23 March 2013


TEKNIK MENGARANG CARA MUDAH
(Sesuai untuk PMR dan SPM)

PENJELASAN RINGKAS

BAHAGIAN PENDAHULUAN


Ayat 1 Ayat penyataan tema (mayapada,marcapada…..)
Ayat 2 Definisi tema (Dari segi konsepsinya.....)
Ayat 3 Ayat rangsangan (mengapa/bagaimana/siapa)
Ayat 4 Ayat contoh / tokoh (Menurut......)
Ayat 5 Ayat arah soalan (Oleh itu,....(arah soalan)

BAHAGIAN ISI

Ayat 1 Ayat tema soalan (tema/tajuk)
Ayat 2 Ayat rangsangan ( 5 W + 1 H)
Ayat 3 Ayat rangsangan( 5 W + 1 H))
Ayat 4 Ayat contoh / tokoh
Ayat 5 Ayat rumusan perenggan (Oleh hal yang demikian , Oleh itu...)


BAHAGIAN KESIMPULAN


Ayat 1 Ayat rumusan keseluruhan  tema (Kesimpulannya, Akhirulkalam ...)
Ayat 2 Ayat rangsangan harapan (Semoga….)
Ayat 3 Ayat rangsangan Pandangan (sememangnya,.....)
Ayat 4 Ayat rangsangan cadangan(Oleh itu, kita perlu....)
Ayat 5 Ayat rangsangan kesimpulan perenggan(Sekiranya....) 





RAHSIA MENGHILANGKAN MENGANTUK

Oleh Dr Tengku Asmadi Tengku Mohamad



RAMAI pelajar apabila mahu belajar terasa mengantuk. Ada tidak sampai 10 minit berada depan buku, mata terasa berat. Tidak tahu apa yang dibaca dan ini merugikan diri pelajar itu sendiri.

Kali ini saya mahu membincangkan faktor-faktor menyebabkan mengantuk ketika belajar dan bagaimana cara mengatasinya.
1. Tidak cukup tidur. Ini memang punca utama ramai pelajar mengantuk ketika guru mengajar di sekolah. Ada sesetengah pelajar yang tidur lewat malam sehingga pukul 1 pagi sedangkan esok hari persekolahan dan terpaksa bangun awal.

Ada yang tidur lewat kerana menelaah pelajaran. Ada pula pelajar yang tidur lewat kerana membuang masa dengan aktiviti yang tidak berfaedah seperti mendengar radio dan melayari Internet sehingga pagi.


Jika ini masalahnya, nyatalah yang anda belum menetapkan matlamat dalam hidup. Pelajar yang bermatlamat tidak buang masa dengan urusan yang sia-sia.


Jika anda tidur lewat kerana mengulang kaji pelajaran, anda perlu mengubah tabiat buruk itu. Ingat pelajar yang cemerlang ialah mereka yang ‘study smart’ bukan semata-mata ‘study hard’.


2. Tidur yang berlebih-lebihan. Tidur yang terlalu lama dan kerap menjadikan anda mengantuk. Tidur yang mencukupi ialah di antara enam hingga lapan jam sehari. Pastikan anda tidak tidur lebih dari tempoh waktu ini.


3. Makan terlalu banyak. Ini satu tabiat buruk. Apabila anda kuat makan, perut anda terpaksa bekerja kuat memproses makanan itu. Proses ini memerlukan ba­nyak oksigen dan mengerah banyak tenaga. Ini membuat­kan anda mudah mengantuk waktu dalam kelas dan ketika mengulang kaji.


4. Badan terlalu letih. Ada ketikanya anda mengantuk disebabkan badan terlalu letih dengan aktiviti sepanjang hari. Jika ada masalah mengantuk cuba senaraikan semua aktiviti luar anda.

Ada ketikanya anda bersukan atau beriadah secara keterlaluan. Bermain bola di waktu petang secara berlebih-lebihan, berbasikal keliling kampung berjam-jam. Semua aktiviti ini memerah keringat dan membuatkan anda keletihan.

Beriadah dan senaman memang baik untuk kesihatan, tetapi tujuannya kena betul. Perbaiki matlamat anda beriadah.

Anda beriadah untuk segar pada waktu malam bagi menelaah pelajaran.

Ada pelajar keletihan disebabkan aktiviti kokurikulum yang berlebih-lebihan. Anda tidak perlu terlalu aktif dalam kegiatan kokurikulum hinggakan tiada masa untuk mengulang kaji dan sehingga memenatkan badan.

Oleh itu, pastikan kegiatan harian anda seimbang antara pencapaian akademik dan pembabitan kokurikulum. Pastikan anda tidak kesuntukan masa supaya anda tetap segar dan tidak mengantuk di waktu malam.


5. Tiada minat belajar. Masalah ini sering dijadikan alasan ramai pelajar. Sebelum saya pergi lebih jauh, cuba fikirkan sejenak antara minat dengan belajar, manakah yang wujud dulu?

Minat tidak tercetus dengan sendirinya dalam diri anda. Ia sesuatu yang wujud disebabkan pengaruh tertentu seperti guru yang baik, penguasaan pelajaran yang sempurna dan markah yang tinggi.

Pernahkah anda dengar adanya pelajar yang dapat markah 90% dalam sejarah berkata yang dia tidak minat sejarah?

Minat timbul apabila anda lihat dalam diri ada potensi untuk pergi lebih jauh. Minat mula timbul apabila anda dapat rasakan yang anda mula menguasai sesuatu mata pelajaran.

Oleh itu, yang perlu anda perbaiki ialah cara belajar anda dan kegigihan anda sendiri. Anda perlu mempunyai kemahiran belajar yang tinggi agar mudah menguasai setiap perkara baru yang dipelajari.


Berikut adalah beberapa saranan apabila anda membaca buku-buku pelajaran:

Lihat seimbas semua muka surat yang anda baca. Dapatkan rangka kasar tentang teks yang bakal anda baca. Dapatkan satu gambaran menyeluruh.


Perhatikan perkara-perkara yang berikut:

Tajuk-tajuk kecil - dapat­kan perkaitan antara satu tajuk dengan tajuk yang lain seperti rajah, jadual, carta dan peta.

PENANDA WACANA 

PENANDA WACANA UNTUK AYAT PENDAHULUAN KARANGAN

• Sedasarwasa ini sering meniti dari bibir ke bibir umat manusia di segenap empat penjuru 
  dunia ini tentang isu …
• Era pascaperindustrian dan pascaglobalisasi yang serba mencabar akal dan minda kita 
  telah ….
• Sudah terang lagi bersuluh, semakin hari kita semakin menghampiri ambang 2020. Keadaan 
   ini 
   menandakan titik permulaan pelbagai cabaran dan rintangan yang bakal menghambat.
• Dasawarsa ini, sama ada kita sedar atau tidak lantaran terlalu dihidangkan dengan 
  pembangunan negara 
   yang semakin gah di persada dunia. Namun disebalik itu, kita acapkali tersentak oleh 
   pelbagai permasalahan sosial yang beronal yang dicetuskan oleh rakyat kita sendiri.
• Dalam dunia yang dilingkari kemajuan sains dan teknologi ini …
• Sejak dua dan tiga dekad kebelakangan ini memang kita dapat menyaksikan …


PENANDA WACANA UNTUK AYAT TERAKHIR PENDAHULUAN KARANGAN

• Oleh itu, kebaikan dan keburukan yang mewarnai fokus perbincangan akan dihuraikan  
  dengan terperinci demi kebaikan bersama.
• Sebagai memperkukuhkan lagi penyataan tersebut, punca-punca yang menunjangi masalah 
  ini perlu diperincikan demi kebaikan bersama.
• Usaha pasti akan membuahkan hasil kalau pelbagai langkah yang efektif dan drastik 
  dilakukan segera untuk mengatasi masalah yang sudah bersarang lama di negara kita ini.
• Setelah meneliti dan mengkaji sehingga ke akar umbi, saya bersetuju dengan pendapat yang   
  menyatakan …….
• Tiada ubat yang tiada penawarnya, maka langkah-langkah yang konkrit, sistematik dan 
  pragmatik harus dijalankan secara berterusan agar masalah ini boleh dibasmi hingga ke akar 
  umbi.


PENANDA WACANA UNTUK AYAT PERTAMA SETIAP PERENGGAN

• Kita dapat menyaksikan betapa…
• Kita seharusnya berterima kasih kepada pihak kerajaan kerana…
• Lazimnya, dalam keadaan …
• Namun demikian, suatu hakikat yang tidak boleh dikesampingkan ialah …
• Pada hemat saya …
• Pada pandangan saya …
• Pada realitinya, memang tidak dapat dinafikan bahawa …
• Sebagaimana yang kita ketahui
• Sebagaimana yang kita maklumi
• Sejak awal lagi
• Sejak kebelakangan ini
• Selain itu, pada masa ini juga
• Seperti yang telah dinyatakan
• Umum mengetahui bahawa
• Lanjutan daripada huraian yang telah dinyatakan di atas


PENANDA WACANA UNTUK AYAT 2 DAN SETERUSNYA DALAM KARANGAN

• Bagi sesetengah orang …
• Begitu juga dengan …
• Begitu juga halnya dengan …
• Bertitik tolak daripada itu …
• Bukan itu sahaja …
• Dalam hal ini …
• Dalam konteks ini ..
• Dalam zaman yang serba canggih ini …
• Daripada realiti ini dapat kita katakan bahawa …
• Dengan adanya …
• Dengan berbuat demikian …
• Dengan perkataan lain ..
• Disebabkan hal itu
• Disebabkan keistimewaan inilah kita ..
• Hal ini berlaku disebabkan
• Hal ini penting dalam
• Hal ini serupa dengan
• Hal yang serupa berlaku apabila
• Ini disebabkan
• Ini membuktikan bahawa
• Ini menggambarkan bahawa
• Ini secara tidak langsung akan
• Ini semua meninggalkan kesan kerana
• Ini tentu sekali membuatkan
• Jadi kita perlu
• Jadi kita hendaklah
• Keadaan ini tentunya
• Lantaran itu sehingga kini
• Kesemua ini menyumbang kepada
• Kita mengakui hakikat bahawa
• Kita sering menonton di kaca televisyen
• Kita sering membaca di dada-dada akhbar
• Memandangkan keadaan yang sedemikian
• Namun sejak kebelakangan ini
• Oleh itu, bolehlah dikatakan
• Secara logiknya masa yang
• Sejak seawal usia kemerdekaan negara ini lagi, kita
• Keadaan ini seharusnya boleh
• Walaupun demikian, sejak akhir-akhir ini
• Kendatipun demikian, kita masih
• Yang paling nyata ialah
• Yang perlu kita pastikan ialah

PENANDA WACANA UNTUK MENYATAKAN STATISTIK

• Berdasarkan perangkaan terkini yang diperoleh didapati sebanyak
• Bukti yang jelas dan terkini yang berkaitan dengan perkara ini menunjukkan
• Statistik yang sahih lagi tepat telah dikeluarkan oleh Kementerian ….. pada tahun …… menunjukkan bahawa sebanyak …………

PENANDA WACANA UNTUK MENYATAKAN CONTOH

• Sebagai contohnya
• Biar kita lihat
• Biar kita ambil contoh
• Bagi membuktikan perkara ini, contoh yang boleh diketengahkan ialah
• Sebagai analoginya,
• Contoh yang ketara yang paling dekat dengan kita ialah

PENANDA WACANA UNTUK KESIMPULAN KARANGAN

• Intihanya,
• Sebagai menggulung segala yang telah diperkatakan di atas
• Konklusinya,
• Dengan ini diharapkan
• Bukan itu sahaja
• Mudah-mudahan perkara ini
• Dengan keizinan Tuhan yang maha esa, kita yakin dan percaya bahawa
• Jika semua masyarakat berganding bahu, ibarat ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni, insyallah perkara ini akan …
• Demi merealisasikan visi kudsi Wawasan 2020, marilah kita bersama-sama

KATA-KATA HIKMAT DIGUNAKAN DALAM KARANGAN

1. baik kaya ialah kaya hati,sebaik-baik bekal ialah takwa,seburuk-buruk buta ialah buta hati 
      dan sebesar-besar dosa ialah berdusta.
2. Kecantikan yang abadi terletak pada keelokkan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan 
     terletak pada wajah dan pakaiannya. (Hamka).
3. Orang yang takut menghadapi kesukaran selamanya tidak akan maju. ~Horne
4. Yang dikatakan kawan bukanlah orang yang sentiasa memuji-muji kamu, tetapi adalah 
    orang yang dapat menunjukkan kesalahan kamu.
5. Kalau hidup ingin merdeka, Tiada tercapai hanya berkata, Ke muka maju sekata, maju kita, 
    Melemparkan jauh jiwa hamba. ~Usman Awang
6. "Dan berbuatlah kamu akan kebaikan supaya kamu mendapat kemenangan." ~Surah al-
      Hajj:77
7. "Maka sifat sabar itu adalah sikap yang baik, dan hanya Allah sajalah tempat meminta 
      pertolongan" ~Surah Yusuf:18
8. Berunding cerdik dengan pandai, faham dua menjadi satu.
9. Yang paling kita perlukan dalam kehidupan ialah adanya seseorang yang selalu memberi 
    semangat untuk melaksanakan hal-hal yang dapat kita kerjakan. ~Davey John Schwartz
10. "Peristiwa itu memberi pengajaran kepada saya mengenai bagaimana guru besar perlu 
     bersikap profesional dan tidak menggunakan emosi dalam melakukan tindakan." ~Tengku 
      Habsah Tengku Petera (Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan)
11. "Satu perkara yang menakutkan saya pada masa ini ialah peningkatan gejala rasuah. 
     Secara umumnya, lebih tinggi rasuah yang ada, lebih kurang kemerdekaan yang dimiliki." 
      ~Profesor Diraja Ungku Aziz
12. Sabar penghilang penat, tekun pembawa dekat.
13. Lebih berharga mutiara sebutir daripada pasir sepantai.
14. Terbang bangau sepanjang hari, ke tasik jua akhirnya dicari.
15. Biar kamu tidak cantik di mata penduduk bumi tetapi namamu menjadi perbualan 
       penduduk langit.
16. Siapa yang banyak bicara, banyak pula salahnya; siapa yang banyak salah, hilanglah 
       harga dirinya; siapa yang hilang harga dirinya, bererti dia tidak warak; sedangkan orang 
       yang tidak warak itu bererti hatinya mati. ~ Saidina Ali Abu Talib
17. Sabda Rasulullah s.a.w: "Akhlak yang buruk merosakkan amal seperti cuka merosakkan 
       madu."
18. Kita sering mengimbas kembali kenangan lalu tetapi jarang sekali berusaha untuk 
       mengejar impian hari esok.
19. Manusia yang berbuat baik dengan mengharapkan sesuatu balasan bukanlah manusia 
       yang jujur. Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat, asalkan kamu bersabar 
       dan berpegang teguh dengan agama Allah. (surah Al-Baqarah:214)
20. Kekitaan yang erat tiada yang berat.
21. Belajarlah berdiri dahulu sebelum cuba untuk berlari.
22. Orang bakhil tidak akan terlepas daripada salah satu daripada empat sifat yang 
      membinasakan iaitu; dia akan mati dan hartanya akan diambil warisnya, lalu dibelanjakan 
       bukan pada tempatnya atau; hartanya akan diambil secara paksa oleh penguasa yang 
       zalim atau; hartanya menjadi rebutan orang-orang jahat dan akan digunakan untuk 
       kejahatan atau; adakalanya harta itu akan dicuri dan digunakan untuk berfoya-foya. - 
       SAIDINA ABU BAKAR
23. Kekayaan yang hilang boleh dikejar dengan usaha yang bersungguh-sungguh. Kesihatan 
       yang hilang boleh diperolehi dengan ubat-ubatan yang baik tetapi masa yang hilang sekali 
        hilang akan terus hilang.
24. Jadilah seperti pohon kayu yang berbuah lebat, dibaling dengan batu dibalas dengan buah.
25. Tunjuk menjadi telaga budi, ajar menjadi suluh hati.

Teknik Acuan Ayat 5 W + 1 H

Apa (what), 
Siapa(who)
Bila(when)                       5 W
Di mana(where)
Mengapa(why) 
Bagaimana(how)             1 H

Teknik ini amat bersesuaian digunakan oleh calon SPM untuk menjawab soalan 3(a) dalam Kertas 2 Bahasa Melayu.

Soalan contoh:
Bina ayat dengan menggunakan perkataan `gerakan’.
Untuk membina ayat dengan menggunakan perkatan `gerakan’, murid hendaklah melakukan langkah-langkah yang berikut:

Langkah 1: Bina frasa `’melancarkan gerakan” (apa)

Langkah 2: Masukkan subjek ayat (siapa)

”Pihak polis melancarkan gerakan”

Langkah 3: Masukkan keterangan (Mengapa)
”Pihak polis melancarkan gerakan untuk memburu penjenayah yang kejam itu ”

Langkah 4- Masukkan keterangan masa (Bila)
”Pihak polis melancarkan gerakan untuk memburu penjenayah yang kejam itu pada petang semalam.”

Langkah 5- Masukan keterangan tempat (Di mana)
”Pihak polis melancarkan gerakan untuk memburu penjenayah yang kejam itu pada petang semalam di sekitar hutan yang tebal itu.”

Langkah 6- Masukkan keterangan cara (Bagaimana)
”Pihak polis melancarkan gerakan untuk memburu penjenayah yang kejam itu pada petang semalam di sekitar hutan yang tebal itu dengan menggunakan seekor anjing.”


Soalan Kuiz:
(a) Tulis satu ayat bagi setiap perkataan di bawah dengan menggunakan Teknik Peluasan 5W1H supaya jelas menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan serta menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.
(i) gerangan
(ii) berangan
(iii) barangan
(iv) larangan
(v) bayangan
(vi) kayangan

JAWAPAN

(i) GERANGAN
Siapakah gerangan tuan hamba (3) yang begitu berani (5) menyelamatkan beta (1) daripada ancaman lanun dengan menggunakan sebilah pedang panjang (6) di tengah-tengah lautan (4) yang sedang bergelora sebentar tadi (2)?

(ii) BERANGAN
Pagi tadi (2), sambil menopang dagunya dengan tangan kirinya(6), Amir (3) berangan (1) ketika gurunya sedang mengajar (2) di dalam kelas (4) kerana dia rindu akan buah hatinya, Siti (6).

(iii) BARANGAN
Semalam (2), kerajaan (3) telah mengadakan Kempen Belilah Barangan Buatan Malaysia (1) di sebuah pusat beli-belah terkemuka di ibu negara (4) yang bertujuan untuk menggalakkan pengguna membeli barangan buatan Malaysia (5) dengan harga yang berpatutan dan membantu pengusaha tempatan (6) untuk menghadapi pertumbuhan ekonomi yang kurang memberangsangkan (5).

(iv) LARANGAN
Mulai April 2011 (2), kerajaan (3)akan menambah zon larangan merokok (1)di semua tempat kerja yang mempunyai sistem pendingin hawa dan lobi-lobi hotel (4) serta mengenakan hukuman yang tinggi kepada prokok (6) bagi melindungi kepentingan kesihatan orang ramai terutama yang tidak merokok akibat terhidu asap rokok (5) .

(v) BAYANGAN
Pada setiap malam (2), ketika di kamar (4), iaitu sebelum tidur, bayangan wajah nenek (3)yang telah meninggal dunia lima tahun lalu masih jelas di dalam mindaku (1) kerana nenek merupakan insan yang selalu memberikan perangsang dan dorongan (5) atas kejayaanku pada hari ini dengan sentiasa menggalakkanku mengerjakan solat dan belajar dengan bersungguh-sungguh (6).

(vi) KAYANGAN
Seri Dewi Maya(3) yang tinggal di alam kayangan telah turun ke dunia (1) pada malam itu(2) dengan menaiki kuda terbangnya (6) bagi menjalani kehidupan sebagai seorang manusia biasa (5) di sebuah hutan belantara (4).

Catatan:
Nombor (1) hingga (5) yang terdapat dalam ayat (i) hingga (vi) di atas mewakili:
1-apa, 2-bila, 3-siapa, 4-di mana 5-mengapa, 6. bagaimana

Latihan:
(a) Tulis satu ayat bagi setiap perkataan di bawah dengan menggunakan Teknik Peluasan dan Teknik Acuan Ayat supaya jelas menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan serta menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.
i. Menghadiahkan – menghadiahi
ii. Menganugerahkan – menganugerahi
iii. Menghutangkan – menghutangi