mahu peristiwa 13 Mei berulang lagi.
TEMA
Percintaan antara dua insan yang berbeza budaya.
Mellisa seorang gadis berketurunan Cina, pernah menyulam
kasih semasa zaman kanak-kanaknya dengan budak keturunan Minang namun kecundang
kerana kematian menjemput Hisyam akibat rusuhan 13 Mei. Setelah dewasa, Mellisa
jatuh cinta dengan Syahid yang juga pemuda Melayu dan seiras Hisyam namun
akhirnya terpaksa meninggalkan Syahid tanpa berita kerana telah dipanggil
bertugas sebagai tentera.
PERSOALAN
1.
Persoalan pengorbanan demi cinta akan negara.
Mellisa sanggup
mengorbankan keperluan dirinya dengan meninggalkan orang yang dicintai untuk
menyahut panggilan mempertahankan negara.
2.
Persoalan persengketaan antara kaum
Hasyim dan ibunya telah menjadi mangsa rusuhan kaum pada
13 Mei di Jalan Petaling semasa dalam perjalanan pulang dari rumah keluarganya
di hadapan Stadium Negara.
3.
Persoalan kesedaran terhadap sejarah negara.
Mellisa yang pernah melalui zaman 13 Mei mengkaji sejarah
peristiwa itu melalui tesisnya hingga menimbulkan rasa tanggung jawab kepada
negara dan tanah air.
PLOT
Binaan
Plot
1. Permulaan
Mellisa atau Mei terperanjat melihat Syahid yang persis
Hisyam kekasih zaman kanak-kanaknya setelah diperkenalkan oleh Farid di pejabat
surat khabar. Bagi Mei, Hisyam seolah-olah wujud dalam diri jejaka itu
menyebabkan mereka mudah mesra dan akhirnya Mei menerima pelawaan Syahid untuk
makan tengah hari. Mei seolah-olah telah jatuh cinta pandang pertama kepada
Syahid.
2. Perkembangan
Mei teringat akan Hisyam, hero masa kecilnya yang selalu
bermain dan menjaga keselamatannya. Hisyam juga sering menyatakan hasratnya
akan mengahwini Mei apabila dewasa kelak. Kematian Hisyam dalam rusuhan kaum 13
Mei cukup berbekas dalam dirinya menyebabkan dia sering dihantui pertanyaan
demi pertanyaan tentang punca peristiwa tersebut boleh meletus dalam kehidupan
masyarakatnya. Akhirnya, persoalan tersebut
mendapat penjelasan apabila Mei menjalankan latihan ilmiah untuk ijazah
Sarjana Muda dalam bidang Sejarah. Hubungan kilatnya dengan Syahid semakin
akrab.
3. Klimaks
Mei mendapat panggilan menjadi tentera setelah selesai
menghabiskan pengajiannya dalam bidang Sejarah. Keputusan Mei meninggalkan
Syahid untuk mencapai impiannya membuahkan perasaan marah dalam diri Syahid
kerana Syahid berasa seolah-olah dipermain-mainkan oleh Mei.
4. Peleraian.
Akhirnya gadis keturunan Cina ini melupakan keperluan dan
angan-angannya untuk menjadi kekasih yang baik dan isteri yang taat demi ingin
melihat negara dan rakyatnya hidup
dengan aman damai dan harmoni sebagai satu bangsa yang merdeka. Yang penting
sekali agar peristiwa 13 Mei itu tidak akan berulang lagi.
TEKNIK PENCERITAAN
1. Imbas kembali
“Mei, Mei!” kata Hisyam.“Apabila aku sudah bekerja nanti
kita kahwin.Mak aku pasti suka. Aku akan ajar kau agama Islam.”
Dia
tersenyum. Terhibur dengan ingatannya masa kecil-kecil dahulu.
2. Teknik Pemerian
Dalam kesibukan dan kebisingan bunyi mesin tulis dan
komputer bercampur baur dengan deringan telefon dan suara manusia, seorang
lelaki berjalan ke arahnya yang sedang berdiri di samping Farid.
3. Teknik Monolog Dalaman
Aku
tidak pernah bertemu dengan orang ini sebelum ini, bawah sedarnya berbisik.
4. Teknik Dialog
“Siapa?”
“Mei! Ada telefon.”
“Okey.Saya
datang.”
WATAK DAN
PERWATAKAN
Watak Utama
Mellisa
1. Nama panggilannya ialah
Mei.
2. Gadis berketurunan Cina
dan nenek moyangnya berasal dari
Guangdong.
3. Seorang yang lincah,
suka bercakap dan bersifat terbuka.
4. Bersemangat patriotik
Mellisa
seorang gadis yang sanggup meninggalkan keperluan diri semata-mata kecintaannya
terhadap negara dengan menjadi tentera.
5. Mempunyai daya ingatan
yang tinggi.
Ingatan
Mellisa terhadap semua peristiwa yang pernah berlaku pada zaman kanak-kanaknya
bersama Hisyam seolah-olah baru berlaku sedangkan pada masa itu dia baru
berumur 5 tahun. Ingatannya ini juga yang menyebabkan dia nekad mencari jawapan
punca rusuhan yang meragut nyawa ‘hero’nya berlaku.
6. Seorang yang terpelajar.
Mellisa
merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Sastera.
Watak Sampingan
Hisyam
1. Berketurunan Minang.
2. Seorang yang warak - rajin ke masjid terutama pada waktu maghrib.
3. Penyayang - amat menyayangi Mellisa.
4. Rajin – sering membantu ibunya menjual kuih koci dan nasi
lemak setiap pagi.
5. Bercita-cita tinggi – dia ingin menjadi peguam atau tentera.
Syahid
1. Pengarah Syarikat surat
khabar
2. Wajahnya persis Hisyam.
3. Berani – dia berani
menghulurkan salam perkenalan kepada Mellisa.
4. Suka berterus terang – dia berterus terang tentang perasaannya terhadap
Mellisa.
LATAR
Latar Masa
1. Siang - Pertemuan
antara Farid dan Mellisa dengan Syahid di syarikat surat khabar.
2. Senja atau waktu Maghrib - Hisyam ke
masjid untuk sembahyang berjemaah.
3. 13 Mei – berlakunya rusuhan kaum yang telah mengorbankan
Hisyam.
Latar Tempat
1. Pejabat Syahid - Mellisa dan
Farid berjumpa atas urusan kerja
2. Rumah Mellisa, - Hisyam menumbuk anak orang putih yang memegang tangan
Mellisa.
3. Kampung Baru- tempat responden Mellisa menghantar sahabat baiknya
balik ke rumah pada 13 Mei 1969, yang akhirnya menyebabkan tunangnya meninggal
dunia dan mukanya berparut semasa bergelut dengan perusuh.
4. Jalan Petaling, tempat berakhirnya riwayat Hisyam dan ibunya yang
dibunuh perusuh.
Latar Masyarakat
1. Masyarakat muda yang
amat cinta akan negara
Mellisa
amat cinta akan negara lebih-lebih lagi setelah mengetahui peristiwa yang
menyebabkan rusuhan kaum yang berlaku pada zaman kanak-kanaknya dahulu.
2. Masyarakat berbilang kaum yang hidup harmoni
Keluarga
Mellisa yang berketurunan Cina duduk sekampung dengan keluarga Hisyam dengan
aman dan damai sehinggalah peristiwa berdarah 13 Mei berlaku.
3. Masyarakat pelajar yang
gigih.
Mellisa amat tekun menyiapkan tesisnya dengan membuat
rujukan terperinci dengan menyemak
pelbagai dokumen, buku, akhbar dan majalah.
4. Masyarakat miskin
Hisyam
tinggal di rumah setinggan.
5. Masyarakat majmuk yang bersengketa
Akibat
sentimen yang ditanam oleh penjajah
kepada penduduk Tanah Melayu menyebabkan rusuhan kaum berlaku.
GAYA BAHASA
1. Simile - Kumisnya yang kecil bak satu garis hitam
2. Peribahasa Bertegang urat leher,
Tidak lari gunung dikejar
3. Personifikasi - Angin utara itu telah menyerbu masuk ke dalam biliknya.
4. Metafora - Bisul rusuhan
NILAI
1.
Nilai kasih sayang
Mellisa amat menyayangi Hisyam iaitu hero zaman
kanak-kanaknya dan tetap terkenang akannya walaupun peristiwa yang meragut
nyawa Hisyam telah lama berlalu.
2.
Nilai kegigihan.
Mellisa amat tekun dan gigih mencari maklumat tentang
peristiwa yang mencetuskan peristiwa 13 Mei 1969, dengan mengumpul bukti bukan
sahaja melalui pembacaan daripada pelbagai dokumen, tetapi melalui pertemuan
bersama-sama responden yang terlibat secara terus dengan peristiwa berdarah
itu.
3.
Nilai keberanian.
Hisyam amat berani melindungi Mellisa. Hisyam telah
menumbuk anak orang Inggeris yang
memegang tangan Mellisa.
4. Cinta akan tanah air
Mellisa seorang gadis yang sanggup meninggalkan keperluan
diri semata-mata kecintaannya terhadap negara dengan menjadi tentera
PENGAJARAN
1. Kita haruslah menyedari
bahawa pertelingkahan antara kaum hanya akan menimbulkan masalah.
2. Kita haruslah bersungguh-sungguh
dalam melakukan sesuatu perkara agar pekerjaan yang kita lakukan akan
membuahkan hasil yang memuaskan.
3. Kita janganlah mudah
menyimpan dendam terhadap mereka yang melakukan kesalahan terhadap kita.
4. Kita mestilah mempunyai
semangat cinta akan negara kerana dengan semangat inilah kita boleh hidup
dengan aman dan sejahtera.
___________________________________________________________________________________________
Biarkan Samudera
(Raihanah Salleh)
SINOPSIS
Mir
atau Amirah mengalami tekanan jiwa. Penyakit tersebut menyebabkan Mir tidak
berminat terhadap banyak perkara dan sering menyisihkan diri daripada
kawan-kawan serta masyarakat. Mir sering
bercakap sendirian dan perlakuan peliknya itu telah disedari oleh sahabat
baiknya Hakimah. Semuanya berpunca
daripada rumahnya yang dahulu yang terletak di tepi pantai sudah dirobohkan
untuk dijadikan tempat peranginan.
Disebabkan itu, kehidupannya yang lampau hanya tinggal kenangan. Dia sering teringatkan masa silam bersama
ayahnya yang bekerja sebagai nelayan serta pesanan-pesanan ayahnya. Keadaan Mir semakin membimbangkan disebabkan
oleh ibunya juga telah meninggal dunia sejak dia kecil lagi. Semuanya datang menghantuinya. Menyedari hal itu, Hakimah sebagai kawan baik
mengajak Mir ke kampungnya ketika cuti semester. Hakimah berusaha membantu Mir yang mengalami
konflik jiwa itu dengan bantuan ibunya.
Ibu Hakimah yang tahu keadaan Mir yang sering menyendiri itu, lalu
menghadiahkan telekong berenda. Ibu
Hakimah mahu Hakimah membantu Mir mengenali Tuhan yang satu. Kesannya, Mir mula beransur pulih daripada
konflik jiwa yang dihadapinya itu. Mir
berjanji akan menggunakan telekong pemberian ibu Hakimah. Keadaan ini menggembirakan Hakimah apabila
melihat Mir semakin tenang dan beransur pulih.
TEMA
Konflik dalaman yang
dihadapi oleh seorang pelajar.
Konflik dalaman yang dihadapi oleh pelajar
yang bernama Amirah atau Mir adalah disebabkan oleh rumah ayahnya akan
dirobohnya untuk dijadikan tempat peranginan.
Oleh itu, beliau sering memikirkan akan kesan kehilangan rumah tersebut
yang akan menyebabkan kenangan bersama ayahnya juga akan hilang. Jadi beliau sering menyendiri sehingga ada
kalanya bercakap sendirian sehinggakan kaunselor menganggap kelakuan tersebut
sebagai penyakit skizofrenia.
PERSOALAN
1. Persoalan kemiskinan para nelayan
Kehidupan nelayan yang digambarkan melalui
watak ayah Amirah terlalu daif melalui keadaan rumah dan juga tempoh masa
ayahnya yang berada di lautan. Malah
segala-galanya serba kekurangan.
2. Persoalan keikhlasan dalam persahabatan
Keprihatinan seorang sahabat untuk membantu
rakannya yang mengalami tekanan perasaan dapat dilihat melalui usaha ikhlas
Hakimah. Hakimah membawanya pulang ke
kampung untuk bercuti. Malah, dengan
bantuan ibunya yang menghadiahkan telekung akhirnya Amirah beransur pulih
daripada tekanan perasaan tersebut.
3. Persoalan keinsafan untuk mendekati ajaran
agama.
Ibu Hakimah menghadiahkan kain telekung
kepada Amirah agar beliau dapat mendekatkan diri kepada Tuhan. Usaha itu amat berkesan apabila Amirah mula
berubah tingkah laku.
4. Persoalan kepetingan menjaga alam sekitar
Bapa Amirah sering berpesan kepadanya agar
sentiasa menghargai lautan yang mempunyai banyak kepentingan kepada
manusia. Oleh itu, Amirah sering
membayangkan akan keindahan pantai dan bunyi ombak dalam kehidupannya.
PLOT
Secara keseluruhannya plot cerpen digarap
mengikut kronologi. Terdapat empat peringkat garapan plot iaitu:
(i) Permulaan
Cerita dimulakan
dengan memperkenalkan watak Amirah yang mengalami tekanan perasaan. Amirah dapat melanjutkan pelajaran ke
universiti tempatan dan tinggal bersama seorang rakan bernama Hakimah.
(ii) Perkembangan
Amirah sering
memikirkan kehidupan ayahnya di kampung yang telah berpindah ke rumah panjang kerana
rumah mereka di tepi pantai akan dirobohkan untuk dijadikan tempat
peranginan. Dia juga sering teringat
akan pesanan ayahnya untuk menjaga pantai daripada sebarang pencemaran. Sahabatnya Hakimah cuba membantu dengan cara
membawanya pulang ke kampung untuk bertemu dengan ibunya.
(iii) Konflik
Sikap Amirah semakin
berubah kerana fikirannya semakin bercelaru memikirkan masalah keluarganya.
(iv) Klimaks
Ibu Hakimah
menyuruhnya mengajar Amirah mendekati diri Tuhan lalu, Ibu Hakimah
menghadiahkan kain telekung.
(v) Peleraian
Amirah berjanji akan
menggunakan kain telekung tersebut.
Akhirnya Amirah sembuh dan kembali seperti biasa.
TEKNIK
PENCERITAAN
1. Pemerian
Pengarang memerikan perihal kehidupan ayah Amirah yang
bekerja sepanjang hari di dalam lautan mencari rezeki.
2. Dialog
Perbualan antara
Amirah dengan Hakimah membincangkan soal lautan dan juga ombak yang sering
didengari oleh Amirah.
3. Imbas Kembali
Mir mengimbas kembali kata-kata ayahnya yang menyuruh dan
memesannya agar menjaga lautan daripada pencemaran.
4. Suspens
Pengarang membiarkan pembaca
tertanya-tanya perkara yang berlaku kepada rumah Mir di tepi pantai.
5.
Monolog
Dalaman
Mulut
Mir terkumat-kumit mengingati tentang khazanah kehidupan nelayan yang perlu
dijaga untuk kelangsungan ekosistem.
6.
Monolog
Luaran
Mir mengulangi kata-kata ayahnya tentang
apa yang harus dilakukan ketika rumah kesayangan mereka dirobohkan. “apa yang harus kulakukan?”
WATAK
DAN PERWATAKAN
Watak
Utama
Mir /
Amirah
·
Anak seorang nelayan
yang menuntut ilmu di universiti tempatan.
·
Ibunya telah meninggal
dunia ketika dia dilahirkan.
·
Anak tunggal.
·
Mengidap penyakit
skizofrenia yang menyebabkan Mir menjadi pendiam.
·
Memiliki rambut yang
cantik.
·
Seorang yang penyayang
- Amirah anak yang baik kerana sentiasa memikirkan nasib dan pesanan ayahnya
yang tinggal di rumah panjang.
·
Suka menyendiri - Amirah mula berubah sikap mengasingkan
kerana tekanan perasaan.
·
Tabah - Amirah tetap
meneruskan pembelajaran walaupun, dihimpit oleh kesusahan hidup keluarganya.
Watak
Sampingan
1.
Hakimah
·
Gadis yang sedang
menuntut di universiti tempatan bersama-sama dengan Amirah.
·
Ibu yang tinggal di
kampung.
·
Sahabat yang baik -
Sentiasa bersedia membatu rakannya yang mengalami tekanan perasaan.
·
Prihatin - Membawa
Amirah pulang ke kampungnya untuk bertemu dengan ibunya.
·
Penyayang - Hakimah
amat baik dengan ibunya dan sentiasa berkongsi segala masalah kepada
ibunya.
2.
Ayah
·
Ayah kepada Amirah.
·
Bekerja sebagai
nelayan.
·
Sudah tua
·
Tinggal di rumah
panjang di kampung.
·
Badannya agak kurus.
·
Kehidupannya miskin -
Rumah yang dibina di atas tanah kerajaan akan dirobohkan untuk pembangunan
·
Redha dengan takdir
Tuhan - Menerima nasib dirinya yang
terpaksa berkongsi rumah panjang kerana rumahnya di tepi akan dirobohkan.
·
Gigih - Ayah seorang yang kuat semangat untuk terus
mencari rezeki di laut bagi menampung kehidupan dia dengan anaknya.
3.
Ibu
·
Ibu kepada Hakimah
·
Tinggal di kampung.
·
Seorang yang baik hati
- menghadiahkan Amirah telekung dengan niat agar Amirah mendekatkan diri dengan
Tuhan.
·
Penyayang - Mendidik
anaknya dengan baik sehingga berjaya melanjutkan pelajaran ke luar negara.
·
Prihatin - Menyedari
sahabat Hakimah sakit lalu ibu membantu Amirah agar mendekati diri dengan
Tuhan.
·
Patuh kepada ajaran
agama - Sentiasa mengingati Hakimah agar
mengajar Amirah membaca al-Quran dan mengenali Tuhan yang satu.
LATAR
Latar
Masa
·
Waktu Hujan - Ketika itu Amirah kembali teringat kata-kata
dan juga pesanan ayahnya.
·
Hari Sabtu - Hakimah mengajak Amirah berjalan-jalan di
kota untuk menenangkan fikiran.
Latar
Tempat
·
Di laut- tempat ayah
Amirah yang menjadi nelayan mencari rezeki.
·
Di rumah Hakimah –
Hakimah membawa Amirah bercuti juga menceritakan masalah Amirah.
·
Di Kampung - Bapa Amirah tinggal di rumah panjang di
kampung.
·
Di Kampus - Tempat Amirah dan Hakimah belajar.
Latar
Masyarakat
·
Masayarakat yang
saling sayang menyayang - Amirah menyayangi ayahnya yang tinggal di kampung.
·
Masyarakat yang
prihatin - Hakimah mengambil berat soal kesihatan sahabatnya yang mengalami
tekanan perasaan.
·
Masyarakat yang
berpendidikan tinggi - Amirah dan
Hakimah menuntut di Intitusi Pendidikan tinggi tempatan.
·
Masyarakat yang miskin
- Ayah amirah mewakili sekumpulan
nelayan yang tinggal di rumah panjang secara berkongsi dan miskin.
·
Masyarakat yang
berpegang teguh kepada ajaran agama
- Ibu Hakimah meminta Hakimah
menghadiahkan telekung agar Amirah kembali kepada Tuhan yang satu.
GAYA
BAHASA
1. Simile - “Ayah sayangkan laut itu seperti ayah
sayangkan kau Mir”.
2. Sinkope – kau, ku
dan tak
3. Repitasi - Berpintal-berpintal
dan bergulung-gulung. Berpintal-pintal
dan bergulung-gulung.
4. Peribahasa - hati
perut.
5. Hiperbola - “Aku bercakap dengan ombak dengan samudera.”
NILAI
1. Nilai
kasih sayang - Kasih sayang Amirah
kepada ayahnya tidak pernah berbelah bahagi.
2.
Nilai prihatin - Hakimah dan ibunya membantu Amirah untuk
kembali sihat kerana kasihan
kepadanya.
3. Nilai kesabaran – Hakimah kelihatan sabar
menghadapi dugaan yang melanda hidupnya apabila rumah mereka akan dirobohkan.
4. Nilai rasional - Ayah Amirah rela menerima suratan takdir yang
rumahnya akan dirobohkan untuk pembangunan.
5. Nilai patuh kepada agama –
Ibu Hakimah digambarkan sentiasa berpegang kepada ajaran agama sehinggakan
menghadiahkan tudung kepada Amirah.
PENGAJARAN
1.
Kita hendaklah
tolong-menolong sesama manusia terutama terhadap sahabat yang sedang dalam
kesusahan.
2.
Kita mestilah sentiasa
mengingati Tuhan kerana dengan mengingati Tuhan jiwa akan tenang untuk melalui
kehidupan seharian.
3.
Kita haruslah
berfikiran rasional dalam menghadapi sebarang ujian daripada Tuhan agar kita
tidak bertindak di luar batasan.
4.
Kita hendaklah menjaga
hubungan kekeluargaan terutama dengan ibu dan bapa yang keseorangan di kampung.
5.
Kita haruslah
menyayangi ibu dan bapa yang telah bersusah payah menjaga dan memberi
pendidikan kepada kita.
_____________________________________________________________________________________________
No comments:
Post a Comment