07 February 2012

SINOPSIS NOVEL MELUNAS RINDU

Melunas Rindu 
(Hartini Hamzah)


Sinopsis

Bahagian 1

Fuad lewat pulang ke rumah petang itu setelah sekian lama ke hutan untuk mencari kayu api. Setibanya di rumah dia disapa Mak Salmah (Mak Mah) yang baru selesai solat maghrib. Menyedari kelewatannya, setelah selesai bersolat maghrib dia terus bergegas ke surau untuk solat isyak berjemaah. Seperti kebiasaannya juga sebelum menunaikan solat isyak, Fuad mengambil kesempatan untuk membaca al-Quran bergurukan Pak Mail. Selesai solat isyak Fuad menyedari Borhan suami kepada Masnah tidak berjemaah bersama kerana anaknya Muhamad Alif demam. Tiba di rumah Borhan, Fuad mengambil keputusan untuk menyewa kereta membawa Muhamad Alif ke klinik. Sementara menunggu, Fuad mengambil kesempatan menuju ke bank berdekatan bagi memastikan jumlah wang sebanyak dua ratus ribu ringgit yang dilihatnya beberapa hari sebelum ini. Selesai menjelaskan bil klinik, Fuad terus memandu pulang bersama Borhan beserta isteri dan anaknya. Setibanya di rumah, Fuad masih terkenangkan jumlah wang yang dimasukkan oleh ayahnya ke dalam akaunnya. Dalam hati, Fuad berterima kasih atas pemberian ayahnya itu.

Bahagian 2

Pada petang itu Fuad meluangkan masa dengan menikmati keindahan pantai Batu Buruk. Sambil menikmati keindahan pantai, Fuad melayan perasaannya apabila mengenangkan bagaimana dia dapat mencari kedamaian dalam dirinya sebagai seorang Islam. Masih lagi terbayang dalam fikirannya Mak Mah suatu ketika dulu membencinya kerana dia dikatakan penyebab kematian Sofia. Walhal dia hanya berniat membawa Sofia berjumpa dengan ayah dan ibunya. Mujurlah ada Pak Ismail yang merupakan satu-satunya tempat dia bergantung harap. Namun kesabaran Fuad membuatkan Mak Salmah akhirnya dapat menerima hakikat kehilangan Sofia yang juga merupakan adik Fuad. Pada waktu yang sama juga Fuad terbayangkan alangkah baiknya sekiranya Sofia masih hidup. Fuad tersedar dari lamunannya apabila mendapati waktu hampir senja. Setelah sampai di rumah, Pak Mail telahpun bersedia untuk ke surau. Balik sahaja dari surau Fuad menyatakan hasratnya kepada Pak Ismail untuk membeli tanah milik Awang Sojar.

Bahagian 3

Fuad, Pak Ismail dan Mak Mah mengusahakan tanah yang dibeli dari Awang Sojar. Fuad membeli tanah tersebut bertujuan membantu dan membalas jasa Pak Mail dan Mak Mah yang telah menjadikan dia dan Sofia sebagai anak angkat. Selain itu, Fuad juga membelikan sebuah motosikal untuk kemudahan Pak Mail dan Mak Salmah. Mak Salmah pernah terlantar di hospital apabila mendapat berita kematian Sofia walaupun hanya sebagai ibu angkat. Seminggu kemudian Pak Ismail dan Fuad didatangi seorang lelaki yang memperkenalkan dirinya sebagai Abas. Sebenarnya tujuan Abas yang juga merupakan guru penolong kanan Sekolah Menengah Seri Setia adalah untuk meminta pertolongan Fuad mengajar Bahasa Inggeris di sekolah tersebut. Tawaran tersebut dibuat kerana Fuad berkelulusan ijazah Pentadbiran Perniagaan dari Amerika Syarikat. Fuad menerima tawaran tersebut sebagai guru sandaran.

Bahagian 4

Fuad melaporkan diri sebagai guru sandaran di Sekolah Manengah Seri Setia pada awal pagi. Cikgu Abas sebagai guru penolong kanan memberi kepercayaan kepada Fuad untuk mengajar Bahasa Inggeris tingkatan satu dan lima. Di kantin, Fuad diperkenalkan kepada seorang guru yang juga ketua panitia Bahasa Inggeris bernama Farhana. Farhana memberi taklimat ringkas kepada Fuad tentang tugasnya sebagai guru Bahasa Inggeris. Fuad diberi tanggungjawab untuk mengajar tiga kelas tingkatan lima dan dua kelas tingkatan tiga. Jam dua petang Fuad bertolak pulang setelah tamat sesi persekolahan.

Bahagian 5

Farhana menyenaraikan program panitia untuk dibentangkan dalam mesyuarat nanti. Seketika kemudian, Fuad menghampiri Farhana untuk memulangkan buku yang dipinjamnya. Farhana mengambil kesempatan untuk meminta idea Fuad bagi memenuhi slot program panitia tersebut. Program tersebut diberi nama program Personal Guidance. Selesai perbincangan mereka, Fuad berpesan kepada Farhana supaya mengambil jagung yang dibawanya dari rumah. Pada mulanya Farhana tidak percaya tetapi akhirnya Fuad dapat meyakinkan Farhana. Setelah tamat mesyuarat pada tengah hari tersebut, Farhana teringat pesanan Fuad supaya mengambil jagung sebelum pulang. Farhana berasa kagum dengan sikap Fuad yang menghormati waktu azan semasa mengagihkan jagung.

Bahagian 6

Fuad berjalan menuju ke kantin setelah selesai mengajar lima masa. Semasa di kantin dia sempat berbual dengan Cikgu Zamani tentang pengajaran di sekolah. Setelah membayar minuman Fuad berjalan ke bilik guru dan ternampak satu kertas kecil menyatakan bahawa ada seseorang ingin berjumpanya di pintu pagar. Setibanya di pintu pagar sekolah, dia mendapati Chin sedang menunggunya. Mereka berbual di kantin sekolah. Chin menyatakan tujuannya berjumpa dengan Fuad adalah kerana amanah Robert Lim iaitu ayah Fuad untuk bertanya khabar tentangnya. Selain itu, Chin juga mewakili Robert Lim untuk memastikan Fuad menerima duit yang dimasukkan ke dalam akaunnya. Di saat itu, Fuad menyedari bahawa dia masih belum boleh memaafkan ayahnya. Dia juga memberitahu Chin bahawa apabila tiba masa yang sesuai dia akan berjumpa dengan ayahnya, Robert Lim. Akhir perbualan mereka, Chin berpesan kepada Fuad supaya mengunjungi ibu dan bapa saudaranya yang dianggap ibu dan bapa kandungnya di Sungai Ruan. Di saat itu juga Fuad terkenangkan ibunya yang sudah meninggal dunia. Sampai di rumah Fuad menyatakan hasratnya kepada Pak Ismail untuk mencari kubur arwah ibunya di Sungai Ruan.

Bahagian 7

Fuad mengambil kesempatan sempena cuti persekolahan untuk ke Sungai Ruan. Tujuannya adalah untuk mencari kubur ibunya di samping mengunjungi ibu dan bapa saudaranya. Dalam perjalanan Fuad sempat singgah di bazar yang menjual pakaian dan kraf bercirikan Terengganu. Semasa membeli pakaian untuk adik, ibu dan bapanya Fuad ternampak Farhana sedang berbaris untuk membeli tiket bas ke Kuantan. Fuad mempelawa Farhana menumpangnya kerana mereka melalui perjalanan yang sama. Dalam perjalanan mereka berbual-bual tentang latar belakang masing-masing. Jam empat petang mereka sampai di Taman Tas, Kuantan iaitu rumah Farhana. Farhana memperkenalkan Fuad kepada ibu serta empat orang adiknya.

Bahagian 8

Di Sungai Ruan, suasana muram menyelubungi isi rumah keluarga Peter Lim. Semenjak Peter Lim terlantar sakit akibat demam, isterinya Swee Lan yang menjaga makan minum serta kebajikan anak-anaknya. Tetapi semenjak ketiadaan Fuad, Peter Lim tidak lalu makan atau minum. Mujurlah Robert Lim yang merupakan adik suaminya memberi bantuan kewangan. Swee Lan hanya menorah getah dan dengan hasil pekerjaannya itulah digunakan untuk menampung semua perbelanjaan. Ketibaan kereta Fuad di hadapan rumah Swee Lan menyedarkannya daripada terus mengelamun. Kehadiran Fuad disambut dengan tangisan oleh ibu saudaranya itu. Bapa saudaranya iaitu Peter Lim juga telah lalu makan dan minum setelah disuap oleh Fuad. Fuad berjanji menanggung segala perbelanjaan persekolahan Mei Lin, Ah Soh dan Guan. Keesokan harinya Fuad bertanyakan Peter Lim dan Swee Lan tentang ibunya. Ibu dan bapa saudaranya menceritakan serba sedikit tentang ibunya. Mereka juga menyatakan bahawa Ah Sok iaitu peneroka Lembah Klau yang melarikan Fuad semasa kecil. Kematian ibunya iaitu Mariana dirahsiakan daripada pengetahuan umum kerana bimbang difitnah. Fuad juga dimaklumkan bahawa ibunya mempunyai seorang kakak. Sewaktu di surau, Fuad telah berkenalan dengan seorang lelaki dalam lingkungan umur lima puluhan dikenali sebagai Pak Said. Pak Said bersetuju untuk menemani Fuad ke Lembah Klau untuk mencari kubur ibunya pada keesokan harinya.

Bahagian 9

Di rumah Farhana, sehari sebelum Fuad ke Lembah Klau, Farhana masih menantikan panggilan telefon daripada Fuad. Sambil menunggu panggilan daripada Fuad, Farhana sempat melayan perasaannya. Farhana teringat semasa dia masih belajar dalam bidang pendidikan Bahasa Inggeris di London dulu. Dalam masa yang sama Farhana terkenang pula perkenalannya dengan Fuad. Fuad banyak memberi dorongan kepadanya sebagai pendidik. Perasaannya terganggu dengan teguran ibunya supaya menunaikan solat dengan segera. Ibunya juga cuba mengagak status hubungan Farhana dengan Fuad. Selang beberapa ketika kemudian ibu Farhana pula terkenangkan arwah suaminya yang bekerja sebagai anggota polis. Kematian suaminya adalah disebabkan oleh penyakit kanser usus. Farhana juga diberitahu ibunya bahawa rakannya Yati telah bertunang.

Bahagian 10

Fuad menjemput Pak Said untuk ke rumah Pak Ngah Lias di Felda Lembah Klau. Kereta yang dipandu Fuad berhenti di sebuah kedai makan untuk bertanya arah. Fuad berasa lega kerana Pak Ngah Lias yang dicarinya masih hidup. Ketika berada di rumah Pak Ngah Lias, Pak Said menceritakan serba sedikit latar belakang Fuad kepada Pak Ngah Lias. Pak Ngah Lias amat terkejut apabila mengetahui bahawa Fuad merupakan anak kepada Robert Lim (nama Islamnya Roslan ). Pak Ngah Lias memberitahu bahawa Seman telah memberikan nama Abdul Halim kepada Fuad dan setelah dua puluh tujuh tahun barulah Fuad mengetahui nama sebenarnya. Berpuluh-puluh tahun Pak Ngah Lias menyimpan misteri kehilangan Abdul Halim walaupun cuba dijejaknya beberapa waktu selepas kematian Seman. Pak Ngah Lias mengatakan bahawa ibu Fuad iaitu Mariana tinggal di Kuala Lipis bersama kakak angkatnya Mariah. Selepas waktu Asar mereka bertolak ke Kuala Lipis untuk bertemu Mariah namun diberitahu bahawa Mariah sudah lama berpindah. Fuad bertemu Pak Samsudin, jiran Mariah dahulu dan mengetahui bahawa ibunya masih hidup. Fuad memberitahu hal tersebut kepada Peter Lim dan swee Lan. Justeru, Swee Lan mencadangkan supaya Fuad menemui bapanya di kuala Lumpur agar dapat membantu
mencari ibunya. Peter Lim memberitahu Fuad bahawa bapanya masih menyimpan cincin yang telah ditempah khas ketika perkahwinan mereka. Cincin itu telah diberikan kepada Mariana dan satu lagi cincin disimpan oleh bapanya.

Bahagian 11

Suasana masih hangar-bingar di blok C bangunan Sek. Men. Seri Setia walaupun kelas lanjutan pada petang itu sudah lama berlangsung. Cikgu Abas tidak berpuas hati kerana suasana hangar-bingar seperti itu kerap kali berlaku semenjak program kelas lanjutan diadakan. Cikgu Abas juga begitu menyukai Fuad yang merupakan seorang guru yang rajin walaupun hanya sebagai guru sementara di sekolah itu. Sikap Fuad jauh berbeza dengan Cikgu Zamani yang telah lama mengajar di sekolah tersebut. Tengah hari esoknya dalam mesyuarat guru, Cikgu Abas meluahkan kemarahannya kepada sebahagian guru yang tidak menjalankan tanggungjawab sebagai seorang guru.

Bahagian 12

Fuad memberikan kad ucapan hari lahir kepada Farhana dan mengajak Farhana keluar berjalan-jalan. Pada pukul lima petang, Fuad menjemput Farhana di rumahnya. Mereka berdua menaiki kereta mengelilingi pusat Bandar dan singgah di Restoran Terapung di taman Syahbandar. Selepas itu Fuad mengajak Farhana pergi ke rumah Pak Ismail dan Mak Salmah. Mereka makan malam dan solat Isyak berjemaah di sana. Selepas itu, mereka meminta izin daripada Mak Salmah untuk berangkat pulang. Sebelum masuk ke kereta, Farhana sempat dipeluk oleh Mak Salmah.

Bahagian 13

Dalam perjalanan ke rumah Cikgu Zamani, dari kejauhan Fuad terdengar suara tetamu di rumahnya. Namun Fuad kehairanan setelah mendapati hanya tiga tetamu yang berada dalam rumah Cikgu Zamani iaitu Cikgu Amin, Cikgu Azli dan Cikgu Rosli. Selesai makan Fuad menyedari agenda sebenar Cikgu Zamani menjemputnya adalah untuk mempengaruhi Fuad menyertai jemaahnya. Walaubagaimanapun Fuad tidak memberi sebarang keputusan sama ada bersetuju atau sebaliknya. Dalam perjalanan pulang, Fuad terkenang akan Farhana. Dia berharap supaya Farhana dapat memberikan kebahagiaan kepada Mak Salmah sebagaimana Sofia suatu masa dahulu.

Bahagian 14

Robert Lim melemparkan beg bimbitnya ke atas sofa sebaik sahaja memasuki ruang tamu. Terlalu banyak perkara yang merunsingkan fikirannya terutamanya berkaitan Mariana, ibu Fuad. Kalau betul cerita yang disampaikan oleh Peter Lim tempoh hari bermakna kukuh benarlah kenyataan bahawa Mariana masih hidup. Robert Lim meminta Chin menemaninya ke Terengganu untuk berjumpa dengan Fuad. Robert Lim ingin memberikan cincin dan gambar Mariana kepada Fuad. Tiga hari selepas itu, Robert Lim dan Chin pun bertolak ke Terengganu. Pak Ismail dan Mak Salmah terkejut dengan kedatangan Robert Lim. Namun, Robert Lim dan Chin tidak sempat berjumpa dengan Fuad kerana Fuad pergi ke Kuantan. Robert Lim bercadang menemui Fuad di Kuantan untuk memberikan cincin tersebut.

Bahagian 15

Sejak kebelakangan ini, Farhana sering bertengkar dengan Cikgu Zamani hingga menimbulkan suasana tidak selesa di bilik guru. Tiba sahaja di rumah, Fuad terus mandi dan menunaikan solat Zuhur. Ketika itu Pak Ismail baru pulang dari sawah. Pak Ismail dapat meneka ketidakceriaan di wajah Fuad. Setelah makan, Fuad duduk-duduk di beranda rumah. Selalunya pada waktu begitu dia akan melelapkan mata tetapi tidak pada hari itu. Akhirnya Fuad memutuskan untuk ke rumah Borhan. Borhan sedang bersantai di luar rumah waktu Fuad tiba. Borhan gembira menyambut kedatangan Fuad. Mereka berdua berbual-bual kosong. Namun, Borhan dapat melihat kemuraman di wajah Fuad. Keresahan yang berpanjangan akhirnya memaksa Fuad menghubungi Farhana namun Cikgu Zalifah memberitahu Farhana menjaga ibunya yang sakit di hospital. Fuad mengambil keputusan untuk menemui Farhana di Kuantan.

Bahagian 16

Kira-kira pukul enam petang Fuad tiba di pekarangan Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan. Fuad menemui Farhana di kafetaria hospital. Farhana terkejut dengan kehadiran Fuad. Sebenarnya Farhana tidak mahu menyusahkan Fuad namun Fuad tetap ingin menemani Farhana menjaga ibunya di hospital. Fuad menemui ibu Farhana dan bertanyakan keadaannya. Selepas itu Fuad ke rumah farhana menemui adik-adik Farhana. Kedatangan Fuad disambut mesra oleh adik-adik Farhana. Kemudian Fuad kembali ke hospital dan mendapati Farhana sudah tidur di tepi katil ibunya. Fuad duduk termangu di hujung katil sambil menanti kalau-kalau Farhana terjaga untuk diajak berbual. Ketika mundar-mandir di hujung katil, Fuad terpandang kad rawatan ibu Farhana yang terletak di atas meja dan tertulis nama Mariana Binti Osman. Fuad terkejut sambil matanya memandang ibu Farhana yang terbaring di katil hospital itu. Timbul pelbagai persoalan dalam hati Fuad yang memungkinkan Fuad mendapat petunjuk tentang ibunya. Fuad bertanyakan Farhana berkaitan asal usul ibu Farhana. Farhana memberitahu Fuad bahawa ibunya ada menyimpan sebuah kotak kecil yang menjadi rahsia ibunya selama ini. Fuad dapat mengagak bahawa kotak tersebut pasti berisi cincin. Tiba-tiba muncul Chin, Pak Ismail dan bapanya Robert Lim di hospital itu. Fuad terus memeluk bapanya dan menjadikan Farhana agak terpinga-pinga. Fuad bertanyakan berkaitan cincin tersebut dan Robert Lim mengeluarkan cincin itu dari dalam poket bajunya. Fuad menceritakan satu per satu penemuannya sambil dibantu oleh Farhana. Akhirnya semua persoalan telah terjawab dan ternyata Farhana merupakan adik tiri Fuad. Farhana terkejut dengan kenyataan yang dihadapinya dan dia menangis teresak-esak. Fuad memujuk Farhana dan meminta Farhana reda dengan ketentuan Ilahi. Ternyata, ibu kandung Fuad sudah berada di depan matanya.

Bahagian 17

Fuad dan Farhana telah bersepakat untuk menyimpan terlebih dahulu rahsia yang baru terbongkar daripada pengetahuan ibu mereka setelah mengambil kira keuzurannya. Fuad menyatakan hajat untuk mengadakan kenduri kesyukuran di Danau Seberang. Ibu dan adik-adiknya akan dibawa sekali. Menjelang hari khamis ibunya dibenarkan keluar dari hospital. Fuadlah yang menguruskan segala-galanya. Farhana masih lagi kelihatan sedih atas ketentuan yang telah ditakdirkan antara dirinya dengan Fuad. Kemurungan Farhana amat menggusarkan Fuad. Di sekolah, Fuad dan Farhana ingin berjumpa dengan Cikgu Abas dan Tuan Haji Samad namun Tuan Haji Samad tidak ada pada hari itu kerana bermesyuarat di Kemaman. Cikgu Abas terperanjat mendengar cerita daripada Fuad. Fuad meminta bantuan daripada Cikgu Abas untuk memberitahu perkara tersebut kepada guru-guru lain. Hal ini amat penting bagi Fuad untuk mengelakkan sebarang fitnah kerana
Farhana sudah bersetuju untuk tinggal di rumah Pak Ismail. Justeru, Cikgu Abas berjanji akan mengadakan mesyuarat tergempar pada hari itu juga khusus untuk menguar-uarkan perihal Fuad dan Farhana. Fuad mendapat tawaran Kursus Perguruan Lepasan Ijazah di maktab Perguruan Ilmu Khas, Kuala Lumpur manakala Cikgu Zamani juga akan bertukar ke sekolah lain.

Bahagian 18

Mariana mengikut kakak angkatnya Mariah ke Bentong iaitu kampung halaman Husin suami kepada Mariah selepas sepuluh hari melahirkan Fuad. Di situ mereka sama-sama mengusahakan kebun getah peninggalan orang tua Husin untuk menyambung kehidupan. Husin berhenti kerja di Pejabat Tanah semata-mata kerana menurut kemahuan Mariah yang ingin menyelamatkan masa depan Mariana. Mariana terkena penyakit gila meroyan selepas bersalin dan anaknya dilarikan orang. Setelah Seman meninggal dunia , hal kehilangan anak Mariana tidak dapat disembunyikan lagi. Mariana ditinggalkan oleh Roslan menyebabkan hidupnya hilang arah. Beberapa bulan selepas itu, Mariana berkahwin dengan Fakhrudin dan mereka berpindah ke Pekan. Kemudian Fakhrudin berpindah ke Kuantan. Sebelum meninggal dunia Fakhrudin membelikan Mariana dan anak-anaknya sebuah rumah kos sederhana melalui pinjaman kerajaan. Mariana bahagia sepanjang hidup bersama Fakhrudin sehingga dikurniakan lima orang cahaya mata. Walau bagaimanapun, Mariana masih mengingati anaknya Abdul Halim. Mariana begitu yakin bahawa Abdul Halim dipelihara oleh Peter Lim

Bahagian 19

Fuad mengambil kesempatan semasa cuti panjang persekolahan dengan membawa ibunya, Mak Salmah dan Pak Ismail menunaikan umrah di Makkah. Pada mulanya agak sukar bagi Fuad mendapatkan pelepasan untuk ibunya lantaran masalah kesihatan yang dihadapi oleh ibunya. Akhirnya dia berjaya juga membawa ibunya menunaikan umrah dengan syarat ibunya perlu dibawa berjumpa doctor hari sekali sepanjang sepuluh hari berada di sana. Sebelum berlepas menaiki pesawat, Robert Lim datang menemui Fuad dan ibunya. Robert Lim memandang wajah Mariana dengan perasaan bersalah dalam dirinya. Robert Lim meminta Fuad menjaga ibunya dengan baik. Fuad dan bapanya saling berpelukan sambil menahan sebak.

 Sumber Rujukan : Bahagian Pembangunan Kurikulum (KPM)


SINOPSIS NOVEL KABUS DI PERBUKITAN

KABUS DI PERBUKITAN


SINOPSIS

Bab 1 : Pucuk-pucuk Kayu di Hadapan Matanya

           Rahayu sukar bangun pagi kerana menyiapkan tugasan pada malam sebelumnya. Badannya juga kurang sihat. Namun dia bergegas bangun kerana dia berjanji akan ke perpustakaan bersama-sama Azrul. Tepat pukul 8.00 dia tiba di perpustakaan. Azrul mengajak Rahayu bersarapan terlebih dahulu dan mereka berbual-bual tentang tugasan yang diberikan oleh pensyarah. Rahayu memberitahu dia berasa lega apabila dapat menyiapkan tugasan. Azrul pula menceritakan rancangannya untuk ke KLCC pada hujung minggu kerana menyertai kempen Persatuan pencinta Alam. Kempen itu dinamakan Save Our River untuk menyelamatkan sungai yang tercemar. Rahayu berminat ikut serta dan niat itu dipersetujui oleh Azrul. Mereka berdua memang akrab dan berhasrat untuk berkahwin. Malahan perhubungan mereka juga tidak ditentang oleh ibu bapa masing-masing. Azrul sangat aktif dalam aktiviti alam sekitar. Dia sering menyertai ekspedisi mendaki gunung. Rahayu pula berminat dengan aktiviti Azrul tetapi dia menghidap penyakit asma. Dia merupakan pelajar dalam jurusan pembangunan manusia. Ketika di perpustakaan, tiba-tiba Ayu jatuh dan pengsan. Dia dikejarkan ke Pusat Kesihatan UPM. Ketika itu imbas kembali memaparkan kisah faridah dan Mastura. Faridah mahu ke Raub dengan memandu van. Dia ingin menenangkan fikirannya. Tunangnya telah memutuskan pertunangan mereka tanpa sebarang alasan. Dalam perjalanan tiba-tiba Faridah disapa oleh Iqbal, seorang muridnya yang mengalami sindrom down. Hal ini amat mengejutkan Faridah yang melihat Iqbal bersama-sama Mastura ketika dia bertolak. Faridah hilang kawalan terhadap vannya lalu melanggar penghadang jalan. Vannya terjatuh ke dalam gaung.

Bab 2 : Hilang Tanpa Jejak

       Ghazali dan Said iaitu pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat telah ke rumah Faridah untuk menyampaikan berita kehilangan Faridah dan Iqbal. Salmah , ibu Faridah berasa sangat sedih menerima berita itu kerana Faridahlah tempat dia bergantung. Majlis sembahyang hajat dan doa selamat diadakan di kampung diketuai oleh Imam Haji Sohod. Ghazali dan Said pergi ke Bukit Fraser untuk mengetahui maklumat tentang kehilangan Faridah. malam itu mereka ditemani oleh pegawai-pegawai polis telah ke tempat kejadian. Namun mereka hanya dapay melihat van yang berada lebih kurang 50 kaki di dalam gaung. Pihak penyelamat akan menarik van itu keluar dengan bantuan anggota tentera. Malam itu Ghazali dan Said bermalam di Rumah Rehat Gap di Bukit Fraser. Mereka ditemani oleh beberapa orang pegawai polis termasuk Sarjan Yusoff. Keadaan yang terlalu sejuk menyebabkan Ghazali mengenang nasib Faridah dan Iqbal yang masih hilang. Semua usaha yang dijalankan termasuk menggunakan pasukan Senoi Praak untuk mengesan mangsa menemui jalan buntu. Sarjan Yusoff mencadangkan agar mereka menggunakan bomoh kerana bimbang ada pengaruh makhluk halus dalam kejadian tersebut. Akan tetapi Ghazali kurang bersetuju dengan cadangan itu. Mereka hanya mampu berdoa dan akan mendapatkan bantuan helikopter Tentera Udara untuk meneruskan usaha menyelamat.

Bab 3 : Bersarang di Dalam Dada

            Berita kehilangan Faridah disampaikan kepada bapanya Mejar(B) Kamarudin yang sudah berkahwin dengan Hamidah tidak memberitahu isterinya tentang Faridah yang merupakan kembar seiras Rahayu. yang membezakan kedua-dua beradik itu ialah Faridah mempunyai lesung pipit dan Rahayu tidak memilikinya. Namun Hamidah tidak menghalang suaminya pergi ke tempat kejadian. Sepeninggalannya Kamarudin , Hamidah mendapat berita tentang Rahayu yang dirawat di Hospital Universiti Kebangsaan, cheras. Pihak hospital mahu berjumpa dengan ibu bapa Rahayu untuk membincangkan masalah kesihatan Rahayu. Azrul menunggu Hamidah ketika wanita itu sampai. Setelah bertemu dengan Rahayu yang terbaring di katil. hamidah diminta untuk bertemu dengan Dr. Susan yang merawat Rahayu. Melalui pemeriksaan Dr. Susan, terdapat tompok-tompok dikesan melalui x-ray dalam dada Rahayu. Tompok-tompok putih itu mula menjalar ke pangkal leher dan menyebabkann leher Rahayu membengkak. Pihak hospital meminta kebenaran agar ujian biopsi ke atas Rahayu dapat dijalankan untuk mengesan sel-sel kanser. Hamidah memberikan kebenaran agar ujian biopsi dijalankan terhadap Rahayu. Setelah menjalani ujian tersebut Rahayu dibenarkan pulang. Azrul membantu Rahayu ketika Rahayu di rumah. Nota-nota kuliah dan tugasan disampaikan kepada Rahayu.

Bab 4 : Air Mata dan Rambut yang Berguguran

           Rahayu dirawat di hospital. Dia berasa sangat sedih dengan keadaannya. Azrul tetap datang menemani Rahayu di wad. Keadaan penyakit Rahayu semakin serius. Rambutnya gugur setelah menjalani rawatan kimoterapi. Hamidah juga tetap setia menjaga anak tirinya itu. Perasaan Rahayu bertambah tertekan apanila Suhaila yang menjadi rakannya di wad meninggal dunia. Sebelum meninggal dunia Suhaila memberikannya beberapa buah novel cinta untuk dibaca. Mejar (B) Kamarudin tidak dapat menahan kesedihan melihat keadaan anaknya yang menderita. Azlin iaitu jururawat yang menjaga Rahayu di wad menjadi teman rapatnya. Azlin melayan Rahayu dengan baik agar Rahayu tidak terlalu tertekan dengan penderitaannya. Dr. susan hanya memberikan masa tiga bulan untuk Rahayu terus hidup. Dalam pada itu, Rahayu tetap mengingati kakaknya faridah yang nasih hilang.
 
Bab 5 : Bukit Kutu

          Faridah yang hilang selepas kemalangan terasa dirinya berada di tempat yang asing. Dia seolah-olah berada di sebuah rumah zaman kolonial. Tempatnya agak eksklusif di sebuah kawasan peranginan tempat tinggi. Tuan rumah itu seorang lelaki kulit putih bernama Tuan Cecil Renking yang fasih berbahasa Melayu. Faridah mula berasa dia tidak berada di alam maya. Dia bertanya bagaimana dia berada di tempat itu. Dia diberitahu bahawa orang Penghulu Garang yang menjumpainya bersama-sama Iqbal lalu dibawa ke situ. Dia diberitahu bahawa tempat itu bernama Bukit Kutu. Ketika dia tidur dia bermimpi bertemu dengan adiknya Rahayu. Mereka berdua seolah-olah berkomunikasi antara satu dengan lain. Rahayu meminta Faridah pulang kerana Bukit Kutu deolah-olah satu dunia yang berbeza. Di hospital Rahayu kelihatan seperti meracau-racau. Dr. Susan berkata perkara itu merupakan kesan morfin iaitu ubat yang digunakan un Susan juga diberitahu oleh Hamidah tentang Faridah. Dr. Susan mula menyedari bahawa ada hubungan bawah sedar antara Rahayu dan Faridah.

Bab 6 : Hanya pada Harapan

       Azrul berasa sedih dengan penderitaan yang dialami oleh Rahayu . ketika dia melawat Rahayu di rumahnya, gadis itu berkata dia hanya menanti kematian. Rahayu juga meminta agar Azrul meneruskan cita-citanya untuk membuka perniagaan berasaskan pertanian. Hamidah memahami perasaan Azrul. Dia memujuk Azrul dengan mengatakan orang yang berpenyakit memang berkelakuan seperti Rahayu. Azrul pulang dengan perasan yang hambar. Satu sidang akhbar diadakan di Ibu Pejabat Polis Daerah Raub untuk mengumumkan penamatan usaha mencari dan menyelamat Faridah dan Iqbal. Namun pihak polis berjanji untuk meneruskan siasatan kes yang dikategorikan sebagai orang hilang. Penamatan operasi itu menyebabkan Kamarudin berasa kecewa. Dia membuat keputusan untuk mencari anaknya sendiri memandangkan kembar Faridah sedang sakit dan berhajat untuk bertemu dengan kakaknya itu. Kamarudin berhasrat untuk meminta bantuan rakannya, Buyung untuk membantunya mencari Faridah.

Bab 7 : Kabus di Perbukitan

          Kamarudin memulakan usaha mencari anaknya Faridah di hutan. Dia ditemani oleh Buyung yang juga bekas tentera. Kamarudin berasa dirinya tidak secergas semasa masih berkhidmat dalam angkatan tentera sebelum dia bersara 15 tahun yang lalu. Buyung masih seperti dahulu iaitu dia sangat suka menghisap rokok gulung. Kamarudin mengajak Buyung mencari Faridah di Bukit Kutu. Katanya Rahayu sering meracau dan menyebut Bukit Kutu. Dia teringat akan Rahayu yang sedang sakit. Dia juga menghantarkan Rahayu untuk bertemu dengan ibu kandungnya Salmah di Sungai Besar. Dia mahu memenuhi semua kehendak Rahayu kerana dia berasa bersalah terhadap semua pergolakan yang berlaku dalam keluarga mereka. Setelah lima jam mendaki, mereka sampai di puncak Bukit Kutu. pemandangannya sangat indah. Kamarudin dan Buyung bermalam di bukit itu ketika malam tiba. Keadaan malam sangat gelap dan berkabus. suasana sangat dingin. Kamarudin bertanya pada Buyung tentang kemungkinan kehilangan Faridah ada kaitan dengan makhluk halus. Hamidah menghubungi Kamarudin untuk memberitahu perkembangan keadaan Rahayu. Menurutnya Rahayu ada memberikan gambaran tentang tempat Faridah hilang. Berdasarkan panduan itu, Kamarudin meneruskan pencarian. Mereka cuba mencari kawasan petempatan orang asli kerana gambaran yang diberikan oleh Rahayu ada kaitan dengan kawasan orang asli.

8 : Terus Mencari

          Kamarudin dan Buyung meneruskan pencarian hingga ke sempadan negeri Pahang. Dalam perjalanan mereka mendengar bunyi salakan anjing dan suara kanak-kanak. Mereka berjumpa dengan kawasan orang asli suku Temuan. Buyung menceritakan tujuan kedatangan mereka kepada Tok batin Senik. Setelah mendengar cerita Buyung, Tok Batin Senik mengajak mereka ke rumahnya. Di situlah Kamarudinmendapati Faridah sedang tidur. Kepalanya berbalut dengan kain putih dan ada kesan darah. Tok batin Senik menjelaskan bahawa Faridah dijumpai di Sungai Dua. Keadaan Faridah waktu dia ditemui oleh orang asli seperti kebingungan dan tidak ingat akan namanya. Iqbal mengikut tuk merawat Rahayu. Dr. Meor untuk meminta bantuan. Tok Batin Senik menyuruh anak buahnya menebas semak untuk dijadikan kawasan pendaratan helikopter. Akhirnya Faridah dibawa ke Hospital Kuala Lumpur dengan helikopter. Berita tentang penemuan Faridah tersebar ke seluruh negara.

Bab 9 : Pekan Sungai Kubu

             Bab ini mengisahkan imbas kembali yang berlaku suatu ketika dahulu di Pekan Sungai Kubu. secara bawah sedar, Faridah seolah-olah berada di tempat tersebut dan menyaksikan suasana kehidupan di situ. Penduduk keluar ke pekan membeli barang keperluan selepas hujan teduh. Terdapat 12 buah kedai di pekan kecil itu. Orang Melayu dan Mandailing mempunyai empay buah kedai. Pekedai Cina menjual pelbagai barang keperluan. Ada sebuah kedai yang menjual candu untuk pekerja-pekerja lombong. Rumah kayu milik Tuan Cecil Renking terletak di atas bukit. Kebanyakan penduduk bekerja sebagai pelombong bijih timah. Bijih diangkut dengan kereta kuda melalui pondok cukai yang dijaga oleh Penghulu Garang. Faridah dibawa oleh Amah Siti ke pasar. Faridah tertarik dengan cara orang dulu-dulu berkomunikasi dengan penuh adat sopan. Setelah sebulan tinggal di Sungai Kubu, Faridah mula menyesuaikan diri. Namun, dia masih tidak dapat mencelikkan mata. Dia berharap untuk pulang ke Sungai Besar. Akan tetapi Amah Siti mengatakan Sungai Besar sangat jauh dari tempat mereka. Di rumah Tuan Cecil, Faridah dan Iqbal diberikan sebuah bilik kecil, bersebelehan bilik Amah Siti. Tuan Cicil diberitahu tentang kewujudan buaya keramat di empangan bijih. Namun, Tuan Cecil tidak percaya tentang unsur keramat. Beliau mengambil keputusan untuk menembak buaya itu. Tindakan Tuan Cecil tidak disenangi oleh Penghulu Garang. Katanya tempat itu akan ditimpa bala akibat perbuatan Tuan Cecil itu. Penghulu Garang menyuruh orang berpindah meninggalkan tempat tersebut.

Bab 10 : Kau hadir dalam Igauan

           faridah dirawat di wad kecemasan hospital tetapi belum sedar. Tubuhnya penuh dengan kesan gigitan dan calar-balar. Ghazali sedih melihat keadaan Faridah yang terlantar. Setelah keadaan stabil, Faridah dipindahkan dari wad rawatan rapi. Hanya duga orang pelawat dibenarkan melawat Faridah pada satu-satu masa. Rahayu dibawa melawat Faridah. Dia menangis sambil menggenggam tangan kakaknya. Dia bercakap dengan Faridah yang masih tidak sedarkan diri. Akibat berasa lemah kerana baru menjalani kemoterapi, Rahayu meletakkan kepalanya di tepi dada Faridah. Dia tertidur dan bermimpi rumah mereka digenangi air. Dalam mimpi itu, kedua-dua adik-beradik itu seolah-olah bercakap antara satu sama lain. Tiba-tiba suasana dikejutkan oleh raungan Faridah menyebut nama Rahayu. Pada masa itu juga Rahayu didapati telah meninggal dunia.

Bab 11 : Kasih Ibu Sepanjang Jalan

          Kematian Rahayu meninggalkan kesan yang mendalam terhadap ibu kandungnya, Salmah. Dia sering teringat akan Rahayu dan mula diserang sakit jantung. Suatu pagi Salmah mahu ke pasar di Sungai Haji Dorani. Dia mahu membeli belacan di gerai Pak Talib. Ghazali sering datang untuk membantu Faridah. Salmah mencadangkan agar Faridah berkahwin dengan Ghazali tetapi Faridah berasa malu dan bimbang dianggap perigi mencari timba. Namun demikian Ghazali telah berterus terang untuk mengambil Faridah sebagai isteri. Rombongan peminangan aka meminang Faridah secara rasmi. Faridah seba salah. Dia bimbang kekecewaan pertama akan berulang kembali. Akhirnya Faridah bersetuju untuk menerima Ghazali sebagai teman hidupnya. Salmah berasa sangat gembira dengan persetujuan Faridah.

Bab 12 : Tekad

         Azrul menamatkan pengajiannya di UPM. Namun demikian beliau tidak berminat untuk bekerja makan gaji. Dia mahu memulakan projek ternakan kambing. Pasaran kambing di negara ini semakin besar. Berdasarkan kajian Azrul, terdapat pelbagai spesies kambing yang sesuai dipelihara. Keputusan Azrul mendapat sokongan bapanya tetapi ibunya agak resah. Suatu hari, Azrul menziarahi kubur arwah Rahayu. Dia terserempak dengan Faridah yang kebetulan menziarahi kubur adiknya. Dia teringat akan kisah kehilangan Faridah ketika Rahayu sedang dirawat di hospital. Mereka berdua berkenalan. Namun kehidupan Azrul agak muram kerana masa terkenangkan Rahayu. Dia banyak termenung hingga disedari oleh ibunya. Namun Azrul menyakinkan ibunya bahawa dia akan meneruskan niatnya untuk bekerja sendiri. Dia tetap menjadikan Rahayu sebagai pencetus semangatnya untuk menghadapi masa hadapan yang mencabar.


Bab 13 : Rindu

           Ghazali telah bertukar ke Kelang. Dia hanya pulang ke rumah dua ketiga kali dalam seminggu. Faridah masih tinggal di Sungai Besar untuk menemani ibunya. Salmah pula meneruskan kehidupan dengan mengerjakan sawah. namun dalam jiwanya dia sangat rindu akan anaknya. Bertahun-tahun dia terpisah dengan Ayu setelah dibawa pergi oleh Kamarudin selepas mereka berpisah. Fikiran Salmah semakin terganggu. Dia sering menziarahi kubur anaknya itu. Dia sering teringat saat-saat terakhir kehidupan Ayu, ketika anak gadisnya pulang untuk bersama-sama dengannya. Oleh sebab itu dia sangat sukar melupakan Rahayu, walaupun dua tahun selepas Rahayu meninggal dunia. faridah dan Ghazali bimbang dengan keadaan Salmah. Faridah menceritakan tentang Azrul kepada Ghazali. Katanya Azrul terlalu sayang akan arwah Rahayu. Kini Azrul mengusahakan ternakan kambing dan tapak semaian. Dia mahu mengotakan janjinya dengan arwah Rahayu untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya.

Bab 14 : Ibu, Angin Telah Menderu Pergi

      Faridah bangun awal pagi, iaitu pukul 4.00 pagi. Dia menunaikan solat tahajud. Entah mengapa hatinya berasa resah. Ketika fajar menyingsing, Faridah membasuh beras kerana ibunya berpesan kepadanya untuk masak nasi lemak. Faridah berasa hairan kerana ibunya lambat bangun pagi itu. Ketika cuba dikejutkan, barulah dia sedar bahawa ibunya telah meninggal dunia. Faridah memeluk tubuh ibunya dengan penuh kasih. Dia berasa pemergian ibunya ialah titik akhir penderitaan orang tua itu.

Bab 15 : 25 Tahun Kemudian - Cintaku Abadi

       Faridah kini berada di New Zealand. Dia telah berhijrah ke negara itu sejak 25 tahun yang lalu. Dia tinggal di Rosewood iaitu pekan kecil berhampiran bandar Christchurch. Dia telah berkahwin n dihantar untuk dengan Soleh Johnsons dan memiliki dua orang anak perempuan, Anne dan Melina. Faridah melalui kenangan pahit di tanah air sendiri. Tidak lama selepas ibunya meninggal dunia, Ghazali pula meninggal akibat kemalangan jalan raya. Dia hampir gila dengan tekanan hidup akibat kehilangan orang yang tersayang. Nasibnya baik apabila dia ditawarkan oleh ibu pejabat JKM untuk berkursus selama enam bulan di New Zealand. Selepas itu dia tidak balik-balik lagi ke kampung kerana telah bertemu jodoh dengan Soleh Johnsons. Ingatannya terhadap Sungai Besar tetap abadi. Suaminya memahami perasaan Faridah. Soleh mengusahakan kawasan ternakan dan pusat penyembelihan kambing. Dia sering mengupah pelajar Islam dari negara luar untuk menyembelih kambing sebagai kerja sambilan.

Bab 16 : Mengejar Mimpi-Mimpi

          Melina adalah salah seorang anak kembar Faridah. Pada suatu hari Melina berkenalan dengan Benny yang berketurunan Arab. Benny menyapa Melina ketika dia sedang minum di sebuah gerai di Auckland. perkenalan mereka merupakan permulaan hubungannya dengan lelaki yang lahir di Dubai itu. Dari segi peribadi Melina agak bebas. Dia sangat berbeza dengAnne yang begitu taat dengan ajaran Islam. Dia juga tidak tinggal bersama-sama keluarganya di Christchurch, sebaliknya memilih tinggal di Auckland dan bekerja sebagai pembantu pelukis pelan. Benny meneruskan perhubungannya dengan Melina. Mereka saling bertemu dan berbincang tentang pelbagai perkara. Benny memberitahu dia akan ke Malaysia kerana hendak melihat tempahan perahu layarnya di Terengganu. Dia juga bakal ditempatkan oleh syarikat keluarganya untuk mengendalikan anak syarikat mereka di Malaysia. Dia mengajak Melina dan ajakan itu sangat-sangat dihargai oleh Melina. Dia memang teringin untuk ke Malaysia kerana tidak pernah berbuat demikian walaupun ibunya orang Malaysia. Akhirnya Benny membuat keputusan untuk mengahwini Melina . Benny dan Melina pulang ke rumah ibu bapanya di Christchurch untuk menyatakan hasrat mereka untuk berkahwin serta untuk mendapat persetujuan Soleh Johnsons.


Bab 17 : Penyembelihan Kambing

       Zain ialah anak Azrul yang menuntut dalam bidang pertanian di New Zealand. Dia bekerja sambilan sebagai penyembelih kambing di pusat penyembelihan yang dimiliki oleh Soleh Johnsons. Dia tinggal bersama-sama Asraf Ameen yang berasal dari Nigeria. Pada suatu hari, mereka mendapat jemputan perkahwinan anak Soleh johnsons dan bercadang untuk menghadirinya. Zain seperti juga ayahnya, sangat meminati bidang pertanian. Dalam kalangan pelajar Malaysia di Universiti Lincoln, hanya dia seorang yang mengambil jurusan pertanian. Dia sering teringat akan pandangan ayahnya tentang kepentingan bidang pertanian. Di tanah air, ayahnya merupakan seorang peladang yang berjaya. Datuk Azrul pernah membawa isterinya melawat New Zealand ketika Zain belajar di sana. Mereka menikmati keindahan pemandangan di New Zealand ketika menaiki bot persiaran di pantai Kouikora. Menurut zain, ada ramai orang Melayu yang menetap di New Zealand. mereka menjadi orang berjaya. Pada suatu hari, Zain bertemu Anne.Zain membantu Anne yang menghadapi masalah keretanya rosak. Pertemuan itu membuatkan Zain jatuh hati pada Anne.

Bab 18 : Tanah Tumpah Air Mata

         Benny membawa Melina ke Malaysia selepas dua minggu mereka dinikahkan di Masjid al-Noor, Christchurch. Di Kuala Lumpur mereka berdua dilayan dengan baik oleh pekerja syarikat yang ditugaskan untuk menjemput Benny. Benny akan memulakan tugasnya di syarikat milik bapa saudaranya Jaafar al-anbia. Dia telah lama menghabiskan masa dengan belayar. melina berasa dia berada di tempat yang sangat asing dan bimbang tidak dapat menyesuaikan diri dengan keadaan di Kuala Lumpur. Namun Benny berkata Kuala Lumpur mempunyai lebih 50 ribu orang ekspatriat asing seperti mereka berdua. Semasa di Kuala Lumpur, Khalid bertindak sebagai pemandu Benny. Dalam satu mesyuarat, Benny diperkenalkan kepada ahli-ahli lembaga pengarah syarikat milik keluarga al- Anbia. Dia diberitahu bahawa dia akan ditugaskan di pejabat cawangan Kuala Terengganu. Benny tidak menolak dan berkata dia suka akan Terengganu. Dia memang suka akan laut. Melina membeli peta untuk mencari tempat yang bernama Sungai Besar, iaitu tempat kelahiran ibunya, Faridah. Dia teringat akan ibunya yang gemar mendodokannya dengan lagu Melayu ketika dia masih kecil.

Bab 19 : hati dan Warna Kanvas

        Benny membeli sebuah banglo di tepi pantai dengan harga setengah juta ringgit termasuk tanah lima ekar. Melina juga tertarik dengan suasana banglo tersebut kerana kedudukannya menghadap laut. Benny tidak bimbang dengan kewangan kerana dia yakin dapat menjual perahu layar yang ditempahnya dengan harga yang lebih tinggi. Marang telah menjadi tempat tinggal melina. Dia suka melihat laut dari beranda banglo itu. Dia memulakan minatnya kembali, iaitu melukis. Keindahan Marang diabadikan di atas kanvas lukisannya. Benny turut mengagumi bakat yang dimiliki oleh Melina. Setelah agak lama bertugas, Benny mempunyai beberapa orang kawan. Antaranya Mohamed Attar yang berasal dari pakistan, Mehmood dari Maghribi dan Noor Mohamad dari bangladesh. Mehmood masih bujang dan berniat untuk berkahwin dengan gadis di kampung halamannya. Mereka sering berbincang soal agama, soal jihad dan dakwah Islam. Benny mula sedar dan mahu kembali ke jalan Allah.

Bab 20 : Pendatang

          Soleh bimbang dengan kejadian vandalisme di An Noor islamic Centre apabila beberapa buah kereta dipecahkan cerminnya. hal ini akan menyebabkan media memberikan gambaran yang salah tentang Islam. Faridah pula yakin ketenangan akan tetap terjamin. Malah Faridah sendiri pula mulanya sukar untuk menyesuaikan diri ketika mula-mula sampai di Christchurch dahulu. Dia disangka orang Maori, rakyat pribumi New Zealand. Kini dia diterima dengan baik oleh semua jiran. Dia juga mencadangkan agar ada usaha dijalankan untuk membaiki hubungan antara anggota masyarakat setempat. dia mencadangkan agar diadakan majlis ramah mesra komuniti. Cadangannya sangat disokong oleh suaminya. Mereka pun bercadang untuk menganjurkan majlis tersebut dalam masa dua minggu. Mereka akan memaklumkan perkara itu kepada komuniti setempat. Mereka juga menjemput rakan-rakan sekuliah Anne untuk membantu. Ketika merancang majlis tersebut, Faridah teringat akan kemeriahan majlis kenduri di kampung yang sudah lama ditinggalkan. Dia juga terbayangnwajah Melina yang sudah menetap di Malaysia.


Bab 21 : Tak Ingin Tahu

         Zain kembali ke tanah air setelah tiga tahun berada di New Zealand. Zain mendapati banyak perubahan telah berlaku di kampungnya dalam tempoh ketiadaannya. Azrul pula dianugerahi gelaran 'Datuk' kerana berjasa kepada rakyat melalui penglibatannya dalam bidang pertanian. Beliau juga menggalakkan para petani untuk menanam modal dalam Pertubuhan Peladang di samping berusaha menyatukan kebun-kebun tradisi menjadi estet mini kelapa sawit dan dusun buah-buahan. Ketika Datuk Azrul berbual dengan Zain, tiba-tiba Masitah muncul untuk mendapatkan tandatangan tentang urusan pengambilan tenaga pekerja asing. Datuk Azrul mengambil pekerja asing untuk bekerja dengannya kerana tiada pilihan. Menurut Datuk Azrul, anak-anak tempatan semuanya sudah berpendidikan tinggi dan tidak sesuai bekerja di ladang.

Bab 22 : Mengukur Usia

        Datuk Azrul mengimamkan sembahyang Asar. Dia berasa sedih kerana tidak ramai jemaah yang hadir ke masjid. Hal ini demikian kerana kebanyakan penduduk kampung terdiri daripada orang tua. Banyak juga yang menghidap penyakit gout. Jemaah solat Jumaat juga kini berkurangan hingga sekitar 60 orang sahaja. Kebun-kebun juga telah banyak terbiar. Anak-anak yang mewarisi kebun ramai. Mereka pula tidak mahu menjual tanah pusaka masing-masing. Jadi, pemilikan tanah semakin lama semakin mengecil dan tidak ekonomi. Datuk Azrul tidak dapat berbuat apa-apa untuk mengubah sikap masyarakat. Suasana kerjasama dalam masyarakat kini juga sudah berbeza. Zain bersetuju dengan pandangan bapanya bahawa zaman sudah berubah, Negara ini makmur kerana rakyat bekerja kuat. Pendidikan tinggi pula bukan jaminan untuk menjadi senang tetapi jalan yang memudahkan. Datuk Azrul sendiri berjaya dalam bidangnya kerana beliau berpendidikan tinggi. Namun dia masih tidak berjaya mengubah pandangan masyarakat setempat untuk mengusahakan tanah secara lebih komersial. Zain memberitahu Datuk Azrul bahawa dia sudah mempunyai pilihan teman hidup iaitu seorang gadis kacukan di New Zealand. Datuk Azrul tidak membantah dengan pilihan anaknya.

Bab 23 : Melihat Dalam Diri
             Benny semakin jarang berada di rumah dan sering bertugas di luar daerah dengan alasan ada tugas yang perlu dilaksanakan bersama-sama Mehmood dan Mohamed Attar.Kadang-kala terlintas dihati Melina ingin mengikut suaminya itu ke Kuala Lumpur,tetapi Benny jarang mengajaknya.Setiap kali ditinggalkan keseorangan,Melina akan ditemani Khadijah,anak gadis yang tinggal berjiran dengannya atas permintaan Haji Awang,bapa Khadijah yang bimbang akan keselamatan Melina,jiran barunya itu.Melina meluahkan isi hatinya kepada Khadijah bahawa dia merasakan dirinya hanyalah orang asing sungguhpun darah Melayu masih mengalir dalam tubuhnya kerana tanah ini bukanlah tanah kelahirannya.Namun Khadijah menegaskan kepada Melina bahawa beliau tetap orang Melayu dan masih mempunyai jiwa Melayu dalam dirinya.Dalam diam-diam,Melina menyimpan hasrat untuk melawat kampung halaman ibunya dan menjejak warisanyang telah sirna.

Bab 24 : Lambaian Hati
           Faridah menghidangkan the kepada tetamunya yang merupakan teman anaknya,Anne sedang Anne sibuk menyiapkan tugasan laporan praktikum yang perlu dihantarnya tiga hari lagi.Faridah senang dengan kehadiran Zain kerana belaiu sebenarnya sudah lama ingin bertutur dalam bahasa Malayu dengan orang Melayu.Tanpa disangka-sangka,Zain juga berasal dari Sungai Besar.Ini menyebabkan Faridah terkenang akan peristiwa lampau.Sudah lebih 25 tahun Faridah tidak menjejakkan kaki ke tanah air.Akhirnya Faridah memutuskan untuk pulang ke tanah air pada cuti semester nanti.Dia tahu,dia perlu pulang untuk membongkar semula peti kenangan yang selama ini dikunci rapat.Dia bimbang anak-anaknya nanti tidak mengetahui susur galur keturunannya selain susur galur keturunan  sebelah Soleh yang jelas nama keluarganya.

Bab 25 : Menghapus Dosa
             Benny,Mehmood dan mohamed Attar mengunjungi Ustaz Hassan Syukri.Ustaz merasa seronok menjemput kenalan berkumpul untuk bertukar-tukar pendapat dan mengeratkan ukhuwah sesama Islam.Pada pendapat Benny,setiap orang ada pertibangannya yang tersendiri,yang dipercayainya dan yang akan menjadi pegangan hidupnya.Mereka betukar-tukar pengalaman bersama Ustaz Hassan Syukri.Ustaz Hassan Syukri meluahkan pendapatnya mengenai betapa indahnya Islam.Ustaz Hassan Syukri merupakan seorang yang pintar.Dia dapat membaca fikiran orang dari Timur Tengah.Ustaz Hassan Syukri mengatakan bahawa budaya orang Melayu berbeza,menegur perlulah dalam keadaan yang lembut dan perlu mendalami budaya dahulu.Kenali hati budi,barulah mendapat kawan dengan bukan lawan.Mohamed Attar mempengaruhi Benny bahawa pemikiran Ustaz Hassan Syukri tidak boleh dibawa dalam perjuangan kerana pandangan mereka berbeza.

Bab 26 : Hati Wanita

          Majlis yang asalnya dirancang untuk membincangkan perkahwinan Zain dan Anne Johnsons bertukar menjadi pertemuan bersejarah.Soleh Johnsons dan Faridah terbang  pulang ke tanah air yang telah lama ditinggalkan untuk melawat Melina yang sedang sarat mengandung dan  membincangkan perkahwinan Anne dan Zain.Mereka  menginap di Cameron Highlands yang mempunyai cuaca yang tidak jauh bezanya dengan musim panas di New Zealand.Soleh juga telah mempunyai kenalan baharu yang ditemuinya di masjid.Soleh menjemput rakannya,Yusof Jensen untuk  bersama-sama menerima kunjungan daripada keluarga Datuk Azrul.Datuk Azrul memandu sendiri sebuah pacuan empat roda bersama isterinya,Datin Aishah serta Haji Zubair dan Zain sebagai penunjuk jalan.Datin Aishah gusar anaknya akan tinggal di luar negara setelah menikah nanti namun kata-kata Zain akhirnya melegakan hatinya.Zain bercadang tidak mahu menetap di luar negara tambahan lagi bakal ibu mentuanya juga berasal dari negara ini.itulah satu-satunya sebab yang membuatkan Datin Aishah setuju mengambil Anne Johnsons sebagai menantu kerana sekurang-kurangnya ada sebahagian darah Melayu mengalir dalam tubuh bakal menantunya.Pertemuan antara Faridah dengan Datuk Azrul menyingkap kembali kisah lama mengenai arwah adik Faridah dengan Azrul.Datin Aishah memecahkan keheningan suasana yang suram dengan menyarankan agar mereka merapatkan kembali hubungan yang sekian lama terputus.

Bab 27 : Kembali Ke Alam Nyata

           Benny meninggalkan rumah awal pagi dan memandu keretanya menyusuri lebuh raya.E-mel berbahasa Arab yang  diterimanya  penuh dengan ayat-ayat yang merungkaikan maksud disebaliknya amat mengejutkannya.Ketika sampai di kawasan perbukitan di Awana berhampiran Genting,telefon bimbitnya menyampaikan pesanan bahawa Mohamed Attar telah ditangkap.Benny tahu,saat untuk kumpulannya hancur akan tiba jua.Mehmood,yang sebenarnya seorang anggota polis yang sedang mengikut gerak langkah Mohamed Attar menyarankan Benny agar menyerah diri sahaja kerana Belaiu tahu bahawa Benny masih belum terlibat jauh lagi.Namun Benny enggan kerana khuatir akan ditangkap dan dihantar ke Teluk Guantamo.Pada ketika ini,Benny sedar akan kesilapannya kerana berkawan dengan kawan yang salah serta tidak mendengar nasihat isteri dan Ustaz Hassan Syukri.Pendapatnya sering bertentangan dengan Ustaz Hassan Syukri  mahupun Haji Awang  yang berjiran dengannya.Benny juga tidak menyangka bahawa Mohamed Attar akan bertindak  sejauh ini.Mohamed Attar  ingin memusnahkan bangunan World Trade Centre di New York  yang akan  melumpuhkan sistem keselamatan negara tersebut  dengan bom berangkai yang ada pada tubuhnya.Benny kecewa kerana terpaksa meninggalkan Melina pada saat ini.Benny akan melarikan diri dengan bantuan penyelamat yang didatangkan khas oleh An Anbia Family Limited Company ke lokasi rahsia.
  
Bab 28 : Cerita Penghujujung Usia

             Faridah terkenang kembali peristiwa silam.Bagi Faridah,sukar untuk memulakan perbualan dengan Datuk Azrul terutamanya mengenai kenangan masa lalu.Faridah dan Datuk Azrul mengenang kembali kisah lama mengenai arwah adik Faridah.Dalam perbualan itu,Faridah mendapat tahu bahawa ayahnya masih hidup dalam keadaan yang nazak.Ibu tirinya pula sudah meninggal dunia beberapa tahun lalu.Bapanya kini dijaga oleh anak lelakinya.Bapanya tidak boleh bergerak,hanya berbaring di atas katil sahaja .Kebersihan dirinya pula diuruskan oleh seorang jururawat yang diupah oleh anaknya.Datuk Azrul berpendapat bahawa kehilangan Faridah dahulu ada kaitan dengan halusinasi.Seolah-olah berada di alam lain sewaktu koma.Hati Faridah meronta-ronta ingin pulang ke kampung halaman yang telah 25 tahun ditinggalkannya.Hatinya meronta ingin menziarah kubur ibunya dan kubur Ayu serta kubur Ghazali.Lalu hasrat hatinya itu diluahkan kepada Datuk Azrul.

Bab 29 : Pasrah
            Melina bangkit dari tidur dan merenung kosong bilik tidurnya.Sudah empat hari Benny pergi menghilangkan diri.Melina khuatir dengan kehilangan Benny itu.Pihak syarikat sudah dua kali menghubunginya bertanyakan soal Benny namun dia sendiri gagal memberi penjelasan.Laporan  polis akhirnya dibuat di Balai Polis Marang.Melina  memberikan butir-butir diri dan maklumat Benny kepada Inspektor Radzi.Melina dimaklumkan bahawa kehilangan Benny kemungkinan besar ada kaitan dengan penangkapan Mohamed Attar dan Noor Mohamad oleh pihak berkuasa Interpool atas kesalahan  dibawah Akta Keselamatan Dalam Negeri,mengancam keselamatan negara.Setelah disemak,nama Benny tiada dalam senarai dikehendaki dan senarai tangkapan.Inspektor Radzi berjanji akan memberitahu Melina sekiranya ada maklumat terbaru.Sebaik sahaja keluar dari balai polis,Melina mendapat sebuah panggilan daripada nombor yang tidak dikenalinya.

Bab 30 : Pangkuan
               Melina tiada pilihan lain,dia akan pergi ke Cameron Highlands untuk bersama-sama ibu bapanya.Keluarga sebelah Benny sudah menghubunginya bagi mewakili  Jaafar al-Anbia dan memenuhi akaun peribadinya dengan sejumlah wang yang banyak cukup untuk berbelanja sara diri selama setahun.Kereta baru juga diterimanya daripada wakil Jaafar al-Anbia untuk memudahkan pergerakkannya.Tuan Jaafar,bapa Benny amat risau akan keselamatan anaknya dan beliau malu dengan besannya,Tuan Soleh.Tuan Jaafar mempelawa Melina untu tinggal di Dubai bersama-sama keluarga al-Anbia.Namun Melina menolak pelawaan tersebut.Melina memandu sendirian ke Cameron Highlands.Setelah tiga jam memandu,Melina sampai ke destinasi yang dituju dan lantas menelefon Golf View Cottage sebaik sahaja memasuki pekan Ringlet.Ibu dan bapanya berjanji akan menemuinya di Maybank Tanah Rata.

 Bab 31 : Atas Nama Cinta
                 Kenduri perkahwinan Anne dan Zain melakarkan sejarah paling manis buat keluarga Datuk Azrul kerana pertama kali dalam sejarah,begitu ramai orang dari luar negara pelbagai bangsa hadir ke majlis perkahwinan itu.Malah satu program televisyen telah membuat liputan khas dengan tajuk-Perkahwinan Dua Negara.Faridah ialah orang yang paling gembira kerana siapa sangka setelah getir pedih dilaluinya,dia dapat kembali ke kampung halaman yang banyak menyimpan kenangan.Faridah bertemu semula dengan Pak Talib,salah seorang orang tua yang masih hidup dikampungnya itu kerana kebanyakkan mereka telah meninggal dunia.Faridah dan anaknya Anne melawat rumah lama Faridah dimana tempat Faridah dibesarkan.Rumah itu masih ada,dindingnya masih utuh,dan pintu dapur kelihatan bermangga.Faridah merasakan bahawa kelakuan Zain dan Benny jauh berbeza.Zian kelihatannya sedikit keanak-anakan manakala Benny lebih matang dan kewibawaannya sudah jelas.Dalam pada masa yang sama,Melina dan Soleh telah berangkat ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur awal pagi untuk menemui Jaafar al-Anbia di Dubai.

Bab 32 : Bahagia Bersulam Air Mata
              Soleh Johnsons dan Melina tiba di Dubai International Airport tepat pukul 12.00 tengah hari waktu tempatan.Mereka mengambil limosin dan terus ke Emirate Tower Hotel di Jalan Syiekh Zayed tidak jauh dari Dubai World Trade Centre.Bapa saudara Benny memaklumkanbahawa Benny sihat dan sedang menunggu mereka di suit yng telah disediakan.Suit mewah yang terletak di tingkat paling atas Empire Tower Hotel dijejaki mereka.Sebaik sahaja pintu dibuka,Benny terus mendapatkan isterinya.Benny mengimbau  pengalamannya menyambung hidup sebelum kembali ke Dubai.Selepas dia berjaya ke tengah laut dengan bot,helikopterbynag diharapkan dapat membawanya ke tempat yang dituju gagal mengambilnya.Ada amaran kehadiran helikopter asing dikesan oleh Kapal Induk Amerika USS Linchon di Luat Andaman.Benny mendarat di Phuket,mendapatkan pasport antarabangsa British dan terbang ke Perancis.Dia hanya dapat tiba di Dubai dua minggu lalu dengan pertolongan sahabat-sahabatnya dari merata tempat dan menggunakan banyak nama samaran.Benny bercadang akan tinggal di Dubai dan mendapatkan rumah ditepi pantai seperti rumah mereka di Marang.Benny juga memutuskan tidak akan belayar lagi dalam keadaan dunia sekarang  ini dan namanya yang sudah tercemar.Benny juga memberi jaminan  mendapatkan rawatan  kesihatan yang terbaik untuk Melina.Akhirnya Melina bersetuju untuk tinggal bersama-sama Benny di Dubai.

Bab 33 : Janji Pada Tanah Ini
            Faridah melihat dirinyalah insan  yang  paling bertuah.Kini dia mempunyai tiga orang cucu.Manakala Anne dan Zain di New Zealand mengambil alih perusahaan dan penternakan keluarga Johnsons.Anne melahirkan dua orang cucu kembar seiras,Melinda dan Rahayu.Melinda pilihan Anne manakala nama Rahayu adalah pilihannya sendiri sebagai mengingati arwah Ayu.Nama itu juga menimbulkan nostalgia kepada Datuk Azrul,dia tidak membantah namun raut wajahnya menjelaskan.Melaina pula telah melahirkan Said al-Anbia,setahun lebih awal daripada Anne.Putera kacukan Banjar,Arab dan mat salih itu mewujudkan wajah yang sukar dipastikan.Soleh memahami dirinya yang mahu terus menetap di tanah air.Soleh kini beria-ia lai untuk tinggal di Malaysia apabila syarikat perladangan milik Datuk Azrul mendapat tanah pajakan seluas 500 ekar tanah di Tanah Tinggi Lojing untuk dibangunkan menjadi  sebuah kawasan agropelancongan tanah tinggi.Datin Aishah juga semakin dapat menerima kenyataan dan mereka semakin rapat.Faridah amat mencintai perbukitan kerana ianya sering mengingatkannya kepada keindahan Bukit Kutu.Kenangan bersama Ayu juga disemadikan dalam kesegaran udara nyaman yang sering dihirupnya.